Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton Catat Jualan YTD Lebih 90K Unit! X90 Model Terlaris

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Proton-Sales-July-2023-caricarz-(1).jpg


PROTON, pengeluar kereta nasional, mencatatkan pertumbuhan yang luar biasa pada separuh pertama tahun 2023, dan trend tersebut berterusan hingga ke bulan Julai dengan jumlah keseluruhan 13,326 unit kenderaan terjual (domestik + eksport). Data daripada PROTON menunjukkan peningkatan yang tinggi sebanyak 16.1% berbanding Julai 2022, menyumbang kepada jualan dari awal tahun sehingga kini (YTD) sebanyak 90,647 unit. 


PROTON mencapai jualan lebih 90,000 unit buat kali pertamanya sejak 2012, menunjukkan kenaikan sebanyak 26.6% berbanding tahun sebelumnya. Pegangan pasaran syarikat bagi bulan Julai dijangka pada 20.5%, dengan pegangan pasaran YTD kini pada 21%.


Proton-Sales-July-2023-caricarz-(4).jpg


Selain itu, jumlah volum industri (TIV) meningkat secara signifikan pada bulan Julai, dianggarkan sebanyak 64,864 unit, peningkatan sebanyak 29.9% berbanding bulan yang sama pada tahun 2022. Peningkatan ini menjadikan angka YTD 12.9% lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya, meletakkan prestasi jualan PROTON 14% lebih tinggi daripada industri secara keseluruhan.


Proton X90, model SUV terbaru PROTON, mencatatkan kejayaan yang mengagumkan kerana menjadi model terlaris dalam segmennya walaupun hanya berada di pasaran kurang daripada tiga bulan sejak pelancaran pada 7 Mei 2023. Sehingga bulan Julai, sebanyak 886 unit terjual dengan jumlah terkumpul sebanyak 2,225 unit dalam tempoh hanya 86 hari, mengatasi pesaingnya.


Prestasi-Jualan-Proton-Julai-2023.png


Selain daripada Proton X90, tiga lagi model PROTON turut mendominasi jualan YTD dalam segmen masing-masing:


  • Proton Persona mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 107.1% pada tahun 2023, menjadikannya kereta segmen B terlaris di Malaysia. Dengan 1,953 unit terjual pada bulan Julai, jumlah YTDnya telah mencapai 14,533 unit, dan berada di landasan untuk melebihi jumlah  jualan tahun 2022 seawal akhir bulan Ogos tahun ini. 
  • Proton X50 mencatatkan penambahan 2,630 unit pada bulan Julai, dengan jumlah YTD sebanyak 20,192 unit, mengekalkan kedudukan sebagai peneraju jualan untuk SUV segmen B. Walaupun kalah dalam pasaran keseluruhan SUV pada bulan Julai, jumlah YTDnya masih menjadi yang tertinggi untuk semua SUV, tanpa mengira segmen.
  • Proton Exora, sebuah MPV besar dengan tujuh tempat duduk, mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 13.1% pada bulan Julai, dengan jualan 374 unit dan mencapai jumlah jualan sebanyak 2,741 unit untuk tahun ini.


Proton Saga, yang menyambut ulang tahun ke-38 pada 9 Julai lalu, masih kekal sebagai pilihan utama pelanggan kerana keseronokan pemanduannya. Dengan 5,926 unit terjual pada bulan Julai, permintaan untuk tahun 2023 meningkat sebanyak 40.2%, menjadikan Saga kereta kedua yang paling popular di negara ini selama dua bulan berturut-turut, dengan jumlah jualan terkumpul sebanyak 39,251 unit.


Baca: Mengimbau Sejarah Proton & Model Legenda, Proton Saga, Dari 1985 Ke 2022


Proton-Sales-July-2023-caricarz-(5).jpg


Permintaan bagi Proton Iriz, hatchback segmen B yang menduduki tangga keempat dalam jualan, meningkat sebanyak 80.7% pada tahun ini. Dengan 676 unit terjual pada bulan Julai, jumlah jualannya kini hanya berbeza 1,000 unit sahaja berbanding jumlah jualan keseluruhan tahun lalu, dengan 4,708 unit terjual sejauh ini.


Akhir sekali, Proton X70 telah mencapai jualan 881 unit pada bulan Julai, menempatkannya di kedudukan kedua keseluruhan dalam segmen. Model ini mencatatkan 6,997 unit terjual setakat ini bagi tahun 2023.


En-Roslan-Abdullah-DCEO-PROTON.JPG


Menurut Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, “PROTON sudah tentu memainkan peranan dalam peningkatan TIV. Dari segi peratusan, pertumbuhan jualan  kami adalah lebih daripada dua kali ganda daripada industri setakat ini dan ini boleh dikaitkan dengan pembeli  kereta yang tertarik dengan teknologi, kualiti, keselamatan dan nilai yang ditawarkan oleh barisan model kami.  Dengan Proton X90 yang sudah pun mendahului kelasnya selepas hanya 3 bulan, model baharu yang akan dilancarkan dan kemasukan syarikat ke pasaran EV pada tahun 2023 melalui smart Malaysia, kami yakin dapat  mencapai sasaran akhir tahun kami.”


