Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

TIV Meningkat 1.7% Berbanding Jun Lalu

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mendedahkan momentum jumlah keseluruhan industri (TIV) dilihat semakin mencanak.

MAA berkata, jumlah Jumlah jualan tujuh bulan pertama 2023 adalah 13 peratus lebih tinggi daripada tempoh yang sama tahun 2022. 

“Jumlah keseluruhan industri (TIV) bulan dikaji adalah 1.7 peratus lebih tinggi daripada Jun 2023 iaitu pada 62,593 unit.

"TIV yang lebih tinggi sedikit pada Julai 2023 adalah disebabkan oleh normalisasi rantaian bekalan automotif dan pemenuhan tempahan yang diterima untuk pelancaran model baharu baru-baru ini," katanya dalam satu kenyataan semalam.

image.png

Menyentuh mengenai angka, MAA turut mengakui jualan kereta bagi bulan lepas meningkat 27.5 peratus kepada 63,676 unit daripada 49,934 unit pada bulan sama tahun lalu

Menurut kiraan mereka, jualan kenderaan penumpang adalah sebanyak 57,939 unit pada Julai 2023 daripada 44,574 unit pada Julai 2022, manakala jualan kenderaan komersial turut meningkat kepada 5,737 unit daripada 5,360 unit.

Dalam pada itu, MAA menjangkakan jualan kenderaan pada bulan ini meningkat sedikit berbanding Julai 2023 gara-gara  pengenalan beberapa model baharu serta kempen promosi sempena Hari Kebangsaan oleh beberapa syarikat kereta.

image.png

Terdahulu, MAA ada mengunjurkan TIV bagi tahun ini adalah 650,000 unit selepas melakar sejarah dengan 720,658 unit tahun lalu.

image.png

Pencapaian TIV tahun lalu mengatasi rekod tertinggi yang pernah dicatatkan pasaran automotif iaitu 666,674 unit yang direkodkan pada 2015.


Gallery

Tag:

Persatuan Automotif Malaysia (MAA)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Raya Punya Penangan: Jualan Kereta Mac Melonjak

Jualan kereta Mac 2026 melonjak 21%, industri automotif kembali berdarah panas.

21-04-2026
Berita Auto

Orang Malaysia Suka Beli Kereta, Itu Sebab Jualan Kereta Mencanak Tahun Lepas

Nampaknya, industri automotif Malaysia melakar sejarah apabila mencatatkan prestasi cemerlang pada 2025 dengan jumlah jualan kenderaan (TIV) sebanyak 820,752 unit.

21-01-2026
Berita Auto

Tahun 2025 Penuh 'Drama': Dari Hambar Kepada Rancak, Bagaimana Pula 2026 Nanti?

Tahun 2025 menyaksikan satu perjalanan yang penuh ‘drama’ bagi sektor automotif negara. Bermula dengan prestasi hambar pada suku ketiga (Q3), pasaran kembali ‘meletup’ apabila syarikat-syarikat automotif mula melancarkan promosi secara agresif bermula Oktober sehingga kini.

29-12-2025
Berita Auto

Jualan Kereta Melonjak Pada Nov, Permintaan EV Turut Meningkat

MAA mendedahkan jualan kenderaan mencatatkan prestasi memberangsangkan pada bulan lepas.

20-12-2025
Berita Auto

Jualan Kereta Turun 22% Pada Sept 2025, Ada Sebabnya!

MAA mendedahkan bahawa jualan kenderaan baharu di Malaysia menurun sebanyak 22 peratus pada September 2025 berbanding Ogos lalu (74,479 Unit).

21-10-2025
EV

Belanjawan 2026: MAA Mohon Insentif Cukai EV Dilanjut Supaya Lebih Ramai Beli EV

MAA menggesa kerajaan supaya melanjutkan insentif cukai kenderaan elektrik bateri (BEV) dalam Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan, pada hari ini.

06-10-2025
Berita Auto

Jualan Kereta Laku Keras, Lebih 70K Kereta Terjual Pada Bulan Lepas

MAA mendedahkan TIV sektor automotif Malaysia melonjak sebanyak 28 peratus kepada 70,057 unit pada bulan lepas.

20-08-2025
Berita Auto

Harga Kereta Mungkin Naik, Namun OMV Masih Belum Dimuktamad

Jika impak OMV dikira menggunakan formula lama, memang ada potensi kenaikan sekitar 10 hingga 30 peratus terhadap harga atas jalan (OTR).

16-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026