Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pemegang AP Kaut Sampai RM100K? Ini Penjelasan Dewan Muda PEKEMA

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sebelum ini, tular di akhbar tempatan berbahasa Inggeris bahawa Pemegang Permit Import (AP) dikatakan mampu mengaut  keuntungan sehingga RM100,000 bagi setiap kenderaan elektrik terutama jenama Tesla.

Melihat dakwaan yang tidak berasas itu, Dewan Muda Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) tampil membuat penjelasan berhubung isu berkenaan.

Ketua Dewan Muda PEKEMA, Raja Petra Maruddin Raja Nordin berkata, angka RM100,000 yang dicanangkan itu cukup tidak berasas.

image.png

Menurutnya adalah tidak wajar  mengambil kira harga yang mereka bayar untuk membeli kereta EV di negara asal termasuk kepelbagaian faktor seperti pengangkutan, waranti, dan kos operasi.

Beliau berkata, margin keuntungan yang diambil pengimport daripada harga kilang ketika menjual semula kereta tersebut adalah normal.

"Bagaimanapun, pemegang permit import mempunyai risiko tertentu seperti risiko pasaran, kos infrastruktur dan tanggungjawab untuk menyediakan jaminan dan servis selepas jualan atas inisiatif mereka sendiri, yang mana pada ketika itu kebanyakan infrastruktur belum lagi tersedia di Malaysia. 

"Semua ini merupakan faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam menentukan keuntungan sebenar,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu,, beliau menegaskan bahawa sebagai pemegang permit import (AP), mereka bukanlah pengilang langsung – direct manufacturer seperti Tesla yang dapat menjual dan menentukan harga kereta secara terus tanpa melalui pengedar atau pihak ketiga.

Untuk makluman, Tesla adalah satu-satunya pengeluar kereta yang pada masa ini menjual kereta terus kepada pelanggan. 

Semua pengeluar kereta jenama lain menggunakan pengedar walaupun sesetengah pengeluar kereta menyediakan konfigurasi dan pembiayaan dalam talian.

“Faktor-faktor itu mengakibatkan tambahan kos yang harus ditanggung bagi memastikan kereta EV yang diimport adalah selamat dan mematuhi standard tempatan.

"Dalam perkara ini, sebenarnya kita pengimport adalah perintis dan pemangkin kepada penjualan kereta EV di Malaysia kerana tanpa sokongan kami sebagai pemegang AP, mungkin beberapa jenama EV tidak akan masuk ke pasaran Malaysia.

“Oleh itu, tuduhan yang kami mengaut keuntungan besar tanpa sebarang data atau rujukan adalah tidak adil dan cubaan untuk merosakkan reputasi dan peranan kami dalam industri ini,” tambahnya.

Raja Petra turut menekankan, bahawa mereka sentiasa terdedah kepada risiko semasa beroperasi, terutamanya ketika membawa masuk kereta EV.

Antaranya, kekurangan cip dan bateri, turut mempengaruhi harga dan menyebabkan turun naik sesebuah EV yang tidak dapat dielakkan.

"Diharap dakwaan berkenaan dapat dilihat dengan lebih rasional dan tidak hanya berfokus pada angka semata-mata.

"Kami memainkan peranan penting dalam memperkenalkan EV kepada masyarakat Malaysia, dan seharusnya usaha kami dihargai dalam memajukan industri ini,” tegasnya.

Gallery

Tag:

Malaysian Association of Malay Vehicle Importers and Traders (PEKEMA)
AP
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

22-11-2024
EV

17-07-2024
Berita Auto

20-06-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026
Berita Auto

26-02-2026
Berita Auto

Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.

25-02-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026
Berita Auto

Tidur Yang Membunuh: Microsleep Punca 20% Kemalangan Maut , Risiko Tinggi Di Musim Perayaan – MIROS

Isu 'mengantuk sesaat' atau microsleep bukan perkara remeh. Di Malaysia, fenomena ini dikenal pasti sebagai punca utama kepada kira-kira 20% kemalangan jalan raya yang dilaporkan setiap tahun, termasuk kes-kes yang meragut nyawa.

24-02-2026
Berita Auto

LRT3 Bakal Beroperasi Sebelum Jun Ini

LRT3 yang menghubungkan Shah Alam dan kawasan sekitarnya dijangka beroperasi sebelum Jun ini,

23-02-2026
Berita Auto

Penangguhan Sementara Fungsi Bayaran Balik Menerusi GiCheck, - Puspakom

Pusapakom mengesahkan bahawa pihaknya menangguhkan sementara fungsi bayaran balik menerusi aplikasi GiCheck, bermula dari hari ini hingga 8 Mac 2026.

23-02-2026