- Berita
- EV
- MAS 2024: Ini Dia Skuter Elektrik BMW, Canggih, Comel

Selain model kereta elektrik, BMW Group Malaysia turut mendedahkah skuter elektrik, BMW CE 02 sempena hari media Malaysia Autoshow 2024, di Maeps, Serdang semalam.
BMW CE 02 yang digelar sebagai “eParkourer” ini membawakan pacuan elektrik selain reka bentuknya agak mengagumkan.
e-motosikal bertaraf premium ini hadir dengan roda bersaiz besar yang menjanjikan daya tahan serta pengalaman menunggang yang mengujakan merentasi pelbagai permukaan jalan.

Roda hadapan BMW CE 02 dikemudi oleh cabang teleskopik berperedam hidraulik, manakala lengan ayun sisi tunggal serta komponen penyerap hentak berpangsi boleh dilihat di belakang.
Tayar kenderaan ini yang lebar dimuatkan pada roda aloi ringan dan dipadankandengan brek cakera bagi membekalkan daya nyahpecutan yang selamat di bahagian hadapan dan belakang.
Ia yang seberat 132 kgi menawarkan ukuran panjang 1970 mm dan setinggi 1140 mm dari perisai anginnya.


Para peminat juga pasti teruja dengan prestasi BMW CE 02 yang membawakan output kuasa maksimum sebanyak 11 kW (15 kk) dan tork bernilai 55 Nm.


Ia membolehkan pecutan henti-mula dibuat oleh jentera ini dari 0 hingga 50 km/j dalam tempoh sekitar 3 saat manakala kelajuannya tertingginya adalah 95 km/j.
Motosikal ini dilengkapi dengan bateri ion litium 6 kWj, dimana penunggang dapat menikmati jarak operasi maksimum sejauh 100 km.
Sementara itu, proses pengecasan bateri ini juga dijadikan lebih mudah dengan rangkuman alat pengecas eksternal 900 W, selain memastikan kemudahan pengecasan dapat dinikmati menerusi soket kediaman yang standard.
Ia turut menampilkan skrin paparan berwarna TFT 3.5 inci, dan berhubung melalui aplikasi BMW Motorrad Connect.

Aplikasi ini memiliki pelbagai fungsi seperti kemudahan navigasi berpanah, status kenderaan masa nyata serta statistik berguna untuk menaik taraf pengalaman tunggangan.


E-motosikal premium ini turut didatangkan dengan tiga mod:
• “Flow”
• “Surf”
• “Flash”.

Mod “Flow” mengoptimumkan tunggangan santai dalam landskap urban, manakala mod “Surf” membekalkan pengalaman tunggangan serba dinamik di Kawasan bandar yang sibuk.
Bagi mereka yang menginginkan ciri tunggangan yang lebih sporty, maka mod “Flash” adalah jawapannya.
Bagi melengkapi ciri-ciri kemudahannya, BMW CE 02 baharu turut membawakan soket USB, fungsi tunggangan tanpa kunci, bantuan mengundur dan mod sangga (cradle) menerusi aplikasi BMW Motorrad Connect.
Untuk keterangan lanjut, KLIK.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

