Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Dahsyat! Ini Rupanya Kereta Terpantas Di Dunia! – 1600HP

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Koenigsegg-Jesko-Absolut-1.png


Apakah kereta yang terpantas di dunia? Mungkin masih ramai lagi yang belum tahu bahawa model tersebut ialah  Koenigsegg Jesko Absolut dengan kelajuan yang mencapai 330 batu sejam atau 531 km/j! Apa yang membuatkan kereta ini terlalu berkuasa? Ini pendedahannya…


Hypercar yang berharga AS$3 juta ini dikuasakan oleh enjin 5.1L V8 turbo kembar yang membolehkan kereta mencapai kuasa 1,600 hp dan 1,500 tork. Namun bukan ini sahaja yang membuatkan model ini mampu mencapai kelajuan yang menakjubkan kerana…


Koenigsegg-Jesko-Absolut-4.png


Jurutera Koenigsegg memberikan tumpuan kepada setiap inci rekaan dan sistem agar prestasi yang terbaik dapat dicapai.  Jesko Absolut mempunyai pekali seretan (drag coeefficient) 0.278 menjadikannya cukup aerodinamik. Selain itu, model ini turut menggunakan transmisi kelajuan cahaya (LST), yang membolehkan peralihan gear dilakukan “sepantas kilat.” Di samping itu ia turut dibantu oleh penggunaan beberapa sistem klac multi-disc basah dan dibina menggunakan bahan yang ringan. 


Koenigsegg-Jesko-Absolut-3.png


Dari segi rekaan, Jesko Absolut dipasangkan dengan dua sirip besar pada penutup enjin yang membantu meningkatkan kestabilan kereta semasa dipandu pada kelajuan tinggi. 


Downforce atau daya ‘tekanan’ dikurangkan kira-kira 41 kg pada 249 km/j sehingga daya maksimum 150 kg, yang bermakna, Absolut boleh menggunakan suspensi yang lebih lembut menjadikannya sesuai untuk  kegunaan harian. 


Model Lain Dengan Kepantasan Luar Biasa


01-BUGATTI_Bolide-Design.jpg


Bugatti Bolide yang dikuasakan oleh enjin 8.0L W16 quad-turbo memiliki output 1,825 hp/1,850 Nm. Hypercar ini boleh mencapai kelajuan daripada 0 ke 100 km/j dalam masa 2.17 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi, 311 batu sejam atau 501 km/j.   


Hypercar Elektrik Dengan Prestasi Luar Biasa


Model-model elektrik seperti Lucid Air Sapphire, Lotus Evija, Pininfarina Battista, dan Rimac Nevera telah membuktikan prestasi yang tinggi tidak mustahil untuk dicapai tanpa menggunakan enjin pembakaran.


Lucid-Air-Sapphire.png

Lucid Air Sapphire memiliki kelajuan tertinggi 200 batu sejam (322 km/j) dengan kemampuan pecutan 0-100 km/j sepantas 1.95 saat


Tesla-Model-S-Plaid.png

Tesla Model S Plaid memiliki kelajuan puncak 322 km/j yang sama seperti Lucid Air Sapphire, namun dengan masa pecutan 0-100 km/j 2.1 saat


Lotus-Evija.png

Lotus Evija pula memiliki kelajuan tertinggi 350 km/j dengan masa pecutan 0-100 km/j kurang 3 saat


Apa Yang Membuatkan Sesebuah Kenderaan Itu Hypercar?


Sports Car, Supercar, dan Hypercar adalah tiga kategori berbeza dalam dunia automotif yang menggambarkan prestasi dan ciri-ciri tertentu:


1. Sports Car:

Sports car adalah kereta yang dihasilkan dengan prestasi yang lebih tinggi daripada kereta biasa. Model dalam kategori ini bukan sahaja lebih berkuasa berbanding kebanyakan kenderaan lain di atas jalan raya, tapi juga dengan pengendalian yang lebih baik dan mempunyai rekabentuk yang sporty. Contoh Sports Car ialah Mazda MX-5 dan Porsche 911.


Mazda-MX-5.png

Mazda MX-5


2. Supercar:

Supercar diletakkan pada tahap lebih tinggi berbanding Sports Car. Model-model kereta dalam kategori ini memiliki prestasi yang lebih tinggi dengan reka bentuk yang lebih tertumpu kepada ciri aerodinamik. Contoh Supercar ialah Ferrari 488 GTB dan Lamborghini Aventador.


Lamborghini-Aventador.png

Lamborghini Aventador


3. Hypercar:

Hypercar terletak pada tahap paling tinggi dan eksklusif. Model ini memiliki prestasi yang luar biasa dengan reka bentuk aerodinamik yang canggih. Hypercar selalunya dihasilkan  dengan menggunakan teknologi dan bahan terkini untuk mencapai kelajuan dan prestasi yang sukar untuk ditandingi.


Sesetengah orang mempercayai bahawa model pertama yang menyandang gelaran sebagai hypercar ialah Bugatti Veyron 2005, namun sesetengahnya lagi McLaren F1 1993 sebagai model pertama. 


Kebiasannya model yang dikeluarkan dijual pada harga sangat tinggi dan dalam bilangan terhad. Contoh: Bugatti Chiron, Koenigsegg Jesko.

Bugatti-Chiron.png

Bugatti Chiron

Tag:

Koenigsegg Jesko Absolut
Bugatti Bolide
Lucid Air Saphire
Kereta Terpantas
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Rimac Nevera R, 1,989 HP, Ada 4 Motor Elekrik Akhirnya Tewaskan Koenigsegg

Rimac Nevera R yang mampu menghamburkan kuasa setakat 1,989 hp telah merampas semula rekod 0-400-0 km/j daripada Koenigsegg.

11-07-2025
Berita Auto

Memang Laju! 1.9 Saat Dari 0-100 KM/J: Model Terkini Koenigsegg Jesko Absolute Dan Gemera

Koenigsegg telah mempamerkan kereta keluaran terbaharu mereka, Jesko Absolut dan Gemera.

10-09-2021

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026