Link Copiedcheck_circle
EV

Bolehkah Pemilik Tesla Recond Guna Supercharger Tesla? Ini Jawapan Tesla Malaysia

Sofea Najmi

22-7-2023

Kongsi melalui

Tesla-Supercharging-Grey-Import-Caricarz-(2).jpg


Tesla kini telah rasmi memulakan operasinya di Malaysia. Bagi menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV), Tesla Motors Malaysia (TMM) bakal menyediakan sebanyak 50 stesen Supercharger di negara ini menjelang tahun 2026, dengan janji bahawa 30% daripadanya boleh diakses oleh kenderaan bukan Tesla. Rangkaian Tesla Supercharger di Malaysia akan menggunakan modul Supercharger V3, yang mempunyai kadar cas maksimum 250 kW.


TMM telah mengenal pasti dan sedang berusaha untuk menubuhkan 10 lokasi Supercharger Tesla di seluruh Malaysia, dengan salah satu daripadanya telah disiapkan dan menunggu kelulusan operasi daripada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. 


Tesla-Supercharging-Grey-Import-Caricarz-(6).jpg


Sembilan lokasi Supercharger lain terletak di Iskandar Puteri (Johor), Negeri Sembilan, Dengkil, Bukit Jalil, Sunway, Jalan Raja Chulan, Jalan Kuching, Ipoh (Perak), dan Perai (Pulau Pinang).


Hari ini, CariCarz.com berkesempatan berbual dengan wakil daripada TMM bagi mengetahui tahap sokongan yang akan diberikan kepada kereta Tesla yang telah dan masih dijual oleh peniaga import grey atau recond tempatan.


Tesla-Supercharging-Grey-Import-Caricarz-(11).jpgTesla-Supercharging-Grey-Import-Caricarz-(1).jpg


Menjelaskan mengenai perkara ini, TMM mendedahkan bahawa pihaknya tidak mempunyai rancangan untuk memperkenalkan pakej penggunaan untuk kereta Tesla recond di Malaysia, oleh itu, semua tuntutan jaminan perlu diuruskan di negara asal kenderaan tersebut. Walau bagaimanapun, pembaikan akan tertakluk kepada ketersediaan alat ganti tempatan kerana beberapa bahagian dalam model Tesla berbeza bergantung kepada  lokasi pasaran asal model recond yang dijual itu. Ini termasuk bahagian seperti gas penyejuk udara kenderaan, kompresor, dan lain-lain.


Tesla-Supercharging-Grey-Import-Caricarz-(12).jpg


Berkenaan akses rangkaian Supercharger, TMM tidak akan menafikan hak pemilik Tesla recond untuk menggunakan kemudahan pengecas Supercharger. Kami dimaklumkan bahawa kebanyakan Model Y dan Model 3 recond akan dapat mengakses rangkaian Supercharger di Malaysia secara terus sebaik ia dilancarkan.


Bagaimanapun, bagi Tesla Model S dan Model X, pemilik kenderaan perlu menghantar kenderaan mereka ke pusat servis TMM untuk membuat pengubahsuaian kecil pada port cas. Mereka juga perlu mendapatkan adapter rasmi Tesla jika diperlukan untuk mengakses Supercharger. Kos pengubahsuaian ini termasuk adapter dijangka antara RM1,500 hingga RM2,000.


Dengan kata lain, pemilik Tesla sedia ada di Malaysia, sama ada unit rasmi atau recond tidak perlu risau kerana anda dapat memanfaatkan Supercharger Tesla apabila ia dilancarkan tidak lama lagi.

Tag:

Tesla Supercharger Malaysia
Tesla Motors Malaysia
Tesla Malaysia
Tesla Model Y
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Tesla Supercharger Sah Dibuka Di 14 Lokasi Ini!

Tesla Malaysia (TM) rupanya telah bergerak aktif untuk menyediakan stesen pengesan Supercharger di pelbagai lokasi.

