Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Acara PUMA Car Club Meriah! – Gabungan Fesyen, Hiburan Motorsport & Kulinari

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Web_CariCarz_PUMA-CAR-CLUB-EVENT-12.jpg


Acara PUMA Car Club yang pertama di Asia Tenggara berlangsung dengan penuh kemeriahan baru-baru ini di Sentul Depot, Kuala Lumpur. 


Web_CariCarz_PUMA-CAR-CLUB-EVENT-08.jpgWeb_CariCarz_PUMA-CAR-CLUB-EVENT-06.jpgWeb_CariCarz_PUMA-CAR-CLUB-EVENT-07.jpgWeb_CariCarz_PUMA-CAR-CLUB-EVENT-09.jpg


Acara yang menggabungkan Motorsport, fesyen, hiburan dan kulinari ini telah dihadiri oleh ramai individu berpengaruh termasuk selebriti MMA yang juga duta  Puma SEA Motorsport, Choo Sung-hoon (Sexyama). Pemilihan Choo sebagai duta melambangkan perpaduan atletik, hiburan, dan slogan yang menjadi intipati jenama PUMA dalam dunia Motorsport, "Forever Faster."


Web_CariCarz_PUMA-CAR-CLUB-EVENT-13.jpg


“Kedua-dua MMA dan Motorsport memerlukan tumpuan yang tinggi untuk memperoleh kejayaan. Kini usia saya semakin meningkat, tetapi saya tetap akan meneruskan bekerja keras. Melalui kerjasama dengan PUMA, saya dapat memberi inspirasi dan terus menjadi ikon harapan kepada lelaki-lelaki dalam usia pertengahan!” ujar Choo. 


Acara ini turut dihadiri pemimpin industri dari Malaysia, Singapura dan Indonesia yang terpilih sebagai sebahagian komuniti #PumaCarClub, menyumbang kepada kemeriahan acara. 


Web_CariCarz_PUMA-CAR-CLUB-EVENT-11.jpg



Wakil dari Malaysia termasuk Pengarah Urusan Blackbyrd & Dragonfly KL, Jeremy Lim; veteren industri pemasaran yang membuat restrosi Porsche klasik, Huang Ean Hwa; Pengarah Festival Art of Speed Malaysia, Asep Ahmad Iskandar; Pengasas dan Pengarah Kreatif Motorsport Playground dan 911 Rebels,  Remus Chang dan ramai lagi. 


307818_02.jpg621213_04.jpg

Puma bekerjasama dengan Mercedes-AMG, BMW M, Ferrari, dan Porsche Heritage untuk penghasilan koleksi pakaian Motorsport 


Koleksi pakaian Motorsport terkini untuk Musim Luruh/Musim Sejuk (AW) 2023 dengan kerjasama Mercedes-AMG, BMW M, Ferrari, dan Porsche Heritage kini boleh didapati di mana-mana cawangan PUMA yang terpilih dan PUMA.com, dengan harga bermula dari RM159 hingga RM729. Untuk melihat koleksi ini, boleh layari https://my.puma.com/my/en/motorsport-1.



Tag:

Puma Car Club
Puma SEA Motorsport
Koleksi Motorsport PUMA
Sexyama
Forever Faster
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Gaya Hidup

28-08-2023
Gaya Hidup

28-08-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026