Link Copiedcheck_circle
EV

Imej Rasmi Kabin Roadster Elektrik MG Cyberster 2024 Yang 'Stylo' Didedahkan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

MG-Roadster-EV-Caricarz-(9).jpg


Syarikat pengeluar kereta China, SAIC MG telah mendedahkan gambar kabin pertama MG Cyberster, sebuah roadster elektrik tulen. 


Salah satu perbezaan ketara dalam reka bentuk dalaman MG Cyberster 2024 adalah penggunaan stereng dalam balutan kulit menggantikan stereng jenis yoke. Stereng yoke masih lagi ditawarkan sebagai pilihan. Pada stereng ini terdapat butang kawalan dan juga dia pedal penukar gear yang diperbuat daripada aluminium. 


MG-Roadster-EV-Caricarz-(6).jpg


Ciri baharu lain ialah penggunaan kluster instrumen digital melengkung yang lebar, digabungkan dengan skrin infotainmen pada konsol tengah. Di bawah skrin terdapat penukar gear, butang kawalan bukaan bumbung serta tempat pemegang cawan. 


MG-Roadster-EV-Caricarz-(4).jpgMG-Roadster-EV-Caricarz-(3).jpg


Ruang kabin EV yang berkepanjangan 4,535 mm ini menggunakan skema warna dalaman merah gelap yang lebih bergaya,  berbeza dengan model pra-pengeluaran yang menggunakan skema merah-hitam-putih, namun, ada kemungkinan pilihan warna lain untuk ruang kabin akan ditawarkan. Warna hitam pada tiang dan bumbung kereta dikekalkan. 


MG-Roadster-EV-Caricarz-(5).jpg


EV ini menggunakan tempat duduk dengan upholsteri kulit serta bahan yang menyerupai suede. Untuk keselesaan, tempat duduk boleh dilaraskan menggunakan butang yang terdapat pada pintu kereta.  Dari segi hiburan, Cyberster dilengkapi sistem audio Bose. 


MG-Roadster-EV-Caricarz-(8).jpgMG-Roadster-EV-Caricarz-(10).jpg


Dua varian MG Cyberster 2024 ditawarkan, versi RWD menggunakan motor tunggal 231 kW dengan output 310 hp, dan varian AWD menggunakan dua motor 400 kW dengan output sehingga 536 hp. MG Cyberster juga akan ditawarkan dengan dua pilihan bateri, 64 kWh dan 77 kWh, dengan jarak perjalanan tanpa emisi antara 501-580 km.


MG Cyberster akan menjadi satu-satunya roadster elektrik di pasaran UK/Eropah sehingga pengganti EV untuk 718 Boxster Porsche dilancarkan. Harganya dijangka bermula dari £55k (kira-kira RM331k) di UK dan serendah ¥300k (RM194k) di China. Pengeluaran akan bermula pada akhir tahun ini.

Tag:

Roadster EV
MG Cyberster EV Roadster
SAIC
Roadster
MG Cyberster
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Roadster Elektrik Pertama, MG Cyberster Sertai Perarakan Hari Kebangsaan

MG Motor Malaysia mengesahkan MG Cyberster akan menyertai kontinjen Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sempena perarakan Hari Kebangsaan ke-68 pada 31 Ogos 2025 di Putrajaya.

26-08-2025
EV

Pandu Uji Roadster Elektrik Pertama Di Dunia, MG Cyberster Di MG Motor Old Klang Road

Orang ramai kini berpeluang memandu uji roadster elektrik pertama di dunia, MG Cyberster menerusi acara MG Cyberster Exclusive Test Drive Weekend yang akan berlangsung pada 19 dan 20 Julai ini di bilik pameran MG Motor Old Klang Road, Kuala Lumpur.

15-07-2025
Berita Auto

SAIC Motor Ajak Datang KLIMS 2024, Pelbagai Ganjaran Menanti Anda!

