Link Copiedcheck_circle
Global

Ini Yang Kita Tahu Tentang Pengganti Mitsubishi ASX, Lancar 10 Ogos Nanti

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Mitsubishi-New-Compact-Crossover-1.jpg


Setelah beberapa teaser dikongsikan kepada umum, Mitsubishi akhirnya mendedahkan rekaan model crossover kompak baharunya kepada dunia. Walaupun orang ramai kini dapat melihat model pengganti ASX ini dengan jelas tanpa ‘diganggu’ pelekat samaran, pengeluar kenderaan Jepun ini masih belum mendedahkan nama rasminya. 


Bagaimanapun, ada khabar angin yang mengatakan bahawa crossover baharu ini akan dikenali sebagai 'Destinator' di pasaran Indonesia, informasi ini adalah berdasarkan permohonan bagi pendaftaran tanda dagangan oleh Mitsubishi. Kita nantikan sahaja sejauh mana kebenarannya yang mungkin akan didedahkan tidak lama lagi. 


Mitsubishi-New-Compact-Crossover-3.jpg


Dari segi rekaan, crossover baharu ini kelihatan agak serupa dengan model konsep XFC, yang direka dengan gabungan konsep "elegan dan ketahanan.”


Di bahagian hadapan, model baharu ini mempamerkan reka bentuk Dynamic Shield yang baharu oleh Mitsubishi, dengan lampu LED dan lampu nyalaan siang atau DRL unik yang berbentuk T. Lampu ini mengapit gril hadapan.


Mitsubishi-New-Compact-Crossover-4.jpg


Berbeza dengan model konsep XFC, model produksi akhir ini datang dengan pemegang pintu dan cermin sisi konvensional, sementara garis bumbungnya kekal hampir sama seperti XFC. Lingkungan rodanya dipasangkan dengan rim bersaiz 18 inci rekaan lima jejari dalam kemasan dua tona. 


Di bahagian belakang, model baharu ini menggunakan pintu but yang berbentuk agak tirus, dilengkapi spoiler pada hujung bumbung dan lampu belakang LED berbentuk T dengan elemen lampu yang bersegmen atau segmented lighting elements. Bahagian bawah bampar belakang terdapat faux diffuser dan plat skid - kedua-duanya sepadan dengan konsep yang diketengahkan di bahagian hadapan.


Mitsubishi-New-Compact-Crossover-2.jpg


Berbeza dengan kebanyakan crossover kompak moden, model baharu ini menawarkan jarak kelegaan tanah antara yang terbaik di dalam kelasnya iaitu sebanyak 222 mm, membolehkannya digunakan untuk aktiviti off-road yang ringan. Berbanding dengan pesaing dalam segmen sama, model baharu ini berukuran 4,390 mm panjang, 1,810 mm lebar, dan 1,660 mm tinggi - menjadikannya lebih besar daripada Honda HR-V, yang berukuran 4,330 mm panjang, 1,790 mm lebar, dan 1,590 mm tinggi. Dimensi ini meletakkannya dalam kategori SUV segmen B.


Berkenaan spesifikasi enjinnya, ia menggunakan enjin 1.5L. Namun Mitsubishi masih belum mendedahkan secara terperinci mengenai enjin ini dari segi bilangan silinder dan teknologi lain yang digunakan. Apa yang kita tahu buat masa ini, enjin ini akan dipadankan dengan transmisi CVT yang menyalurkan kuasa kepada roda hadapan (FWD). 


Walaupun tiada sistem cengkaman pacuan empat roda (AWD) yang mungkin akan mengecewakan beberapa penggemar aktiviti off-road, sekurang-kurangnya model baharu ini dilengkapkan dengan empat pilihan mod pemanduan - Normal, Wet, Gravel dan Mud. Ini, ditambah dengan Active Yaw Control (AYC) dan jarak kelegaan tanah yang tinggi seperti yang telah disebutkan, menjadikan model baharu ini sebagai crossover yang sesuai untuk aktiviti off-road ringan. 


Crossover kompak terbaru Mitsubishi ini dijangka akan diperkenalkan secara rasmi di peringkat global pada 10 Ogos nanti di Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) 2023. 


Tag:

Mitsubishi Discover
Mitsubishi ASX
Pengganti Mitsubishi ASX
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

11-03-2023

Berita Terkini

Global
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global
Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global
Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global
Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global
Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026