Link Copiedcheck_circle
EV

Perhatian! Ada Tawaran Menarik Jika Nak Beli MINI Elektrik

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Ada berita baik buat mereka yang ingin membeli kereta MINI elektrik terutamanya MINI Cooper SE memandangkan adanya program  penjimatan MINI Electric yang berterusan.

image.png

Malah, MINI Malaysia menawarkan opsyen pembiayaan dengan kadar faedah serendah 0.98% kepada pelanggan MINI baharu melalui Pelan Pembiayaan “Straight-Line”.

Tawaran yang sah sehingga September ini sebenarnya membolehkan para pelanggan baharu mengalami sendiri mobiliti elektro bertaraf premium dengan harga berpatutan. 

image.png

Bukan itu sahaja, dengan opsyen Pembiayaan “Easy Drive”, ansuran bulanan anda boleh menjengah nilai serendah RM1699 sahaja sekali gus memudahkan akses mobiliti elektro premium tanpa memberi kekangan dari sudut kewangan dan kepuasan pemanduan anda.

image.png

Ketua MINI Malaysia, Linnet Yew berkata, legasi MINI yang menjangkau usia 64 tahun sebenarnya terpancar pada wajah si pemiliknya apabila mereka berpeluang menikmati pemanduan yang cukup mengujakan serta bergaya.

“Jadi, menerusi  pengenalan program penjimatan MINI Electric, kami ingin mengelektrifikasikan legasi tersebut. 

“Koleksi tawaran khas ini yang terdiri daripada pelbagai imbuhan menarik dilihat dapat mencerminkan sejarah MINI yang ikonik, selain menekankan komitmen berterusan kami untuk menggiatkan anjakan ke arah mobiliti elektro di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, jangan risau untuk membeli kereta elektrik kerana kebanyakan para pembekal tenaga dan infrastruktur sedang menaik taraf aksesibiliti fasiliti pengecasan di samping memudahkan lagi penggunaan kenderaan elektrik di negara ini.

image.pngimage.png

BMW Group Malaysia juga telah menyediakan lebih daripada 1,000 buah fasiliti pengecasan  dalam rangkaiannya setakat ini.

Dalam pada itu, MINI turut menawarkan penjimatan dan imbuhan menarik yang bernilaisekitar RM20,000. 

Ia meliputi:

MINI Wallbox Percuma: Memudahkan urusan pengecasan jentera MINI Electric anda, selain mengelakkan keperluan untuk kerap mengunjungi fasiliti pengecasan awam.

Pengecasan Awam 1 Tahun Percuma: Nikmati akses pengecasan awam di semua rangkaian stesen JomCharge serta stesen-stesen ChargEV yang terpilih.

Waranti Lanjutan: Berlapang dada dengan penambahan 1 tahun dalam liputan waranti Inklusif Servis dan Pembaikan MINI anda, memanjangkan tempoh keseluruhan liputan kepada 5 tahun.

Rebat Menarik: Terokai rebat menarik di pusat-pusat pengedaran MINI yang bertauliah, memperkayakan lagi nilai yang ditawarkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai MINI, KLIK.

Gallery

Tag:

MINI
Mini Cooper SE
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

MINI Paul Smith Edition Kini Boleh Didapati Di Auto Bavaria Dalam Dua Warna Eksklusif

Peminat setia MINI berpeluang menyaksikan pelancaran kereta MINI Paul Smith Edition oleh Auto Bavaria di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

30-04-2026
Berita Auto

Performance Motors Malaysia Kini Urus Pusat Pengedar BMW, MINI

Sime Motors dan Ingress Corporation Berhad menjalinkan kerjasama untuk mengendalikan dan menguruskan dua pusat pengedaran BMW serta satu pusat pengedaran MINI di Performance Motors Malaysia.

29-04-2025
EV

Pengeluaran EV MINI Di Oxford Ditangguhkan, Sasaran EV Kerajaan UK Tidak Masuk Akal?

BMW mengesahkan bahawa rancangan untuk memulakan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di kilang MINI di Oxford ditangguhkan buat sementara waktu.

24-02-2025
Kereta Baru

Dilancar: MINI Cooper S 5-Door, Harga Sekitar RM293,000

MINI Cooper S 5-Door sudah menembusi pasaran tempatan.

08-10-2024
Kereta Baru

MINI Aceman Elektrik Dilancar, Hanya Ada 1 Varian, Harga RM213,888

MINI Malaysia buat julung kalinya melancarkan crossover kompak elektrik pertamanya, MINI Aceman, sebentar tadi.

08-10-2024
EV

Kalau Negara Jiran Dah Dapat, Adakah Mini Aceman SE 2024 Pun Akan Masuk M'sia

Di Thailand, Aceman cuma didatangkan dalam satu varian.

26-08-2024
Kereta Baru

Nantikan Kemunculan Model Baharu MINI

Nampaknya, MINI Malaysia bakall melancarkan sebuah model baharu versi elektrik pada bulan ini.

01-07-2024

Berita Terkini

EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026