Secara keseluruhan, kejayaan PROTON yang cemerlang pada tahun 2023 mencerminkan kedudukan kukuh syarikat dalam pasaran automotif Malaysia, dengan beberapa modelnya mendominasi dalam segmen masing-masing.

Baca: [BARU TAHU] Proton Pernah Keluarkan Kereta Limusin Rupanya!

Tag:

Proton X90
Prestasi Jualan
Proton Edar
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Beli Kereta Proton Ada Rebat Sehingga RM15,000, Hanya Untuk Bulan Mac

Proton kini sedang membuat promosi Buka Lembaran Baharu dimana syarikat itu kini menawarkan duit raya sehingga RM15,000 kepada para pelanggan.

01-03-2025
Berita Auto

Proton Bakal Lancar 3 Model Baharu & Tingkatkan Pengeluaran Tahun Ini

Proton dedah perancangan untuk 2025 serta sasaran jangka panjang syarikat.

23-01-2025
Berita Auto

Proton Meterai Kerjasama Dengan ANSA Motors

Proton X90 dan Proton X50 laku keras di negara kepulauan Caribbean.

23-08-2024
Berita Auto

Bangladesh minat PROTON X90, 29 Unit Sudah Didaftar

Proton X90 dibawa masuk ke Bangladesh.

12-03-2024
Berita Auto

2024 Baru Bermula, Proton Dah Jual 12,882 Unit Kereta! Terbaik Sejak 2013

Tahun 2024 baru sahaja bermula dan Proton telah mencatatkan prestasi yang membanggakan. Ini prestasi jualan setiap model...

05-02-2024
Teknologi

Model Mana Yang Ada AACP? Kena Tunggu Pengumuman

Proton mengesahkan bahawa pihaknya akan menyediakan sokongan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay (AACP) untuk beberapa model keretanya, mulai tahun ini.

04-02-2024
Berita Auto

Model PROTON Tepati Citarasa Orang M'sia?

Siapa kata jenama PROTON tak laku, anda salah besar.

03-01-2024
Berita Auto

Proton X90 Laris Di Luar Negara, Kini Tembusi Tiga Pasaran Eksport

Proton X90 baharu kini dijual di tiga pasaran eksport luar negara.

22-09-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Pusat 3S Mitsubishi Eon Auto Mart Kini Di Melaka Autocity

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bersama rakan pengedarnya, Eon Auto Mart (EAM), hari ini mengumumkan pemindahan dan naik taraf bilik pameran Mitsubishi Motors di Melaka.

16-11-2025
Berita Auto

Projek Dasar Laut Bukan Projek Terbengkalai, Tidak Pernah Diumum Batal

Projek Terowong Dasar Laut masih berstatus aktif.

14-11-2025
Berita Auto

RTS Link, TMJ Bimbang Kesesakan Sebaik RTS Mula Operasi

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, bimbang terhadap masalah kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku apabila Projek Rapid Transit System (RTS) Link, siap nanti.

14-11-2025
Berita Auto

Kunjungi Pameran Teknologi EV, BYD Tech Discovery Day Di Plaza Arkadia, Bermula Hari Ini

BYD Malaysia, DENZA jenama kenderaan elektrik pintar mewah di bawah BYD bersama BYD Sime Motors, pengedar kenderaan rasmi BYD di Malaysia,melancarkan secara rasminya pameran teknologi EV pertama di Malaysia, semalam.

14-11-2025
Berita Auto

Tiada Lagi Healing Percuma, Lepas Ini Bayar Tol Sebelum Naik Genting Highlands

Genting Highlands akan mengenakan tol bagi menampung kos penyelenggaraan sepanjang 24 kilometer jalan dan cerun yang ditanggung sepenuhnya oleh syarikat itu sejak tahun 1960-an.

14-11-2025
Berita Auto

Monsun Timur Laut, Laluan Dari Gerik, Jeli, Blue Valley Terdedah Tanah Runtuh

Laluan dari Gerik menuju ke Jeli, Kelantan dan jalan Simpang Pulai ke Blue Valley, Cameron Highlands, Pahang dikatakan berisiko berlakunya kejadian tanah runtuh.

13-11-2025
Berita Auto

Projek ECRL: Bakal Lonjakkan Hasil KDNK Terengganu

Nampaknya, negeri Terengganu mampu tingkatkan hasil KDNK sebanyak RM48.2 bilion pada 2040 disebabkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

13-11-2025
Berita Auto

Proton, PRO-NET Sertai GATE 2025: Pamerkan Teknologi EV Terkini di GATE 2025

PRO-NET mempamerkan teknologi terkini kenderaan elektriknya sepanjang pameran Global Automotive and Technology Expo (GATE) 2025 yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre.

13-11-2025