Link Copiedcheck_circle
Global

Mitsubishi XForce SUV Ranggi Dengan Kemampuan Off-Road

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Mitsubishi-XForce-SUV-1.jpg


Mitsubishi Motors Corporation (MMC) akhirnya mendedahkan  SUV crossover kompak terbaru semasa Pameran Antarabangsa Indonesia Gaikindo 2023 (GIIAS). Model yang diberi nama Mitsubishi XForce ini direka berdasarkan SUV konsep XFC yang dipamerkan tahun lalu.


Mitsubishi-New-Compact-Crossover-2.jpg


Pengganti Mitsubishi ASX ini berukuran 4,390 mm panjang, 1,810 mm lebar, 1,660 mm tinggi, dengan jarak antara roda sepanjang 2,650 mm. Sebagai perbandingan, Honda HR-V memiliki ukuran 4,385 mm panjang, 1,790 mm lebar, 1,590 mm tinggi, dengan jarak antara roda 2,610 mm.


Tidak banyak perbezaan antara XForce dengan konsep XFC, menampilkan reka bentuk futuristik yang dapat dilihat dengan jelas melalui rekaan lampu hadapan yang unik berbentuk Y mengapit gril hadapan bercorak cascading. Dari tepi, XForce kelihatan cukup bergaya dengan rekaan lingkungan roda (wheel arch) yang menonjol dan garis bumbung yang sporty


Mitsubishi-New-Compact-Crossover-1.jpg


XForce memiliki jarak kelegaan tanah paling tinggi dalam segmen ini iaitu 222 mm yang membolehkannya menjadi jentera off-road tanpa sebarang halangan. Kemampuan off-road ini turut dibantu oleh saiz rim 18 inci yang meningkatkan lagi ketinggian kereta. 


Mitsubishi-XForce-SUV-2.jpg


Elemen Y diteruskan di sudut belakang XForce dengan lampu belakang LED berbentuk Y, sama seperti pada XFC. Sudut ini tampil ranggi dengan penambahan aksen bampar belakang.


Bergerak ke bahagian dalam, XForce dilengkapi dengan pelbagai teknologi moden seperti paparan infotainmen 12.3 inci, instrumen kluster 8 inci, sistem audio premium Yamaha Dynamic Sound 8 speaker, upholsteri fabrik ‘Melange’ yang tahan kesan kotoran untuk tempat duduk, pad pengecas tanpa wayar, kotak simpanan (glove box) yang sejuk dan banyak lagi.


Mitsubishi-XForce-SUV-3.jpg

Mitsubishi-XForce-SUV-4.jpgMitsubishi-XForce-YamahaSpeaker.png


Disebabkan oleh jarak antara roda yang panjang (2,650 mm), Mitsubishi mengatakan bahawa kabin XForce adalah antara yang terluas dalam segmen ini, menjanjikan keselesaan optimum kepada penumpang belakang dan ruang kargo yang lebih besar. Tempat duduk belakang juga boleh dilipat untuk memperluaskan ruang kargo mengikut keperluan. 


Mitsubishi-XForce-SUV-5.jpg


Model ini dikuasakan oleh  enjin petrol 1.5 liter 4-silinder aspirasi natural dengan output 103 hp/141 Nm, sama seperti MPV Xpander. Kuasa disalurkan kepada roda hadapan (FWD) melalui transmisi CVT. 


Walaupun dengan sistem pacuan roda hadapan, XForce masih berkemampuan untuk perjalanan off-road ringan disebabkan oleh ciri yang dinyatakan tadi (jarak kelegaan tanah yang tinggi) selain dilengkapi dengan teknologi Active Yaw Control (AYC) dan empat mod pemanduan – Normal, Wet, Gravel dan Mud. 


Mitsubishi-XForce-Gold-1.jpg


Mitsubishi XForce kini mula ditawarkan di Indonesia dengan harga jualan dari IDR 382 juta (~RM115,122). 


Mitsubishi-XForce-Gold-2.jpg


Apa pendapat anda tentang Mitsubishi XForce terbaru? Tertarik untuk melihat Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) membawa masuk B-SUV ini ke pasaran kita?  Seperti biasa, jangan lupa untuk tinggalkan pandangan anda di ruangan komen di bawah. 


Tag:

Mitsubishi ASX
Mitsubishi XFC Concept
Mitsubishi XForce SUV Crossover
Mitsubishi Xforce
2023 Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Ini Yang Kita Tahu Tentang Pengganti Mitsubishi ASX, Lancar 10 Ogos Nanti

Ini Yang Kita Tahu Tentang Pengganti Mitsubishi ASX, Lancar 10 Ogos Nanti

Mitsubishi akhirnya mendedahkan rekaan model crossover kompak baharunya kepada dunia.

01-08-2023
Global
Mitsubishi XForce Terima ASEAN NCAP 5 Bintang – Bakal Tiba Di Malaysia?

