Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Funding Societies Bantu Ahli PEKEMA Dapatkan Pembiayaan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) menjalin kerjasama dengan  Funding Societies, platform pembiayaan digital perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bersepadu terbesar di Asia Tenggara bagi memberi akses mudah kepada pembiayaan melalui platform kewangan digital. 

Perjanjian itu akan  memberi tumpuan kepada sokongan kewangan yang diperlukan oleh ahli PEKEMA yang terdiri daripada pengimport dan peniaga kenderaan dari seluruh pelosok Malaysia. 

Pemangku Presiden PEKEMA, Datuk Mohamed Nazari Noordin berkata, kerjasama itu memberikan kesan positif kepada industri automotif negara. 

“Perjanjian ini adalah memberikan sokongan kewangan yang lebih kukuh kepada ahli PEKEMA untuk memudahkan pembelian stok kenderaan bagi tujuan "floor stocking". 

“Langkah ini dilihat penting dalam memastikan kelancaran perniagaan mereka serta untuk memenuhi permintaan pelanggan dengan efisien,” katanya dalam satu kenyataan kepada CariCarz.com semalam.

 Menurut Mohamed Nazari, PEKEMA menjalin kerjasama dengan kedua-dua institusi kewangan dan bukan kewangan dalam usaha untuk memaksimumkan ekosistem pembiayaan yang lebih meluas. 

 “Pendekatan inovatif ini dijangka akan mendorong peningkatan jualan dalam industri automotif dan memberi ruang kepada ahli untuk meneroka model pembiayaan yang berbeza sejajar dengan trend dan keperluan pasaran semasa. 

2.png

“Kerjasama dengan Funding Societies ini selaras dengan misi PEKEMA untuk memperkukuhkan kedudukan industri automotif Malaysia dalam menghadapi transformasi global dengan menggunakan teknologi dan kerjasama yang dinamik,” tambahnya.

Pada tahun lalu, PEKEMA memainkan peranan penting dengan mengimport lebih daripada 46,000 kenderaan dan menjual kira-kira 37,000 unit daripadanya, memberikan sumbangan sebanyak 5.2 peratus kepada jumlah penjualan industri kenderaan (Total Industry Volume, TIV). 

Di saat pertumbuhan ekonomi Malaysia yang stabil serta pelancaran model-model baharu, TIV bagi tahun ini dijangka akan mencapai 725,000 unit, mengikut unjuran pasaran.

 WhatsApp-Image-2023-08-30-at-09.46.12.jpeg

Dengan lebih daripada 340 pengedar, 400 gudang berlesen dan bilik pameran di seluruh negara, PEKEMA berada dalam kedudukan kukuh untuk terus memainkan peranan utama dalam pasaran automotif. 

Sementara itu, Ketua Negara Funding Societies Malaysia, Chai Kien Poon pula berkata, perjanjian k ini melahirkan konsep pembiayaan stok kenderaan yang berevolusi oleh Funding Societies dan diintegrasikan ke dalam rangkaian luas PEKEMA.

“Hampir 300 Pemegang Permit (AP) yang diluluskan. Mekanisme pembiayaan ini membolehkan pemegang AP untuk memperluaskan stok kenderaan mereka, meredakan tekanan aliran tunai, dan memudahkan pengembangan perniagaan. 

 "Dengan menggabungkan kepakaran Funding Societies dalam pinjaman digital untuk PKS dengan rangkaian luas PEKEMA, kami yakin dapat memberikan kesan positif kepada pengedar kenderaan yang ingin berkembang di seluruh Malaysia. Inisiatif ini sejajar dengan misi kami untuk mengurangkan jurang pembiayaan PKS dan memacu pertumbuhan ekonomi,” jelasnya.

Pada tahun 2022, sektor automotif Malaysia menyumbang sebanyak RM64.5 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), terutamanya didorong oleh pemulihan permintaan pasca pandemik. Anggaran menunjukkan bahawa angka ini dijangka meningkat kepada RM104.2 bilion menjelang tahun 2030. 

Bagaimanapun, segmen tertentu dalam industri ini menghadapi pelbagai cabaran, termasuk akses terhadap pembiayaan. Dalam konteks ini, kerjasama antara PEKEMA dan Funding Societies bertujuan untuk menangani isu-isu ini dengan menawarkan penyelesaian pembiayaan khusus yang bersesuaian dengan keperluan pelbagai pengedar kenderaan yang sedang berkembang. 

