- Berita
- Gaya Hidup
- Koleksi Motorsport AW 2023 Puma Di Pasaran 15 Ogos Ini
Jenama sukan terkemuka, Puma, mengumumkan koleksi pakaian Motorsport terkini untuk Musim Luruh/Musim Sejuk (AW) 2023 dengan kerjasama Mercedes-AMG, BMW M, Ferrari, dan Porsche Heritage.
Koleksi terbaru ini ditawarkan daripada harga antara RM159 hingga RM729 yang merangkumi pakaian sukan seperti baju-T, jaket, seluar pendek dan seluar trek, kasut sukan dan pelbagai lagi aksesori lain.
Koleksi ini boleh didapati di mana-mana cawangan Puma yang terpilih di seluruh negara atau dalam talian melalui laman web Puma.com bermula 15 Ogos ini.
Selain mengumumkan pelancaran koleksi pakaian dan kasut eksklusif Motorsport baharu, Puma juga bakal menganjurkan acara pertunjukan koleksi baharu, Puma Car Club, di Kuala Lumpur. Acara ini bakal mengumpulkan peminat sukan permotoran, bintang dan barisan peneraju industri Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Antara yang akan hadir ialah duta Motorsports Puma SEA, Choo Sung-hoon (yang juga dikenali sebagai "Sexyama") - bintang MMA global dan finalis rancangan realiti blockbuster Netflix, Physical: 100. Selain itu, acara ini juga akan dihadiri ikon gaya hidup automotif tempatan dari seluruh rantau dan Malaysia yang termasuk pengasas Motorsports Playground, Remus Chang, serta Pengarah Festival Art Of Speed, Asep Ahmad Iskandar.
Duta Motorsports Puma SEA, Choo Sung-hoon (yang juga dikenali sebagai "Sexyama") turut hadir
Turut hadir bagi memeriahkan lagi acara ialah krew tarian hip-hop popular The Zeppo YoungsterZ, penyanyi rap dan pelakon Tosh Zhang.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv