Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Imej Sedan BMW M5 G90 Tersebar – Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

BMW-530e-G60-1.jpg


Baru-baru ini, model BMW 5 Series telah dihidupkan dengan pengenalan generasi terkini, yang buat pertama kalinya termasuk varian elektrik tulen, BMW i5. Selain varian standard, jenama Bavaria ini juga berjanji bahawa 5 Series  ini akan dilancarkan sebelum kehadiran versi berprestasi, M, pada masa akan datang.



Sebelum ini, BMW pernah membuat perkongsian dua imej teaser  BMW M5 Touring generasi seterusnya, kini, satu foto yang menunjukkan sedan BMW M5 pula mula tersebar. Gambar yang dikongsi oleh seorang pengguna Instafram @_imran_arshad, memaparkan bahagian belakang M5 baharu dalam warna  San Marino Blue yang khas untuk model M.


BMW-M5-G90-Teaser.jpgGambar intipan yang dikongsikan menunjukkan sudut belakang sedan BMW M5 generasi G60 (Kredit foto: @_imran_arshad via Instagram)


Selepas diperhatikan dengan lebih terperinci, jelas dapat dilihat bahawa sedan M5 ini mempunyai elemen rekaan yang sama seperti BMW i5 M60 dengan tambahan ciri eksklusif M, iaitu ekzos empat saluran yang terletak di antara diffuser belakang. Dari sudut sama juga, kita dapat lihat lingkungan roda yang lebar serta rim sporty M. 


BMW-i5-M60-MPerformanceParts-11.jpgBMW-i5-M60-MPerformanceParts-10.jpg
BMW-i5-M60-MPerformanceParts-15.jpgBMW-i5-M60-MPerformanceParts-20.jpg

BMW i5 M60 generasi G60 dengan elemen M Performance


Sayangnya, gambar ini hanya mendedahkan sudut belakang M5 baharu, membuatkan orang ramai tertanya-tanya bagaimana rupa bahagian hadapan model ini. Namun, dengan mengambil kira persamaan bahagian belakang M5 dengan i5 M60, kita boleh membuat andaian bahawa sedan ini mungkin kelihatan agak serupa dengan varian versi elektrik itu. 


Dari segi mekanikal, M5 baharu dikatakan akan menggunakan trenkuasa hibrid plug-in (PHEV) dengan enjin V8 berpengecas turbo 4.4L, sistem sama yang digunakan pada BMW XM. Output kuasanya masih belum didedahkan secara rasmi, namun banyak laporan mengatakan bahawa ia boleh mencapai kuasa tidak kurang daripada 700 hp. 


BMW-XM-RedLabel-PHEV-(1).jpgBMW-XM-RedLabel-PHEV-(2).jpg

Super SUV BMW XM Red Label PHEV yang baru dilancarkan


Untuk makluman, PHEV V8 yang digunakan dalam BMW XM Label Red memberikan output keseluruhan sebanyak 738 hp dan sehingga 1,000 Nm tork, oleh itu, tidak mustahil sekiranya M5 juga bakal mampu mencapai tahap kuasa yang sama dengan SUV ini. Maklumat tentang bateri sedan ini juga masih belum diumumkan, tapi kami percaya sedan ini mungkin menggunakan bateri berkapasiti lebih rendah berbanding  XM Label Red dengan bateri 29.5 kWh. 


BMW-M5Touring-Teaser-1.jpgBMW-M5Touring-Teaser-3.jpg

Imej teaser rasmi BMW M5 Touring generasi seterusnya


Selain dari versi sedan, M5 generasi seterusnya juga akan hadir dalam versi Touring, terbukti daripada perkongsian beberapa imej teaser sebelum ini. Kedua-dua model M5 ini dijangka akan membuat kemunculan pertama dalam beberapa bulan lagi, dan M5 Touring pula dijangka akan diperkenalkan pada tahun 2024 nanti. 


BMW-i5-M60-MPerformanceParts-16.jpg


Tag:

2024 BMW M5 Touring
BMW 5 Series
G60 5 Series
BMW M5 generasi G60
Sedan M5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

BMW 5 Series Generasi Terbaru, G60, Dipamerkan di SKY5PACE

BMW Group Malaysia memperkenalkan barisan model terbaru sedan eksekutif premium, BMW 5 Series generasi G60, di acara SKY5PACE.

26-09-2024
Berita Auto

Pandu Lawan Arus Hingga Kemalangan

Mujur, kedua-dua pemandu selamat.

02-10-2023
Berita Auto

Foto Intipan BMW M5 2024 Tersebar!

Lebih banyak foto intipan BMW 5 Series generasi terbaharu kini tersebar.

07-09-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026