 Menurut Chai, program pembiayaan disesuaikan dengan kerjasama dengan PEKEMA ini menawarkan pelbagai faedah kepada pemegang permit AP, termasuk kos pembiayaan yang lebih rendah, had pembiayaan yang lebih tinggi, tempoh kredit sehingga 120 hari, dan proses permohonan yang dipermudahkan. 

“Pemegang permit yang menepati kriteria diperlukan - pemilik syarikat sendirian berhad dan syarikat awam berhad, sekurang-kurangnya 30 peratus pegangan saham oleh rakyat Malaysia, sekurang-kurangnya satu tahun operasi perniagaan yang aktif dan tiada tindakan undang-undang atau litigasi yang belum selesai - boleh memohon pembiayaan,” ujarnya.

Gallery

Tag:

Malaysian Association of Malay Vehicle Importers and Traders (PEKEMA)
Funding Socities
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Pekema, Aquateak Jalin Kerjasama Tubuhkan SenangCas

PEKEMA menandatangani kerjasama strategik dengan Aquateak Energy Sdn Bhd untuk membangunkan SenangCas Sdn Bhd.

09-07-2025
EV

MAS 2025: PEKEMA Sahkan 2 Lagi Model EV Bakal Dilancar

PEKEMA bakal lancar dua model baharu iaitu sedan dan SUV.

10-05-2025
Berita Auto

23 Pengedar Dilantik, Dongfeng Box Bakal Dilancar

CADB telah melantik 23 pengedar sah pertama untuk kenderaan elektrik Dongfeng Box, yang akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

28-09-2024
EV

Box S31: Ada 2 Varian, Harga Bawah RM115K, OK Tak?

Rasanya, DongFeng mampu menawan hati orang Malaysia tak?

04-08-2024
Berita Auto

Terokai Kerjasama Teknikal Untuk CKD Dongfeng Box EV

CADB menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan NMSB.

25-06-2024
Berita Auto

PEKEMA Sambut Baik Usaha Kerajaan Tapi

PEKEMA menggesa kerajaan supaya mengawal ketat jumlah syarikat yang diberi permit import (AP) terbuka.

19-06-2024
Gaya Hidup

PEKEMA Hulur Sumbangan Kepada 4 Sekolah Di Perak

PEKEMA tekad melakukan program CSR.

31-01-2024
Berita Auto

PEKEMA: Tekad Banteras Rasuah

PEKEMA mengadakan kunjungan hormat ke SPRM.

25-01-2024

Berita Terkini

Berita Auto

51 Kereta Musnah, Bengkel Kereta Terbakar

Sebanyak 51 buah kenderaan dilaporkan musnah dalam kebakaran melibatkan sebuah bengkel servis dan cat kenderaan.

07-01-2026
Berita Auto

Harga Minyak Turun, RON97 & Diesel Lebih Murah Mulai 8 Januari

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 8 Januari hingga 14 Januari depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

07-01-2026
Berita Auto

Lelaki Tayang Saman Panjang Tular Di Media Sosial, Ini Pula Jawapan JPJ!

Seorang lelaki menjadi bahan bualan hangat di media sosial apabila dia menunjukkan surat saman daripada Jabatan Pengangkutan Jalan di Melaka, semalam.

07-01-2026
Berita Auto

PRASARANA Rekod 1.63 juta penumpang pada 2025, Antara Paling Tinggi Dalam Sejarah Prasarana

PRASARANA mencatatkan rekod jumlah perjalanan penumpang harian tertinggi dalam sejarah penubuhannya sebanyak 1.63 juta pada 31 Disember 2025.

07-01-2026
Berita Auto

Ini Dia Mitsubishi Pajero Gen Kelima, Masih Samar

Imej teaser Mitsubishi Pajero disiarkan, baru-baru ini.

07-01-2026
Berita Auto

Video Teaser Sudah Dibelanja, Petanda Pelancaran Jaecoo J5 Semakin Hampir

Omoda | Jaecoo Malaysia menyiarkan video teaser yang menunjukkan Jaecoo J5, di halaman Facebook rasminya, beberapa jam lalu.

06-01-2026
Berita Auto

Chery Bikin Comeback Di Malaysia, Akhirnya Berjaya Tawan Hati Orang Malaysia, 30,073 Unit Terjual!

Chery Malaysia mencatatkan pencapaian yang membanggakan apabila merekodkan jualan kumulatif sebanyak 30,073 unit sejak tahun 2023.

06-01-2026
Berita Auto

Proton X70 MC3 2026 Bakal Dilancarkan 8 Jan Ini, Apa Yang Baharu Kali Ini?

Proton X70 MC3 2026 bakal dilancarkan 8 Januari ini.

06-01-2026