Link Copiedcheck_circle
EV

Makin Berlambak EV! Mungkin Ramai Yang Minat EV

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Chery Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya akan membawa Omoda 5 versi elektrik di negara ini selewat-lewatnya pada tahun hadapan.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Presiden Chery Malaysia, Shawn Xu selepas melancarkan dua model terbaharunya, Omoda 5 dan Tiggo 8 PRO di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), malam tadi.

image.png

Tidak seperti Omoda 5 yang menggunakan enjin pembakaran dalaman dan dipasang secara tempatan (CKD) oleh Inokom.

Sebaliknya, Omoda 5 elektrik yang akan dibawa ke Malaysia dikhabarkan akan diimport sepenuhnya (CBU) dari China.

Langkah itu diambil kerana mahu mengambil kesempatan daripada insentif cukai untuk EV yang diberikan oleh kerajaan.

Bagi yang tidak tahu, Omoda 5 versi elektrik ini ada ditayangkan pada Pameran Auto Shanghai 2023, awal tahun ini.image.png

Secara visual, Omoda 5 versi elektrik ini sebenarnya hampir serupa dengan kembarnya yang menggunakan petrol namun fascia hadapan tanpa gril sahaja yang membezakan kedua-dua model ini.

Omoda 5 EV ini dilengkapi dengan motor tunggal. 

Difahamkan, ia boleh menjana kuasa setinggi 221 hp (165 kW) dimana ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 7.8 saat.

image.png

Omoda 5 versi elektrik ini disumbat dengan pek bateri 61 -kWh dan didakwa boleh melakukan perjalanan sejauh 450 kilometer dengan hanya sekali cas.

Chery turut mendakwa bahawa pengecasan pantas DC dari 0-80 peratus hanya mengambil masa dalam 35 minit.

Selain Omoda 5, beberapa siri HEV dan PHEV akan dibawa masuk ke negara ini.

image.pngimage.png

Menerusi pengenalan Omoda 5 EV, Chery merancang untuk mengambil alih 20% bahagian pasaran segmen EV menjelang akhir tahun depan, memandangkan model itu akan menjadi sebagai ‘EV mampu milik’ di pasaran Malaysia.

Ini bermakna Chery sanggup menyahut cabaran untuk bersaing dengan beberapa model EV dari China seperti BYD Atto 3, GWM Ora Good Cat termasuk Neta V. 


Gallery

Tag:

OMODA 5
CHERY OMODA 5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru
PERHATIAN! Omoda 5, Tiggo 8 Pro Dah Masuk M'sia

PERHATIAN! Omoda 5, Tiggo 8 Pro Dah Masuk M'sia

Chery melancarkan dua buah jentera terbaharunya secara serentak semalam.

07-07-2023
Berita Auto
Chery Malaysia Jalin Kerjasama Pergudangan & Pengangkutan Alat Ganti Dengan Tiong Nam Logistics

Chery Malaysia Jalin Kerjasama Pergudangan & Pengangkutan Alat Ganti Dengan Tiong Nam Logistics

Chery Malaysia mengumumkan kerjasama strategik dengan Tiong Nam Logistics Holdings Berhad.

23-06-2023
Kereta Baru
Chery Pun Tak Nak Ketinggalan, Tayang Model Baharu

Chery Pun Tak Nak Ketinggalan, Tayang Model Baharu

Tiggo 8 Pro dan Omoda 5 bakal menembusi pasaran Malaysia tidak lama lagi.

