Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

GWM Cannon Ultra, Harga Bermula RM128K

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Great Wall Motor Malaysia (GWM) ada mengadakan pratonton GWM Cannon Ultra  P 12 pada Malaysia Autoshow 2023 baru-baru ini.

image.png

Terbaharu, ada beberapa pengedar Great Wall Motor Malaysia (GWM)  pula mengatakan bahawa GWM Cannon Ultra P 12 yang cuma didatangkan dengan satu varian akan dijual pada harga RM127,800.

Screenshot-2023-07-23-142312.png

Untuk makluman anda, GWM masih belum mendedahkan butiran terperinci spesifikasi dan tarikh pelancaran jentera ini.

Cannon Ultra ini disumbat dengan enjin turbodiesel empat silinder 2.0 liter yang mampu menghasilkan sehingga 161 hp dan tork maksima 400 Nm.

image.png

Ia dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan dari ZF bersama sistem pacuan empat roda.

Berbeza sedikit dengan P11,  P12 mendapat stereng kuasa elektrik dan rim 18 inci berbanding P11 yang cuma menggunakan stereng hidraulik dan rim 17 inci .

Kebanyakan spesifikasi P 12 dilihat sesuai untuk kegunaan persendirian harian.

image.png

Ini termasuk ada differential boleh kunci pada gandar belakang, pelbagai mod pemanduan, lampu utama LED automatik, lampu belakang LED, cermin sisi larasan kuasa, pemijak kaki belakang, upholsteri kulit, tempat duduk larasan kuasa, penukar gear di stereng, panel instrumen digital tujuh inci dan  skrin sesentuh sembilan inci (dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay).

Malah, terdaapt juga kamera 360 darjah, tempat duduk boleh dilaras secara elektronik dan penukar gear di stereng.

image.png

Mengenai ciri keselamatannya pula, ia dilengkapi dengan ADAS yang mejanjikan ciri pemanduan autonomous Tahap 2.

Apapun kita tunggu pengesahan GWM dalam tempoh terdekat ini.

Gallery

Tag:

GWM Malaysia
GWM Cannon Pick-Up Truck
cannon ultra
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026
Berita Auto

Pandu Uji & Menang Hadiah! GWM Malaysia Meriahkan Penang Autoshow Dengan Tawaran Eksklusif

Penangan GWM di PWCC: Dari SUV Lasak Hingga MPV Mewah, Semua Ada di Penang Autoshow.

27-04-2026
Berita Auto

GWM Makin 'Ganas, Kini Bolos Kelompok 15 Jenama Teratas Di Malaysia

WEY G9 & Haval H6 Jadi Punca? GWM Kini Berjaya Pintas Persaingan, Masuk Top 15!

22-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Pandu Uji

BUDI95 Tak Cukup? Haval H6 HEV 'Tapau' 1,000KM 1 Tangki

SUV jimat minyak, Haval H6 HEV sekali isi, boleh redah lebih 1,000KM.

31-03-2026
Berita Auto

GWM Haval H6 HEV

Sambut Hari Raya 2026 dengan GWM HAVAL H6 HEV, SUV hibrid paling laris di Malaysia.

13-03-2026
Berita Auto

"Selesa & Tenang" – Ini Sebab Kenapa Siti Nurhaliza Pilih GWM WEY G9 Sebagai Kenderaan Harian!

GWM Malaysia secara rasminya menyerahkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV pertama yang dipasang secara lokal kepada biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, baru-baru ini.

07-03-2026

Berita Terkini

Kereta Baru

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.

22-05-2026
Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026
Kereta Baru

DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k

Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.

21-05-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru

Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.

14-05-2026
Kereta Baru

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026
Kereta Baru