Link Copiedcheck_circle
Global

Subaru BRZ tS Tiba Di AS Dengan Suspensi Talaan STI & Brek Brembo

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Subaru-BRZ-tS-1.jpg

Subaru BRZ tS 2024 yang baru diperkenalkan


Amerika Syarikat kini menerima varian baharu bagi Subaru BRZ untuk tahun 2024 iaitu Subaru BRZ tS. Varian ini bukan hanya segar dari segi visual, tetapi juga dalam aspek mekanikal.


Dibangunkan berdasarkan varian Limited, BRZ tS dikuasakan oleh enjin Boxer aspirasi natural 4 silinder 2.4L yang menghasilkan output 228 hp/249 Nm. Enjin ini dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan yang memudahkan penghantaran kuasa kepada roda belakang (RWD) melalui Torsen limited-slip differential.


Subaru-BRZ-tS-7.jpg
Subaru-BRZ-tS-25.jpgSubaru-BRZ-tS-30.jpg


Walaupun spesifikasi enjin kekal sama, ia hadir dengan tahap prestasi yang berbeza hasil kemaskini yang dibuat pada ciri mekanikal kereta. Ini termasuk perubahan pada sistem suspensi STI yang telah diubahsuai dengan peredam atau damper Hitachi yang menurut Subaru memberi BRZ "fleksibiliti yang lebih besar dan kawalan dan ketetapan yang lebih baik.” Ini disempurnakan lagi dengan penggunaan sistem brek Brembo yang berprestasi tinggi, menampilkan kaliper empat piston di bahagian hadapan dan dua piston di belakang. Kesemua kaliper disaluti dengan warna emas. 


Subaru-BRZ-tS-4.jpgSubaru-BRZ-tS-12.jpg

Varian tS menerima sistem suspensi talaan STI dan brek prestasi Brembo


Secara visual, BRZ tS tidak begitu jauh berbeza berbanding varian standard, namun terdapat beberapa perubahan diberikan seperti logo tS pada gril depan dan but. Sementara itu, perumah cermin sisi dan antena sirip jerung menggunakan warna hitam  Crystal Black Silica. Ciri menarik lain ialah rim aloi bersaiz 18 inci berwarna kelabu gelap, rim ini dipasangkan dengan tayar sport Michelin Pilot Sport 4.


Subaru-BRZ-tS-9.jpgSubaru-BRZ-tS-5.jpg
Subaru-BRZ-tS-18.jpgSubaru-BRZ-tS-6.jpg


Bergerak ke bahagian dalam, secara standard menggunakan upholsteri kulit hitam dengan jahitan dan sulaman berwarna biru yang kontra. Butang penghidup enjinnya berwarna merah dengan logo STI. Model ini menggunakan kluster instrumen digital bersaiz 7 inci dengan grafik khas tS. Memandangkan model ini dibangunkan berdasarkan varian Limited, pelbagai kelengkapan dan teknologi sama turut digunakan pada varian ini seperti sistem pendingin hawa dua zon, sistem audio 8 speaker dan sistem infotainmen digital sepenuhnya. 


Subaru-BRZ-tS-32.jpgSubaru-BRZ-tS-35.jpg
Subaru-BRZ-tS-40.jpgSubaru-BRZ-tS-34.jpg


Dari segi keselamatan, peningkatan yang dibuat pada model tahun 2024 melihatkan semua model BRZ manual menerima pakej keselamatan EyeSight Subaru sebagai ciri standard, ini termasuk BRZ tS. Ini merangkumi teknologi seperti Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Amaran Keluar Lorong (LDW) dengan Amaran Ayunan, Brek Kecemasan Automatik (AEB) dan banyak lagi. 


Subaru-BRZ-tS-23.jpgSubaru-BRZ-tS-29.jpg


Dijadualkan untuk memasuki pasaran pada awal tahun 2024, Subaru BRZ tS dijangka menjadi varian teratas baharu bagi model ini, lebih tinggi daripada varian Limited. Mengenai harga, pengeluar automotif Jepun ini masih enggan mendedahkan maklumat tersebut, tetapi kita boleh menjangkakan harga yang lebih tinggi daripada harga jualan BRZ Limited yang kini dijual pada harga $31,095 (~RM142,026).


Subaru-BRZ-tS-10.jpg

Subaru-BRZ-tS-17.jpgSubaru-BRZ-tS-15.jpg


Apa pendapat anda tentang Subaru BRZ tS? Kongsikan pandangan di bahagian komen yang disediakan di bawah. 

Subaru-BRZ-tS-13.jpg

Tag:

Subaru BRZ
2024 Subaru BRZ tS
Subaru AS
Subaru
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

01-01-2026
Global

17-11-2025
Berita Auto

02-11-2024
Global

24-10-2024
Global

09-04-2024
Global

13-02-2024
Global

08-02-2024
Global

22-09-2023

Berita Terkini

Global

Imej Teaser Zeekr 8X PHEV Didedah, Bakal Dilancarkan Tahun Ini

Jenama NEV premium dari China, Zeekr, mendedahkan imej teaser SUV PHEV berprestasi tinggi terbaharunya, yang dikenali sebagai Zeekr 8X.

06-01-2026
Global

Chery Pengeksport Kereta No.1 Di China, Eksport Lebih 1,344,020 Kereta Tahun Lepas

Chery berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport nombor satu di Chian selama 23 tahun berturut-turut dengan mengeksport sebanyak 1,344,020 unit kenderaan pada tahun 2025.

02-01-2026
Global

Subaru Dedah Barisan Model Untuk TAS 2026, Video Teaser WRX STI S4 Manual Juga Ditayang

Subaru mendedahkan barisan modelnya sempena TAS 2026 yang akan diadakan pada 9 Januari di Tokyo, Jepun, minggu depan.

02-01-2026
Global

Semua Varian SUV Elektrik Lexus RZ Diberikan Ciri Baharu Di Jepun – Lebih Berkuasa & Efisien

Selain pelancaran varian RZ600e F Sport, Lexus turut mengumumkan kemas kini besar-besaran bagi seluruh barisan ‘keluarga’ model RZ di Jepun.

30-12-2025
Global

BYD Hampir Lepasi Eksport 1 Juta Kereta Tahun Ini

BYD mencatatkan satu lagi pencapaian luar biasa apabila ia hampir melepasi sasarannya untuk mengeksport satu juta keretanya sepanjang tahun ini.

24-12-2025
Global

Unit Import India Suzuki Fronx Dapat ANCAP 1 Bintang – Isu "Jarang Berlaku & Sangat Serius"

Suzuki Fronx baru-baru ini mencatatkan keputusan ujian keselamatan yang sangat mengecewakan. Model buatan India yang dieksport ke pasaran Australia dan New Zealand itu hanya mampu meraih 1 bintang dalam ANCAP.

23-12-2025
Global

Proton Saga 2026 Bakal Tembusi Pasaran Filipina, Tetapi...

Belum cukup sebulan dilancarkan di Malaysia, Proton Saga generasi keempat nampaknya sudah 'membeli tiket' untuk terbang ke luar negara, iaitu Filipina.

22-12-2025
Global

Nissan Dedah Z Nismo Versi Manual – Kemunculan Di TAS 2026

Nissan kini disahkan akan memperkenalkan versi transmisi manual (MT) untuk varian paling berkuasa keluarannya, Nissan Z Nismo (RZ34) di acara Tokyo Auto Salon yang bakal berlangsung bulan hadapan.

22-12-2025