Link Copiedcheck_circle
EV

Negara Luar Dah Ada Lori Sampah Elektrik, M'sia Bila Lagi?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Lori sampah pun ada versi elektrik?

Itu antara yang inisiatif syarikat Volvo Trucks yang giat menerokai teknologi kenderaan elektrik sehingga berjaya membawakan lori sampah versi  elektrik.

image.pngimage.png

Ia yang dikenali sebagai Volvo FM Low Entry  merupakan lori sampah elektrik Volvo yang pertama setakat ini. Ia dibangunkan dengan sistem pacuan elektrik, dan Volvo Trucks sudah tidak lagi menawarkan versi enjin pembakaran dalaman.

Ia dikatakan sesuai untuk kegunaan bandar.

image.png

Menurut laman berita automotif, carscoops.com, jentera yang cukup canggih itu akan memasuki beberapa pasaran utama seperti Eropah, Turki dan Korea Selatan, tidak lama lagi.

Difahamkan, FM Low Entry  dilengkapi dengan empat bateri dimana ia memiliki kapasiti lebih 360 kWj.

image.png

Selain itu, lori berkenaan mampu menghasilkan kuasa setakat 483 hp (360kW) dan boleh melakukan pergerakan sejauh 200 kilometer dengan hanya sekali cas.

Untuk makluman anda, Volvo Trucks yang tidak mempunyai kaitan dengan Volvo Cars telah mereka bentuk platform untuk menjadi agak fleksibel. 

image.png

Ia menampilkan lima konfigurasi gandar yang berbeza: 4X2, 6X2, 6X4, 8X2 dan 8X4. 

Ia dilihat menawarkan ruang kabin yang cukup luas manakala bahagian pemandunya dilihat menawarkan tahap penglihatan yang baik buat pemandu memandangkan terdapat Sistem Pemantau Kamera canggih  Volvo untuk memantau keadaan persekitaran sewaktu bergerak.

Apa yang cukup menarik ialah FM Low Entry menerima pengiktirafan lima bintang dalam piawaian Direct Vision pengangkutan berat yang beroperasi di London.

Selain itu, bagi yang berminat mereka boleh memilih model yang mempunyai satu hingga empat tempat duduk.

image.png

Presiden Volvo Trucks, Roger Alm berkata, lori sifar pelepasan adalah kenderaan yang tidak mengeluarkan sebarang bahan pencemar semasa operasi adalah salah satu model baharu dalam rangkaian mereka.

“Ketibaan Volvo FM Low Entry adalah selaras dengan hasrat kami untuk mengembangkan penawaran barisan model elektrik,” katanya.

Pengeluaran lori elektrik itu  akan bermula pada suku kedua tahun ini.

image.png

Harga jualannya masih belum didedahkan. 

Apapun, Volvo Trucks meletakkan sasaran sebanyak  50 peratus daripada jualan globalnya adalah elektrik sepenuhnya  menjelang tahun 2030 nanti. 

Gallery

Tag:

Volvo Trucks
FM Low Entry
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV
Prime Mover EV Boleh Gerak  300KM Dengan Sekali Cas

Prime Mover EV Boleh Gerak 300KM Dengan Sekali Cas

Volvo Trucks Malaysia memperkenalkan lori terminal (prime mover) tugas berat elektrik sepenuhnya di Malaysia.

13-07-2023

Berita Terkini

EV
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas  Gentari Melalui Aps ChargeSini

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026