- Berita
- EV
- BMW CE 02, Boleh Gerak Hanya 90KM

BMW memperkenalkan model skuter elektrik terbaharunya yang dikenali sebagai BMW CE 02.
Sebaliknya, BMW tidak menggelarnya sebagai e-skuter tetapi mereka melabel CE 02 sebagai eParkourer.
Apapun, reka bentuk CE 02 yang ringkas dan kompak menyebabkan ia kelihatan berbeza berbanding CE 04 yang bersaiz lebih besar.


Dibangunkan bagi tujuan mobiliti di kawasan urban, CE 02 dikuasakan oleh sebuah motor elektrik yang mampu menghamburkan kuasa setakat 15hp dan disumbat dengan pek bateri bersaiz 3.92-kWj.
Ia yang seberat 132 kilogram mampu melakukan perjalanan sejauh 90 kilometer manakala kelajuan maksimumnya adalah 95 kilometer sejam (km/j).
Di Eropah, CE 02 didatangkan dengan kuasa yang tidak begitu tinggi kerana ia dibangunkan khas untuk penunggang muda atau mereka yang hanya mempunyai lesen memandu kereta.


Difahamkan, 'eParkourer' ini ditala dengan motor elektrik yang kurang bertenaga dengan kadar hamburan kuasa setakat 4 hp yang hanya boleh mencapai kelajuan 45 km/j dan mampu melakukan perjalanan sejauh 45 km.
Untuk pengecasan pula, CE 02 hanya mengambil masa kira-kira lima jam dan 12 minit untuk mengecas daripada 0% kepada 100% melalui soket dinding pada kadar 0.9 kW.


Terdapat juga pengecas pantas 1.5 kW pilihan yang boleh mengecas penuh hanya dalam tiga jam setengah.
Dari penampilannya, skuter elektrik ini tampak bergaya dan mesra anak muda berbanding dengan CE 04.
Ia diilhamkan daripada motosikal scramble dimana ia menggunakan casis rangka gelung dua yang diperbuat daripada keluli tiub, dipadankan dengan fork teleskopik di hadapan, monoshock di belakang serta brek cakera di hadapan dengan ABS.
Bagi ketinggian tunggangan, tempat duduk CE 02 agak rendah, dimana ia hanya berukuran 750 mm dari tanah.

Sama seperti CE 04, CE 02 menampilkan paparan TFT 3.5 inci yang memaparkan ciri tunggangan penting, termasuk mod tunggangan yang boleh dipilih.
Mod tunggangan 'Flow' disediakan untuk tunggangan di kawasan bandar manakala 'Surf' digunakan untuk jalan terbuka atau lebuh raya.
Terdapat juga mod“Highline”dimana ia akan memberikan satu lagi mod iaitu “Flash.”

Dikhabarkan, BMW CE 02 kini dibuka untuk tempahan di pasaran terpilih, termasuk pasaran Eropah dan Amerika Utara.
Harga CE 02 bermula pada harga AS$7,599 (RM35,464). Apa pula pandangan anda mengenai skuter elektrik BMW ini?
Kongsikan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

