Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pusat 4S GWM Kini Di Negeri Sembilan & Penang, Ini Kemudahan Yang Ada...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

IMG-005.jpg

GWM Malaysia mengumumkan pembukaan dua pusat servis 4S baharu yang bertempat di Butterworth, Pulau Pinang, dan Seremban, Negeri Sembilan. Pusat 4S ini dibuka dengan kerjasama rakan niaga, CS Euro Auto Sdn Bhd dan Seremban Victory Credit Sdn Bhd. Pelancaran Seremban Victory Credit Sdn Bhd turut dihadiri oleh Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke Siew Fook, yang telah merasmikan majlis tersebut.

Pembukaan Pusat 4S di Seremban adalah satu langkah penting bagi GWM Malaysia kerana ia dapat memenuhi keperluan populasi yang berkembang dan trend penduduk berpindah dari bandar ke kawasan pinggir bandar. Langkah ini selaras dengan komitmen GWM dalam menyokong usaha kerajaan Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang bebas karbon menjelang tahun 2050. Di Pulau Pinang, rangkaian pengecas kenderaan elektrik (EV) yang kian berkembang menjadikannya lokasi yang ideal untuk pusat servis baharu GWM.

IMG-006.jpg

Kedua-dua Pusat 4S di Seremban dan Pulau Pinang akan mempamerkan rangkaian kenderaan tenaga baharu terkini dari GWM dan menawarkan sokongan perkhidmatan selepas jualan yang komprehensif. Inisiatif ini menyokong pelan kerajaan untuk menggalakkan penggunaan EV dan mencapai sasaran negara iaitu kenderaan elektrik (EV) dan hibrid menyumbang 15% daripada jumlah keseluruhan industri (TIV) menjelang tahun 2030. 

Dari segi kemudahan, kedua-dua pusat di Seremban dan Pulau Pinang mempunyai ruang pameran yang luas untuk menampung pelbagai jenis kenderaan tenaga baharu GWM. Pusat 4S ini turut dilengkapi dengan kemudahan seperti wifi, bilik mesyuarat, ruang lounge terbuka, ruang gaming, serta kopi dan makanan ringan percuma. 

IMG-018.jpg

Pusat 4S di Pulau Pinang merangkumi kawasan seluas 25,000 kaki persegi dengan 6 petak penyelenggaraan, 5 unit pameran dan 17 kakitangan, manakala Pusat 4S di Seremban pula berkeluasan 11,000 kaki persegi dengan 4 petak penyelenggaraan, 5 unit pameran dan 12 kakitangan.

IMG-012.jpegIMG-013.jpeg

Bagi memastikan ketahanan dan prestasi kenderaan yang dihasilkan, GWM akan menyediakan stok alat ganti tulen di kedua-dua pusat tersebut.

GWM Malaysia komited untuk membina kepercayaan dan kesetiaan dalam kalangan pelanggannya dengan menawarkan sokongan perkhidmatan selepas jualan yang komprehensif dan mengekalkan rangkaian perkhidmatan yang kukuh. Pembukaan Pusat 4S di USJ, Lembah Klang, baru-baru ini telah menunjukkan dedikasi mereka dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

IMG-011.jpeg

Dalam perkembangan berkaitan, semasa acara pelancaran Pusat 4S ini, Menteri Pengangkutan YB Anthony Loke mengakui kebimbangan mengenai potensi peningkatan cukai jalan bagi EV apabila polisi pengecualian semasa tamat pada tahun 2025 nanti. 

Namun, beliau memberi jaminan kepada orang ramai bahawa kerajaan berhasrat untuk menyediakan maklumat yang jelas dan telus mengenai cara pengiraan cukai jalan serta berusaha untuk menyelaraskan dasar demi menggalakkan penggunaan EV di Malaysia. 

Sekiranya berita ini menarik, mungkin anda juga ingin membaca artikel yang dikongsikan di bawah:

Baca: Great Wall Motor Buka Pusat 4S

Baca: Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

Baca: Naik Genting Highlands dengan GWM Ora Good Cat – Cukup Ke Dengan Bateri 50%?

Baca: GWM Hasil Teknologi E-Hibrid 4WD, Platform Hi4, Kuasa Elektrik Cecah 100KM!


Tag:

GWM Malaysia
YB Anthony Loke
Pusat 4S
Pusat 4S GWM
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Pandu Uji

BUDI95 Tak Cukup? Haval H6 HEV 'Tapau' 1,000KM 1 Tangki

SUV jimat minyak, Haval H6 HEV sekali isi, boleh redah lebih 1,000KM.

31-03-2026
Berita Auto

GWM Haval H6 HEV

Sambut Hari Raya 2026 dengan GWM HAVAL H6 HEV, SUV hibrid paling laris di Malaysia.

13-03-2026
Berita Auto

"Selesa & Tenang" – Ini Sebab Kenapa Siti Nurhaliza Pilih GWM WEY G9 Sebagai Kenderaan Harian!

GWM Malaysia secara rasminya menyerahkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV pertama yang dipasang secara lokal kepada biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, baru-baru ini.

07-03-2026
Berita Auto

Dalam Seminggu, 800 Unit Wey G9 Hi4 Sudah Ditempah

Tempahan WEY G9 Hi4 PHEV yang baharu sahaja dilancarkan telah mencecah lebih 800 buah dalam tempoh seminggu.

11-02-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Pemilik Pertama GWM WEY G9 Hi4 PHEV, Beli Demi Keselesaan

Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi pemilik pertama MPV, GWM WEY G9 Hi4 PHEV dan diumumkan sebagai duta jenama Wey di Malaysia.

29-01-2026
Kereta Baru

GWM Wey G9 Hi4 PHEV Dilancarkan - RM269,800

Great Wall Motor (GWM) Malaysia secara rasminya melancarkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV di pasaran sebentar tadi.

29-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026