Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lepas Ini, PERODUA Akan Guna Alat Ganti Betamek

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pembekal perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS), Betamek Bhd mendapat kontrak bernilai RM436.5 juta untuk membekalkan pelbagai alat ganti elektronik kepada kereta baharu Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA).

Betamek berkata, pembekalan bahagian elektronik itu dijangka akan dimulakan pada suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025 untuk tempoh enam tahun.

image.pngimage.png

Antara produk Betamek.

"Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan Betamek dalam tempoh enam tahun, bermula dari tahun kewangan 2025," kata dalam satu kenyataan.

image.png

Pengarah Urusan Betamek, Mirzan Mahathir, berkata permintaan untuk produk audio visual (AV) kenderaan dan aksesori kenderaan syarikat dijangka akan berkembang berikutan  permintaan untuk kenderaan pelanggan semakin meningkat.

"Walaupun insentif pengecualian cukai jualan untuk kenderaan penumpang berakhir bulan lalu, kami yakin bahawa permintaan untuk produk kenderaan AV dan aksesori kenderaan kami akan terus berkembang seiring dengan permintaan yang kukuh untuk kenderaan pelanggan utama kami," katanya.

image.pngimage.png

Terdahulu, Perodua mengumumkan bahawa pihaknya telah mengeluarkan 153,813 kenderaan dalam tempoh enam bulan pertama 2023.

Untuk itu, terdapat peningkatan sebanyak 17 Peratus berbanding 131,641 unit yang dikeluarkan dalam tempoh sama pada 2022.

Pencapaian pengeluaran itu meningkat sebanyak 13.6 peratus kepada 144,690 kenderaan bagi separuh pertama 2023 berbanding 127,343 unit yang dijual dalam tempoh sama tahun lalu.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang

Pokok Tumbang Di Jalan Tun Razak: Seorang Maut, Tujuh Cedera.

20-07-2026
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026