05-05-2023
Video
Review Chery Model Baharu Di Pasaran Malaysia I Chery Omoda 5, Tiggo 8 Pro E+, 8 Pro, 7 Pro & 4 Pro

Review Chery Model Baharu Di Pasaran Malaysia I Chery Omoda 5, Tiggo 8 Pro E+, 8 Pro, 7 Pro & 4 Pro

Chery Omoda 5 sudah hampir tiba di pasaran Malaysia. Perlukan kenderaan sama kategori buatan lain seperti Proton X50, Toyota Corolla Cross & Honda HR-V gusar? Berapa rasanya harga jualannya? Bersama Omoda 5, Chery juga akan memasarkan 4 lagi model lain iaitu Tiggo 8 Pro E+, Tiggo 8 Pro Max, Tiggo

10-01-2023
Kereta Baru
Chery Mulakan Pengeluaran Global

Chery Mulakan Pengeluaran Global

Chery melancarkan Omoda 5 secara rasmi di Shenzhen, China sekali gus menjadikan China, pasaran pertama yang menerima kenderaan utiliti sukan yang bergaya itu.

14-07-2022
Kereta Baru
Omoda 5 Kini Sudah Boleh Ditempah Tetapi...

Omoda 5 Kini Sudah Boleh Ditempah Tetapi...

Chery Omoda 5 (2022), sudah boleh ditempah mulai hari ini di China.

05-07-2022
Kereta Baru
Chery Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro Bakal Masuki Pasaran Malaysia!

Chery Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro Bakal Masuki Pasaran Malaysia!

Chery bakal membawa masuk beberapa model dalam barisan kereta Tiggo Pro ke dalam pasaran Malaysia.

11-05-2022
Berita Auto
Chery Berlabuh Ke Indonesia Pula?

Chery Berlabuh Ke Indonesia Pula?

Tiga kenderaan Chery ditayangkan pada Pameran Motor Antarabangsa di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

04-04-2022

Berita Terkini

EV
VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

Jenama Jerman ini mendedahkan rekaan dalaman yang bakal membuatkan ramai peminat old-school tersenyum lebar.

06-01-2026
EV
Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.

06-01-2026
EV
EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB

EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB

Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.

05-01-2026
EV
EV/REEV XPeng P7+ Dikemaskini – 100+  Penambahbaikan, Bakal Tiba Di Malaysia?

EV/REEV XPeng P7+ Dikemaskini – 100+ Penambahbaikan, Bakal Tiba Di Malaysia?

Syarikat kenderaan elektrik dari China, XPeng, baru sahaja memperkenalkan versi yang dikemaskini bagi tahun 2026 untuk model sedan segmen E, XPeng P7+.

02-01-2026
EV
SUV Forthing Friday Raih ASEAN NCAP 5 Bintang, Bakal Gegar Pasaran Malaysia

SUV Forthing Friday Raih ASEAN NCAP 5 Bintang, Bakal Gegar Pasaran Malaysia

SUV segmen C keluaran negara China, Forthing Friday, kini sah memegang status sebagai antara kenderaan paling selamat di rantau ini.

02-01-2026
EV
Skuter Elektrik Marhaen, EZI TS-1 Semurah RM4,288 - Jarak Gerak 100KM

Skuter Elektrik Marhaen, EZI TS-1 Semurah RM4,288 - Jarak Gerak 100KM

Skuter elektrik EZI TS-1 dijual semurah RM4,288.

01-01-2026
EV
Sistem JPJ Alami Isu Teknikal Di Saat Akhir Cukai Jalan EV Percuma

Sistem JPJ Alami Isu Teknikal Di Saat Akhir Cukai Jalan EV Percuma

Di saat-saat akhir 'cuti' cukai jalan (LKM) terhadap kenderaan elektrik (EV) bakal berakhir, kemunculan isu teknikal telah mencetuskan ‘huru-hara’.

31-12-2025
EV
Kembar e.MAS 5, Geely EX2 Dilancarkan Di Indonesia – Jauh Lebih Murah?

Kembar e.MAS 5, Geely EX2 Dilancarkan Di Indonesia – Jauh Lebih Murah?

Selepas mendarat di Thailand, SUV elektrik kompak Geely EX2 baru-baru ini secara rasmi telah ‘menyerang’ pasaran Indonesia.

29-12-2025