Link Copiedcheck_circle
Global

Honda City Facelift 2023 Dilancarkan Di Thailand - Pembaharuan Luaran, Kabin & Ciri Keselamatan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Honda-City-Facelift_Thailand_main.jpg

Honda City 1.5 e:HEV RS terkini yang ditawarkan di pasaran Thailand

Honda City yang diberikan nafas baharu telah dilancarkan di pasaran Thailand minggu ini. Seperti yang dijangka, pembaharuan kali ini melibatkan bukan sahaja di bahagian luar tetapi juga di bahagian dalam, serta penambahan teknologi Honda Sensing iaitu sistem bantuan pemandu aktif (ADAS) pada semua varian.

Di Thailand, Honda City Facelift ditawarkan dalam lima varian yang terdiri daripada dua pilihan trenkuasa, iaitu enjin petrol 1.0L 3-silinder turbo VTEC dengan transmisi CVT, dan enjin hibrid e:HEV 1.5L dengan transmisi E-CVT. Untuk maklumat pembaca, enjin petrol 1.5L 4-silinder i-VTEC yang mungkin lebih dikenali oleh rakyat Malaysia tidak ditawarkan dalam pasaran ini.

PEMBAHARUAN DI BAHAGIAN LUAR HONDA CITY FACELIFT 2023

1686681951_436.jpg

1686681951_461.jpg1686681951_318.jpg

Versi sporty, RS, menggunakan gril rekaan sarang lebah, apron rendah dan faux diffuser 

Pembaharuan pada reka bentuk dapat dilihat daripada penggunaan bar krom yang lebih halus di bahagian hadapan, ini dipadankan dengan gril multi-slat baharu serta  liang ambilan udara yang lebih rendah. Sementara itu, untuk varian sporty, RS,  dihadirkan dengan gril sarang lebah, skid, lampu kabus (dengan perumah berwarna hitam) dan apron bawah yang berbeza.

Di belakang, versi Facelift ini diberikan bampar belakang baharu, namun varian RS dipasangkan dengan faux diffuser yang disesuaikan dengan spoiler hitam pada hujung but. Kemasan berwarna hitam turut digunakan pada antena sirip jerung dan perumah cermin sisi. 

PEMBAHARUAN DI BAHAGIAN DALAM HONDA CITY FACELIFT 2023

Honda-City-Facelift_Thailand_features_2.jpg
Honda-City-Facelift_Thailand_features_1.jpg1686684171_10.jpg

Bergerak ke bahagian dalam kabin, beberapa ciri baharu dapat dilihat.  Semua varian 3-silinder mendapat panel paparan pelbagai info TFT 4.2 inci yang baharu, manakala perubahan terbesar pada varian RS adalah penggunaan upholsteri kulit dan kulit sintetik yang menggantikan kombinasi kulit-sued. Manakala varian SV pula kini mempunyai konsol tengah dan panel pintu yang dikemaskan dengan kulit sintetik berwarna merah gelap.

PEMBAHARUAN CIRI KESELAMATAN HONDA CITY FACELIFT 2023

Selain perubahan di bahagian luar dan kabin Honda City, versi kali ini juga lebih selamat kerana kesemua varian kini dilengkapi dengan pakej keselamatan ADAS Honda Sensing. Ini merangkumi Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS), Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan dengan Amaran Keluar Laluan (RDM dengan LDW), Lampu Suluh Tinggi Auto (AHB), dan Sistem Notifikasi Kereta Depan Keluar Lorong (LCDN) sebagai ciri standard. 

1686684172_54.jpg

Turut termasuk adalah ciri Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) pada varian e:HEV yang telah diperbaik. Manakala ciri kamera Honda LaneWatch pula hanya disediakan  untuk varian hibrid 1.5 e:HEV RS. 

Pelancaran model facelift ini di pasaran Thailand menandakan kehadirannya di pasaran ASEAN lain termasuk Malaysia mungkin akan berlaku tidak lama lagi. Diharapkan Honda City Facelift yang dibawa ke negara kita turut akan menerima pembaharuan yang serupa lebih-lebih lagi dalam aspek keselamatan. 

Berkemungkinan besar, harga jualan model facelift itu nanti juga lebih tinggi berbanding Honda City yang ditawarkan sekarang. 

BILA HONDA CITY FACELIFT 2023 AKAN DILANCARKAN DI MALAYSIA?

Honda-City-Facelift_Thailand_6.jpg

Desas-desus mengatakan Honda City Facelift 2023 akan tiba di negara kita tidak lama selepas SUV kompak WR-V diperkenalkan. Apa-apa pun, kita nantikan sahaja pengumuman daripada Honda Malaysia.


Gallery

Tag:

HONDA CITY FACELIFT
Honda City Facelift 2023
Honda City
Honda City RS
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Honda Malaysia Kekal Jenama Kereta Bukan Nasional Nombor 1

Honda Malaysia Kekal Jenama Kereta Bukan Nasional Nombor 1

Honda tetapi di hati rakyat Malaysia.

25-01-2024
Kereta Baru
Honda City Facelift 2023 Rasmi Dilancarkan – 5 Varian, Dari RM84K

Honda City Facelift 2023 Rasmi Dilancarkan – 5 Varian, Dari RM84K

Honda City Facelift 2023 telah dilancarkan di Malaysia. Ini spesifikasinya...

10-08-2023
Kereta Baru
Honda City Facelift 2023 Rasmi Dilancarkan – 5 Varian, Dari RM84K

Honda City Facelift 2023 Rasmi Dilancarkan – 5 Varian, Dari RM84K

Honda City Facelift 2023 telah dilancarkan di Malaysia. Ini spesifikasinya...

10-08-2023
Berita Auto
Musibah Bertimpa-Timpa, Nak Elak Anjing, Rempuh Pula 4 Kereta Termasuk Sebuah Rumah

Musibah Bertimpa-Timpa, Nak Elak Anjing, Rempuh Pula 4 Kereta Termasuk Sebuah Rumah

Gara-gara hendak mengelak anjing, seorang pemandu e-hailing 'terpaksa' merempuh empat kenderaan dan sebuah rumah di kawasan perumahan di Taman Permas Jaya, Johor, semalam.

20-01-2026
Berita Auto
Penumpang Putus Kepala, Kemalangan Ngeri Di Kulai

Penumpang Putus Kepala, Kemalangan Ngeri Di Kulai

Seorang lelaki putus kepala apabila kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan di Taman Permata Impian, Jalan Felda Taib Andak, Kulai.

21-09-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik

[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik

Honda City e:HEV RS Facelift adalah pilihan ideal untuk pemandu moden yang mahukan lebih daripada sekadar rupa.

19-05-2025
Berita Auto
Kereta Jatuh, Mujur Pemandu Selamat

Kereta Jatuh, Mujur Pemandu Selamat

Seorang lelaki mengalami kecederaan di kepala selepas kereta yang dipandunya terjatuh dari tingkat satu parkir di Pusat Pengangkutan Terminal 1 Seremban.

09-09-2024

Berita Terkini

Global
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global
Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global
Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global
Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global
Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global
Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global
Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026