Link Copiedcheck_circle
EV

Pengecas EV Di Sabah, Dibuka Untuk Orang Awam

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengedar rasmi tunggal jenama BMW di Sabah sejak tahun 2018, Regas Premium Sabah mengorak setapak ke hadapan apabila memperkenalkan perkhidmatan pengecasan kenderaan elektrik (EV) untuk orang awam buat julung kalinya di Sabah, baru-baru ini.

Bagi yang mahu menggunakan fasiliti ini, ia terletak di ruang parkir bawah tanah T1 @ Bundusan, Jalan Bundusan, Taman Cemerlang, Kota Kinabalu, Sabah. 

image.png

Sebaliknya, ia yang cuma menampilkan dua lot dengan keupayaan pengecasan AC 11 kWj sudah dibuka 24 jam sehari untuk kegunaan orang ramai.

Difahamkan, ia mengenakan kadar standard iaitu RM6 untuk setiap sejam.

image.png

Di sebalik pembukaan fasiliti itu, Pengarah Urusan BMW Group Malaysi, Hans de Visser turut mengucapkan tahniah kepada  Regas Premium Sabah yang telah lama bersama dengan pihaknya sebagai rakan pengedar.

“Ia adalah satu langkah berani yang diambil demi memperluaskan aksesibiliti terhadap mobiliti lestari buat para pelanggan dan semua pemilik EV di Kota Kinabalu. 

image.png

“Langkah ini dilihat cukup penting untuk mencorak semula tabiat mobiliti di samping memacu penerimaan  kenderaan elektrik di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Prinsipal Pengedar merangkap Pengarah Urusan bagi Regas Premium Sabah, Datuk Matthew Tan Yaw Tzuu berkata, pihaknya sedar bahawa Sabah mengamalkan gaya hidup dengan mementingkan alam sekitar.

Malah, ia sudah menjadi satu norma dan fasiliti pengecasan EV sulung itu dikatakan antara satu langkah yang besar ke arah visi itu.

“Ia bukan sahaja menggalakkan penggunaan EV tapi juga menepati insentif kerajaan untukmenggalakkan kaedah pengangkutan lestari.

image.png

“Untuk itu, kami yakin bahawa bekalan infrastruktur pengecasan yang mudah diakses akan membolehkan lebih ramai individu untuk beralih ke arah pemilikan EV dengan lebih yakin,” katanya.

Untuk makluman anda, Regas Premium Sabah telah berkolaborasi dengan JomCharge untuk 

mewujudkan rangkaian pengecasan serba canggih yang lebih meluas, mudah, serta selari dengan kenaikan permintaan ke atas mobiliti lestari di seluruh negara.

image.png

Ia juga mahu  meningkatkan aksesibiliti ke atas kemudahan pengecasan EV di seluruh pelosok negeri Sabah, dengan tumpuan terhadap lokasi-lokasi seperti Tawau yang menjadi sebahagian daripada pelan perluasan yang telah dijadualkan.

Gallery

Tag:

Regas Premium Sabah
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Regas Premium Sabah Buka Pusat Pengedaran 4S Baharu

Regas Premium Sabah, pengedar sah tunggal BMW di Sabah telah mengumumkan pemindahan operasi.

24-03-2022

Berita Terkini

EV

Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia

Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.

10-06-2026
EV

Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.

10-06-2026
EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
EV

Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!

04-06-2026
EV

Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi

Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.

04-06-2026
EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026