Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kalau Anak Tiada Lesen Memandu, Jangan Suruh Pegang Kereta!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Mujur semua pelanggan di sebuah medan selera di Pantai Puteri, Melaka selamat apabila sebuah kereta mengundur secara tiba-tiba lalu merempuh pelanggan dan kerusi meja di sebuah medan selera terbabit.

Apapun, tiada sesiapa yang terkorban meskipun kereta jenis Avanza mengundur dengan begitu laju.

Dalam kejadian itu, lebih 10 pelanggan sedang duduk di meja makan

Kereta itu dipercayai dipandu remaja berusia 16 tahun dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian berkenaan turut tersebar di media sosial.

image.png

Berdasarkan siasatan awal, Ketua Polis Melaka Tengah, Christopher Patit berkata ibu remaja itu memintanya memanaskan enjin, namun dia tertekan pedal minyak dan mengubah kepada gear undur.

"Kereta itu kemudian bergesel dengan kereta di parkir bersebelahannya. Ia merempuh beberapa pelanggan dalam medan selera tersebut namun mujur mereka sempat mengelak.

"Mungkin ada yang tercedera, tetapi belum datang buat laporan dan tiada buat rawatan di hospital, jadi kami tidak dapat sahkan berapa yang cedera.

"Kita juga telah mengambil rakaman CCTV dari gerai makanan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Gallery

Tag:

AVANZA
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026