12-09-2023
EV

Apa Ni, Supercharger Tesla HANYA Untuk Kereta TESLA

Kecoh, imej stesen pengecas Supercharger Tesla dah siap.

19-07-2023
EV

Stesen Supercharger 250 kW Tesla Kini Di Kuantan – RM1.25/kWj

Buat perjalanan ke Pantai Timur dengan tenang kerana Tesla Motors Malaysia telah membuka stesen Supercharger (DC) pertamanya di Kuantan, Pahang.

17-06-2024
EV

Peluang Akhir Saksikan Tesla Cybertruck Di Malaysia, Kini Di One Utama

Tesla Cybertruck membuat kemunculan terakhirnya di negara kita di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya.

10-06-2024
EV

Trak ‘Kalis Peluru,' Tesla Cybertruck Dipertontonkan Di Malaysia – Ini Spesifikasinya...

Tesla Malaysia sebentar tadi telah mempertontonkan trak Tesla Cybertruck. Ini yang menarik...

08-04-2024
EV

Tesla Supercharger Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang Kini Aktif – RM1.25/kWj

Tesla Motors Malaysia telah mengaktifkan stesen pengecas pertamanya di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang.

05-04-2024
EV

Tesla Model Y Bakal Meluncur Di Jalan Raya – Serahan Pertama Hari Ini

Tesla Motors Malaysia akhirnya memulakan penyerahan pertama bagi Model Y.

12-03-2024
EV

Pusat Tesla Pertama Di Malaysia Kini Dibuka Di Cyberjaya

Tesla Motors Malaysia telah merasmikan pembukaan Pusat Tesla pertama di Malaysia.

03-10-2023

Berita Terkini

EV

Jualan,Pengecasan EV Semakin Melonjak, Bagaimana Pula Langkah Lupuskan Bateri EV?

Biarpun, masih awal untuk bimbang mengenai pelupusan bateri, namun sudah tiba masanya, kerajaan sudah mula mewujudkan loji kitar semula bateri EV yang khusus.

03-05-2025
EV

Bateri CATL Tidak Boleh Terbakar, Meletup

CATL mengesahkan bahawa baterinya tidak boleh terbakar atau meletup, walaupun berlaku kegagalan haba dalaman .

02-05-2025
EV

Pameran Pertama Denza Malaysia Gegar TRX, Ini Yang Menarik

Denza Malaysia membuat kemunculan umum pertamanya di khalayak ramai setelah memasuki pasaran negara secara rasmi pada Februari lalu.

02-05-2025
EV

Toyota bZ3X: SUV Elektrik China yang Mampu Gegar Pasaran Global

Toyota terus melangkah berani dalam dunia kenderaan elektrik (EV) apabila memperkenalkan model bZ3X di Auto Shanghai 2025.

02-05-2025
EV

Pengeluaran Isuzu D-Max EV Dimulakan – Dua Motor, 66.9 kWj, Cecah 361 KM

Isuzu secara rasmi memperkenalkan trak pikapnya yang terlaris di pasaran, D-Max, dalam versi elektrik (EV).

02-05-2025
EV

Imej Teaser Sudah Mula Keluar, iCaur 03 Bakal Ditunjuk Di MAS 2025

iCaur 03 sebelum ini telah dipratonton pada tahun lepas di MAS 2024 sebagai Jaecoo J6.

30-04-2025
EV

Teksi Ikonik London Curi Perhatian – Mesra OKU, Jarak Hampir 500 KM!

Kalau berkunjung ke London, pasti anda tidak akan terlepas pandang teksi hitam ikonik yang menjadi lambang kota itu, teksi TX5.

30-04-2025
EV

Ini 2 Sebab Jualan EV Sukar Meningkat Di Malaysia

EV sebenarnya semakin mendapat sambutan, namun masih ada dua perkara utama yang menghalang penjualannya.

28-04-2025