Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kenapa Tesla Pilih Malaysia? Kerajaan Indonesia Ingin Jumpa Elon Musk 2 Ogos Ini

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz_Tesla-Model-Y-Launch_-9.jpg

Tesla Motors Malaysia secara rasmi mengumumkan kemasukan mereka ke pasaran tempatan hari ini di Pavilion KL


Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Luhut Panjaitan, ingin mengadakan pertemuan dengan Elon Musk selepas Tesla memilih Malaysia sebagai lokasi ibu pejabat dan pelaburan di Asia Tenggara


Kebenaran yang diberikan oleh Malaysia untuk mengimport Tesla Model 3 dan Model Y telah meningkatkan pengeluaran EV syarikat sebanyak 86% dalam suku pertama 2023. 


Baca: Ibu pejabat Tesla di Cyberjaya


Industri automotif yang mampan dan persekitaran kondusif untuk pengeluar EV menjadikan Malaysia pilihan yang menarik. Sebaliknya, peraturan yang ditetapkan oleh Indonesia dan infrastruktur EV negara tersebut yang agak terhad menimbulkan cabaran.


Berbeza dengan Indonesia, Malaysia tidak mengesyorkan pelabur untuk mewujudkan kerjasama tempatan. Malaysia juga mempunyai ekosistem EV yang sedang berkembang, dengan 1,000 stesen pengecasan di seluruh negara untuk bilangan penduduk sebanyak 34 juta orang dan merancang untuk menambah 10,000 lagi menjelang 2025, dengan sebahagiannya dibangunkan oleh Tesla.


CariCarz_Tesla-Supercharger_Pavilion-KL_-3.jpg

Supercharger Tesla di Pavilion KL


Sebaliknya, Indonesia hanya mempunyai 450 stesen pengecasan, kebanyakannya di Jawa. Negara ini memerlukan 20,000 stesen dalam dua tahun akan datang untuk menyokong 400,000 kereta elektrik yang disasarkan dan memudahkan perjalanan jarak jauh di luar Jakarta.


Jokowi-dan-Elon-Musk-2022_Source-Jakarta-Post.jpg

Pertemuan antara Perdana Menteri Indonesia, Jokowi, dan CEO Tesla, Elon Musk pada 14 Mei, 2022 lalu (Foto: The Jakarta Post)


Baca: Rundingan Gagal, Rancangan Tesla Untuk Bina Kilang Di Indonesia Batal


Indonesia juga berdepan dengan ‘ancaman’ tambahan daripada perjanjian perdagangan bebas dengan Amerika Syarikat yang membabitkan mineral penting dan penglibatan China dalam industri nikel.


Bijih-nikel_Source-Wiki.jpg

Bijih nikel


Sebagai pengeluar terbesar nikel, Indonesia telah melarang eksport nikel yang tidak diproses ke luar negara untuk memaksa pembangunan loji nikel secara domestik dalam penghasilan keluli tahan karat dan bateri lithium-ion.


Baca: "Hasilkan EV Di Indonesia, Bukan Hanya Bateri," Jokowi Gesa Tesla


Walaupun rakan perjanjian perdagangan bebas (FTA) AS hanya menyumbang kurang daripada 10% daripada pengeluaran nikel global, penganalisis berkata Washington mungkin akan menekan Indonesia untuk mengurangkan larangan eksport, yang kini turut melibatkan bauksit dan tidak lama lagi berkemungkinan besar bakal membabitkan bijih timah dan kuprum.


Cabaran yang dihadapi tidak menghentikan usaha Indonesia untuk menarik Tesla. Panjaitan tetap mengharapkan pelaburan Tesla di Indonesia, dengan rancangan untuk mengadakan pertemuan dengan Musk pada 2 Ogos ini. 

Baca: Tesla Model Y Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, Capai 533KM, Dari RM199K

Sumber: Asia Times


Tag:

Tesla
Tesla Motors Malaysia
Tesla Indonesia
Elon Musk
EV Indonesia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
EV

Tesla Destination Charger Mula Dikenakan Bayaran RM0.88/kWh

Masih Murah Berbanding Pasaran: Berapa Kos Sebenar Cas Tesla Sekarang?

28-07-2026
Berita Auto

Menyesal Beli EV, Kesudahannya Beli Myvi

Pempengaruh menyesal membeli EV, baru-baru ini.

27-07-2026
Berita Auto

Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai

Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.

07-05-2026
EV

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
Teknologi

Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli

Tesla mungkin akan mula menyokong dan mengintegrasikan Apple CarPlay dalam kenderaannya tidak lama lagi.

18-11-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026