Link Copiedcheck_circle
Global

Mitsubishi Triton 2023 Dengan Casis Baharu & Enjin Turbodiesel Terkini

Sofea Najmi

Kongsi melalui

NextGen-Mitsubishi-Triton.jpg


Seperti yang kita tahu, syarikat automotif Jepun, Mitsubishi, akan mengeluarkan Triton generasi baharu pada hujung bulan ini. Menjelang hari pelancarannya, satu demi satu teaser telah dikongsikan, dan yang terkini, Mitsubishi mendedahkan spesifikasi casis dan enjin trak tersebut. 


NextGen-Mitsubishi-Triton-Chassis.jpg


Menurut Mitsubishi, trak pikap Triton generasi keenam akan menggunakan rangka casis baharu sepenuhnya yang dilengkapi dengan suspensi double-wishbone untuk gandar depan, manakala bahagian belakang menggunakan suspensi spring leaf. Walaupun suspensi yang digunakan sama dengan Triton generasi semasa, pengeluar automotif ini mengatakan bahawa casis baharu ini dibangunkan khas untuk memberikan dinamik pemanduan yang lebih baik dan ketegaran yang lebih baik, dengan sistem suspensi yang telah direka semula.


Mitsubishi-Triton-Teaser-Brightened-3.jpg


Perkara ini tidaklah begitu mengejutkan, kerana sebelum ini terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa Triton baru akan berkongsi asas yang sama dengan trak pikap Nissan Navara. Jika benar, bermakna Triton yang akan diperkenalkan nanti mungkin lebih besar berbanding model sebelumnya, kerana Navara memiliki jarak roda yang lebih panjang iaitu 3,150 mm berbanding 3,000 mm pada Triton generasi semasa.


NextGen-Mitsubishi-Triton-Engine.jpg


Untuk enjin, Mitsubishi mengumumkan bahawa Triton baharu akan menggunakan enjin turbodiesel (kod: 4N16)  yang baru dibangunkan. Menggantikan enjin 4N15 yang digunakan pada Triton semasa. Untuk saiz enjin, enjin 4N16 baru mempunyai saiz enjin yang lebih kecil iaitu 2,439 CC berbanding enjin 4N15 dengan kapasiti sebanyak 2,442 CC, yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 178 hp dan tork sebanyak 430 Nm.


Baca: Mitsubishi Triton 2024 Bakal Buat Kemunculan Pertama 26 Julai Ini Di Thailand


Mitsubishi-Triton-Teaser-Brightened-2.jpg


Enjin 4N16 baru ini adalah enjin sama yang digunakan dalam Nissan Caravan. Namun, pada Caravan, enjin tersebut ditala untuk menghasilkan kuasa hanya sebanyak 130 hp dan tork sebanyak 370 Nm, Triton generasi baharu itu pula dijangkakan akan mendapat penalaan yang lebih bertenaga. Perbezaan ketara lain pula adalah Caravan menggunakan transmisi automatik tujuh kelajuan dari Jatco, manakala Triton semasa menggunakan transmisi automatik enam kelajuan.


Baca: Teaser Mitsubishi Triton Generasi Ke-6 Didedahkan, Pelancaran Global 26 Julai Ini


Mitsubishi-Triton-Teaser-Brightened-1.jpg


Mitsubishi Triton generasi keenam 2023 dijadualkan bakal membuat penampilan globalnya pada 26 Julai ini di Thailand


Tag:

Mitsubishi Thailand
Mitsubishi Triton
Mitsubishi Triton generasi keenam
Mitsubishi Triton 2023
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

26-12-2023
Global

12-02-2025
Global

08-01-2025
Global
Pandu Uji

16-10-2024
Kereta Baru

16-10-2024
Kereta Baru

01-10-2024
Global

09-08-2024

Berita Terkini

Global

Volvo EX90 2026 Didedahkan – Sistem Jauh Lebih Canggih

Syarikat automotif Sweden, Volvo, mengumumkan versi terbaru bagi SUV elektrik andalannya (flagship), EX90, versi keluaran 2026

24-09-2025
Global

BMW iX5 Hydrogen Didedahkan – Tiba 2028 Nanti

BMW kini sedang giat membangunkan X5 generasi terbaru, dan semalam syarikat automotif Jerman ini mengumumkan bahawa model itu nanti bakal tiba dalam versi trenkuasa hidrogen, BMW iX5 Hydrogen.

23-09-2025
Global

EV smart #5 Raih Euro NCAP 5 Bintang – Tiba Di Malaysia Dalam Masa Terdekat

smart #5 kini mencuri perhatian dunia apabila berjaya menerima penarafan penuh lima bintang dalam ujian keselamatan di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).

23-09-2025
Global

Didedah: Imej Rasmi Geely Emgrand Generasi Kelima Didedah Di China

Pengeluar automotif gergasi, Geely telah menyiarkan imej Geely Emgrand generasi kelima di China, baru-baru ini.

22-09-2025
Global

Toyota GR Corolla 2025 Di Jepun Dinaik Taraf, Buatkan Ia Kini Tampil Lebih Padu

Toyota GR Corolla 2025 untuk pasaran Jepun dilaporkan menerima beberapa pengemaskinian terbaharu .

19-09-2025
Global

Proton e.MAS 7 Dilancar Di Singapura, Harga Bermula Daripada RM577K

Proton kini kembali ke Singapura dengan melancarkan secara rasminya model EV pertamanya, e.MAS 7, pagi tadi.

18-09-2025
Global

Ini Dia Model Kia Paling Mewah, Bukan SUV Atau EV Tetapi Cuma MPV

Kia Carnival Hi-Limousine yang cukup mewah ini dikatakan mampu menewaskan Toyota Vellfire serta Alphard dan Lexus LM.

17-09-2025
Global

Geely EX5 Terlebih Dahulu Masuk Pasaran UK Bulan Depan, Apa Pula Nasib Proton e.MAS 7?

Geely EX5 EV SUV iaitu kembar kepada Proton e.MAS 7 akan dilancarkan secara rasmi di pasaran UK pada bulan depan.

17-09-2025