Link Copiedcheck_circle
EV

Baguslah Kalau Nak Pasang Lebih Banyak Pengecas EV

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mendedahkan kerajaan berhasrat untuk memasang lebih banyak lagi   stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata demikian ketika mengadakan lawatan untuk menyaksikan sendiri Supercharger Tesla yang dipasang di pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur.

Untuk itu, beliau ada merakam klip video dengan menerangkan sasaran kerajaan dalam pemasangan stesen pengecas EV.

“Sasaran kerajaan ialah untuk memasang 10,000 stesen pengecas EV menjelang 2025. Jadi, Supercharger Tesla ini pastinya menyumbang ke arah sasaran tersebut.

“Kerajaan dah syaratkan Tesla mesti pasang memasang sekurang-kurangnya 50 super charger menjelang tahun 2026, dan 30 peratus daripada supercharger ini perlu terbuka untuk jenama EV yang lain. Maksudnya, EV yang bukan Tesla pun boleh guna,” katanya menerusi ciapan di laman Twitternya.

Screenshot-2023-07-21-164702.png

Setakat ini, video itu sudah mendapat 61.6K tontonan, 651 likes dan 252 retweet.

Menerusi video berkenaan, beliau adalah memaklumkan sebanyak lapan super charger Tesla telah dipasang di pusat membeli belah Pavilion Kuala Lumpur.

image.png

Selain itu, terdapat sembilan lokasi lain di seluruh Malaysia yang turut mempunyai super charger. 

Di Lembah Klang, terdapat tiga lokasi iaitu di Bukit Jalil, Petaling Jaya, dan Dengkil manakala di luar Lembah Klang, ia terletak di Iskandar Puteri, Perai, Ipoh, dan Negeri Sembilan.

Beliau berkata, Tesla telah memberikan komitmen untuk meningkatkan bilangan super charger di seluruh Malaysia melebihi sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan.

"Ini adalah permulaan yang baik, dan diharapkan pengeluar lain mencontohi Tesla  untuk menambah bilangan pengecas dan super charger di seluruh negara.

image.png

"Menariknya, Tesla juga banyak menggunakan komponen tempatan dalam pembuatan kenderaan mereka.

"Dengan adanya pelaburan ini, pembekal tempatan di Malaysia akan terus berkembang, dan diharapkan lebih banyak peluang pekerjaan akan tercipta untuk rakyat Malaysia," katanya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus menambah baik ekosistem EV untuk memudahkan para pengguna.

“So, let’s go electric, guys!,” ujarnya.


Gallery

Tag:

Tesla Supercharger
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
tengkuzafrul
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

20-03-2024
EV

13-02-2024

Berita Terkini

EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV

Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.

13-03-2026