Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

JPJ Bantu Pengeluar Panggil Balik Beberapa Model Kereta/Motosikal

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membantu pengeluar kenderaan dengan memanggil balik (recall) beberapa model kenderaan yang perlu menjalani proses penukaran komponen.

Perkongsian itu dibuat JPJ menerusi laman Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia membabitkan Mercedes-Benz, Sime Darby Auto Connexion Sdn. Bhd,  Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, Honda (motosikal) dan Yamaha (motosikal).

Anda boleh merujuk carta dibawah model-model yang dipanggil balik.

image.pngimage.png

image.pngimage.png

Kesemua model yang dipanggil semula itu memerlukan penukaran komponen.

image.pngimage.png

JPJ berkata, pihak pengeluar kenderaan yang melaksanakan aktiviti Pemanggilan Semula Kenderaan ini (Product Recall) memaklumkan bahawa terdapat kesukaran untuk menghubungi pemilik- pemilik kenderaan disebabkan oleh maklumat pemilik tidak dikemaskini. 

“Terdapat juga kenderaan yang telah bertukar hak milik tanpa pemilik terkini mengemaskini maklumat peribadi mereka.

“Untuk itu, adalah menjadi tanggungjawab pemilik kenderaan untuk mengemaskini maklumat peribadi di pusat servis kenderaan bertauliah bagi kenderaan yang dimiliki dan juga di JPJ bagi memudahkan pemilik dihubungi sekiranya kenderaan mereka terlibat dengan aktiviti Pemanggilan Semula (Product Recall),” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut JPJ lagi, pengabaian terhadap aspek dan tanggungjawab pengemaskinian maklumat oleh pemlik kenderaan hanya akan menyebabkan pemilik tidak dapat dihubungi.

“Ini hanya akan meningkatkan risiko kepada pemandu dan juga penumpang kenderaan oleh kerana komponen kenderaan yang tidak dapat berfungsi dengan baik dan sempurna lantas mendedahkan pengguna kepada risiko kemalangan yang sepatutnya boleh dielakkan," tambahnya.

Gallery

Tag:

JPJ
recall
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

25-05-2026
Berita Auto

21-05-2026
Berita Auto

19-02-2026
Berita Auto

28-01-2026
Berita Auto

22-01-2026
Berita Auto

30-12-2025
Berita Auto

23-12-2025
Berita Auto

18-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto
Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto
Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Projek Stesen Sentral Seremban RM100 Juta Dijangka Siap Mac Depan — Anthony Loke
Berita Auto
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Berita Auto
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026