SAIC Motor Malaysia menjemput orang ramai untuk menyaksikan barisan model MG pada pameran KLIMS 2024 yang akan berlangsung di MITEC, pada 5 Disember hingga 11 Disember ini.

02-12-2024
EV

MG Cyberster Didedah, Mungkin Lancar Tahun Ini

SAIC Motor turut membuat kejutan kepada media apabila membawa masuk MG Cyberster semalam.

23-08-2024
EV

Hanya Ada 100 Biji Cyberster Red Top Edition Tapi Ada Sebabnya

MG Motor melancarkan edisi khas roadster elektrik baru-baru ini.

02-02-2024
Berita Auto

Maknanya, Jenama MG Akan Masuk M'sia Tak Lama Lagi!

Pengeluar kereta terkemuka British, Morris Garages (MG) sudah membuka laman web dan halaman Facebook rasminya semalam.

30-01-2024
Kereta Baru

Sedan Elegan MG5 Bakal Dilancarkan Esok, 3 Oktober – Anggaran RM100,000

SAIC Motor Malaysia mengumumkan bahawa firmanya bakal melancarkan model terbaru, MG5, pada 3 Oktober, esok.

02-10-2024
EV

Bateri EV Tercanggih Setakat Ini Bakal Digunakan Pada MG Cyber GTS? – Pelancaran 2025 Nanti

SAIC mengesahkan bahawa model MG terbaru yang akan dilancarkan pada suku kedua 2025 bakal menggunakan bateri keadaan pepejal.

09-09-2024

Berita Terkini

EV

Prasarana Bakal Sediakan 150 Bas Elektrik Pada 2026

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengorak setapak ke hadapan kerana akan bakal menawarkan 150 bas elektrik selewat-lewatnya pada tahun hadapan.

14-11-2025
EV

Swift Bridge, ChargeSini Meterai MoU, Hasilkan Pengecas EV Di Malaysia

Swift Bridge Technologies (MFG) Sdn. Bhd. mengumumkan pelaburan besar bernilai RM11.2 juta untuk memulakan pengeluaran pengecas EV tempatan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

13-11-2025
EV

Kerajaan Luluskan EMSP: Satu Platform Digital Kawal Semua Pengecasan EV Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengesahkan bahawa kerajaan telah meluluskan penubuhan Platform Perkhidmatan e-Mobiliti (EMSP)

13-11-2025
EV

BYD Atto 3 Bakal Muncul Dengan Prestasi Lebih Tinggi, Jarak EV Cecah 650 KM

SUV elektrik BYD Atto 3 2026 nampaknya bakal menerima kemas kini secara besar-besaran. Perkara ini terbongkar melalui dokumen rasmi Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China yang mula tersebar di internet.

12-11-2025
EV

Spesifikasi Xpeng X9 Ultra Bocor – Kepintaran Luar Biasa Dengan 3 Cip AI

MPV Xpeng X9 dilaporkan bakal memiliki varian ‘Ultra’ baharu, hanya beberapa minggu setelah versi range-extender (EREV) diperkenalkan.

12-11-2025
EV

Sudah Diuji: iCaur V23 iWD Tunjuk Taring Dalam Cabaran Off-Road

Pihak Carz.com berpeluang memandu uji, SUV elektrik, iCaur V23 di litar ujian off-road Kev Advenduro yang terletak di Gamuda Gardens, Rawang.

10-11-2025
EV

ChargeSini & Meta Bright Lancar Pengecas EV Di Sunway Pyramid – 6 Pengecas AC

Syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) tempatan, ChargeSini, telah merasmikan hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbarunya di Sunway Pyramid, lokasi pertama yang dilancarkan di bawah kerjasama strategik bersama Meta Bright Group.

05-11-2025
EV

Zeekr X, MG MGS5 EV Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Buktikan EV Terbaru Semakin Selamat

Zeekr X dan MG MGS5 EV berjaya meraih penarafan penuh sebanyak 5 bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) di bawah protokol penilaian 2021–2025.

05-11-2025