Mitsubishi XForce Terima ASEAN NCAP 5 Bintang – Bakal Tiba Di Malaysia?

SUV crossover segmen B, Mitsubishi XForce, telah berjaya meraih penarafan lima bintang dalam ASEAN NCAP.

06-08-2024
Global
SUV Mitsubishi Destinator Diperkenalkan, Khas Untuk ASEAN – Mungkin Tiba Di Malaysia?

SUV Mitsubishi Destinator Diperkenalkan, Khas Untuk ASEAN – Mungkin Tiba Di Malaysia?

Mitsubishi Jepun perkenalkan SUV baharu, Mitsubishi Destinator, yang dibangunkan berasaskan model DST Concept. Ini spesifikasinya...

18-07-2025
Global
Mitsubishi XForce HEV Diperkenalkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

Mitsubishi XForce HEV Diperkenalkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

Mitsubishi Motors Thailand (MMTh) memperkenalkan model terbaru, Mitsubishi XForce HEV.

20-03-2025
Global
Mitsubishi XForce Terima ASEAN NCAP 5 Bintang – Bakal Tiba Di Malaysia?

Mitsubishi XForce Terima ASEAN NCAP 5 Bintang – Bakal Tiba Di Malaysia?

SUV crossover segmen B, Mitsubishi XForce, telah berjaya meraih penarafan lima bintang dalam ASEAN NCAP.

06-08-2024

Berita Terkini

Global
Filipina Negara Pertama Di Dunia Lancar BYD eMAX 9 DM-i , Selepas Itu Mungkin Malaysia?

Filipina Negara Pertama Di Dunia Lancar BYD eMAX 9 DM-i , Selepas Itu Mungkin Malaysia?

BYD Cars Filipina telah memperkenalkan BYD eMAX 9 DM-i di negara itu baru-baru ini.

24-10-2025
Global
BYD Atto 2 DM-i Hadir Dalam Versi PHEV Di Eropah, Bakal Dilancar Tahun Depan

BYD Atto 2 DM-i Hadir Dalam Versi PHEV Di Eropah, Bakal Dilancar Tahun Depan

Selepas membuat penampilan sulungnya di pasaran tempatan, nampaknya BYD Atto 2 akan menerima versi baharu plug-in hibrid (PHEV) di Eropah, mulai tahun depan.

24-10-2025
Global
Jetour Zongheng G700 Dilancar Di China, PHEV Ini Boleh Gerak Sejauh 1,400KM

Jetour Zongheng G700 Dilancar Di China, PHEV Ini Boleh Gerak Sejauh 1,400KM

Jetour Zongheng G700 dilancarkan pada Chery International User Summit (CIUS) 2025, yang diadakan di China, baru-baru ini.

23-10-2025
Global
Toyota Land Cruiser FJ Didedahkan – Model Kompak Sentuhan Ranggi & Retro

Toyota Land Cruiser FJ Didedahkan – Model Kompak Sentuhan Ranggi & Retro

Toyota secara rasmi memperkenalkan model SUV 4x4 bersaiz kecil terbarunya, Land Cruiser FJ.

22-10-2025
Global
Chery Tiggo 9 PHEV CSH Bakal Tiba Di Malaysia Tahun 2026 – Capai 1,400 KM, Kabin Mewah

Chery Tiggo 9 PHEV CSH Bakal Tiba Di Malaysia Tahun 2026 – Capai 1,400 KM, Kabin Mewah

Perkembangan terkini dari Chery International User Summit (CIUS) 2025 kali ini membawa khabar gembira buat peminat dunia automotif tanah air.

22-10-2025
Global
Chery Tunjuk Ujian Perlanggaran, Guna Tiggo 9, Kesan Rempuhan Cukup Menakjubkan!

Chery Tunjuk Ujian Perlanggaran, Guna Tiggo 9, Kesan Rempuhan Cukup Menakjubkan!

Chery membuktikan tahap keselamatan keretanya dengan menggunakan dua Tiggo 9 Ketika melakukan demonstasi ujian perlanggaran dari arah hadapan.

21-10-2025
Global
Pencapaian Cemerlang: Omoda | Jaecoo Catat Jualan 32,840 Unit Dalam Sebulan

Pencapaian Cemerlang: Omoda | Jaecoo Catat Jualan 32,840 Unit Dalam Sebulan

Omoda | Jaecoo melabuhkan tirai September 2025 dengan mencatatkan pencapaian yang agak cemerlang, apabila berjaya menghantar sebanyak 32,840 kenderaan ke seluruh dunia, sekali gus menjadikannya bulan eksport paling kukuh setakat ini.

21-10-2025
Global
Spesifikasi Jimny 3-Pintu Dikemaskini

Spesifikasi Jimny 3-Pintu Dikemaskini

Pengeluar automotif yang berpangkalan di Hamamatsu, Suzuki, baru sahaja melancarkan versi terkini yang telah dikemaskini untuk model ikonik generasi keempat Jimny 3-Pintu.

21-10-2025