Link Copiedcheck_circle
EV

Mercedes-Benz EQ EV Ditayang Dalam Perarakan Merdeka

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) baru sahaja mengeluarkan imej teaser kenderaan dan ia akan menyertai Perarakan Hari Merdeka ke-66 di Putrajaya, pada hari ini.

MBM ada memberi bayangan bahawa kenderaan tersebut adalah model EQ EV baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Apa yang cukup menarik ialah model baharu itu dilihat telah dihiasi dengan livery Merdeka bertemakan unsur perpaduan pelbagai bangsa di Malaysia seiring dengan sambutan Hari Merdeka.

Sedikit info mengenai EQS ini, ia sebenarnya sudah pun ditayangkan secara global pada April tahun lalu.

image.pngimage.png

Ia didatangkan dalam tiga varian: 450+, 450 4Matic, dan 580 4Matic. 

Selain itu, terdapat juga versi EQS 680 Maybach 4Matic yang lebih mewah.

Untuk makluman, semua yang bertag 4Matic, mereka  menerima persediaan dwi-motor dan pacuan semua roda (AWD).

image.pngimage.pngimage.png

Apapun, semuanya menggunakan bateri litium-ion 120 kWh (107.8 kWj boleh digunakan) yang menawarkan jarak antara 600 kilometer (km) dan 660 km (berdasarkan WLTP). 

image.png

Bateri tersebut menerima sama ada input pengecasan AC 9.8 kW, serta input pengecasan DC pantas setinggi 200 kW, yang membolehkan bateri cas penuh dari 10 peratus hingga 80 peratus hanya dalam 31 minit.

Jadi, bagi yang mengunjungi Putrajaya untuk menyaksikan perarakan, jika anda ternampak EQ ini, jangan lupakan snap gambar dan kongsikan bersama CariCarz.com.

 

Gallery

Tag:

Mercedes-Benz Malaysia (MBM)
EQS 450
Mercedes-Benz GLE 450 4MATIC AMG Line
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

04-03-2026
Berita Auto

03-02-2026
Kereta Baru

14-01-2026
Kereta Baru

06-01-2026
EV

10-12-2025
Kereta Baru

09-12-2025
Kereta Baru

09-12-2025
Kereta Baru

04-12-2025

Berita Terkini

EV

Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?

Ada pemilik EV mengadu plat putih lambat siap. Adakah ia masalah sistem, vendor, atau kroni? Ketahui punca sebenar dan apa yang anda perlu buat.

17-04-2026
EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026