Link Copiedcheck_circle
EV

BMW CE 02, Boleh Gerak Hanya 90KM

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

BMW memperkenalkan model skuter elektrik terbaharunya yang dikenali sebagai BMW CE 02.

Sebaliknya, BMW tidak menggelarnya sebagai e-skuter tetapi mereka melabel CE 02 sebagai eParkourer.

Apapun, reka bentuk CE 02 yang  ringkas dan kompak menyebabkan ia kelihatan berbeza berbanding CE 04 yang bersaiz lebih besar.

image.pngimage.png

Dibangunkan bagi tujuan mobiliti di kawasan urban, CE 02 dikuasakan oleh sebuah motor elektrik yang mampu menghamburkan kuasa setakat 15hp dan disumbat dengan pek bateri bersaiz 3.92-kWj.

Ia yang seberat 132 kilogram mampu melakukan perjalanan sejauh 90 kilometer manakala kelajuan maksimumnya  adalah 95 kilometer sejam (km/j).  

Di Eropah, CE 02 didatangkan dengan kuasa yang tidak begitu tinggi kerana ia dibangunkan khas untuk  penunggang muda atau mereka yang hanya mempunyai lesen memandu kereta.

image.pngimage.png

Difahamkan, 'eParkourer' ini ditala dengan motor elektrik yang kurang bertenaga dengan kadar hamburan kuasa setakat 4 hp yang hanya boleh mencapai kelajuan 45 km/j dan mampu melakukan perjalanan sejauh 45 km.

Untuk pengecasan pula, CE 02 hanya  mengambil masa kira-kira lima jam dan 12 minit untuk mengecas daripada 0% kepada 100% melalui soket dinding pada kadar 0.9 kW. 

image.pngimage.png

Terdapat juga pengecas pantas 1.5 kW pilihan yang boleh mengecas penuh hanya dalam tiga jam setengah.

Dari penampilannya, skuter elektrik ini tampak bergaya dan mesra anak muda berbanding dengan CE 04.

Ia diilhamkan daripada motosikal scramble dimana ia menggunakan casis rangka gelung dua yang diperbuat daripada keluli tiub, dipadankan dengan  fork teleskopik di hadapan, monoshock di belakang serta brek cakera di hadapan dengan ABS.

Bagi ketinggian tunggangan, tempat duduk CE 02 agak rendah, dimana ia hanya berukuran 750 mm dari tanah.

image.png

Sama seperti CE 04, CE 02 menampilkan paparan TFT 3.5 inci yang memaparkan ciri tunggangan penting, termasuk mod tunggangan yang  boleh dipilih. 

Mod tunggangan 'Flow' disediakan untuk tunggangan di kawasan bandar manakala 'Surf' digunakan untuk jalan terbuka atau lebuh raya. 

Terdapat juga mod“Highline”dimana ia akan memberikan satu lagi mod iaitu “Flash.”

image.png

Dikhabarkan, BMW CE 02 kini dibuka untuk tempahan di pasaran terpilih, termasuk pasaran Eropah dan Amerika Utara. 

Harga CE 02 bermula pada harga AS$7,599 (RM35,464). Apa pula pandangan anda mengenai skuter elektrik BMW ini?


Kongsikan.


Gallery

Tag:

BMW CE 02 e-Scooter
2023 BMW CE 04
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pertama Kali BMW CE 02 Fun Challenge Dianjur!

Buat julung kalinya, BMW Motorrad Malaysia menganjurkan BMW CE 02 Fun Challenge pada 17 Ogos lalu.

26-08-2024
EV

MAS 2024: Ini Dia Skuter Elektrik BMW, Canggih, Comel

BMW Group Malaysia turut mendedahkah skuter elektrik, BMW CE 02.

22-05-2024
Berita Auto

Pertama Kali BMW CE 02 Fun Challenge Dianjur!

Buat julung kalinya, BMW Motorrad Malaysia menganjurkan BMW CE 02 Fun Challenge pada 17 Ogos lalu.

26-08-2024

Berita Terkini

EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026
EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026