Link Copiedcheck_circle
Global

2 Model Ini Cuma Masuk Pasaran Jepun

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kedua—dua model GR86 dan Subaru BRZ yang dikemaskini untuk pasaran Jepun akan menerima varian sport.

Bermula dengan Subaru BRZ, ia kini didatangkan dalam varian Subaru BRZ STI Sport.

Ia menerima sistem brek Brembo 17 inci dengan rotor berventilasi, roda aloi bersaiz 18 inci kemasan dark metallic dan balutan tayar prestasi tinggi bersaiz 215/40 R18.

image.pngimage.png

Apa yang penting, ia kini menggunakan unit peredam tindak balas frekuensi sensitif (SFRD) Hitachi Astemo diikuti dengan unit peredam belakang yang telah ditala semula oleh Subaru Tecnica International.

image.png

Untuk itu, Subaru menjanjikan pemanduan dinamik yang lebih padu  dan lebih baik daripada jenis bukan lencana STI.

Menjengah bahagian luarannya, rupanya sporty kerana lampu hadapannya yang agak tajam, antena sirip yu, terdapat perumah cermin sisi berwarna hitam, serta logo BRZ pada unit lampu utama berwarna merah ceri.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian ruang kabin, ia mendapat tempat duduk balutan suede/kulit berwarna burgundy/hitam, aksen dark metallic, serta butang pandu mula STI berwarna merah.

Menyentuh mengenai trenkuasanya pula, ia disumbat dengan enjin 2.4 liter yang membuatkan ia mampu menghasilkan kuasa setakat 232 hp dan 250 Nm.

image.png

Subaru BRZ STI Sport sudah dibuka untuk tempahan tetapi bukan di Malaysia sebaliknya di Jepun. 

image.png

Bagi versi manual, ia dijual pada harga (RM118,942) manakala automatik pula berharga (RM120,681).

Beralih kepada model GR86, ia juga telah dikemaskini sempena ulang tahun ke-40, baru-baru ini.

image.pngimage.png

GR86 40th Anniversary Limited ini masih menggunakan enjin 2.4 liter yang mampu menjana kuasa mencecah 232hp dan tork 250Nm. 

Ia cuma ditawarkan dengan dua pilihan warna: Spark Red dan Crystal White.

Melihat bahagian luarannya, tertera perkataan since 1983 40th  di bawah panel pintunya namun ada sebabnya, mengapa perkataan itu ditulis. 

image.pngimage.png

Ini kerana  Toyota AE86 yang ikonik mula diperkenalkan di Jepun pada tahun 1983.

Selain itu, pemegang pintunya turut berwarna hitam manakala rimnya turut menggunakan warna hitam termasuk warna spoiler belakangnya.

image.pngimage.png

Bahagian kabinnya pula dihiasi dengan warna merah bagi membuatkan ia kelihatan lebih  agresif dan sporty.

Bahagian dalam pintunya juga tertera perkataan Since 1983 40th.

image.png

Apapun, edisi terhad ini cuma dikeluarkan 200 unit yang hanya eksklusif untuk pasaran Jepun.

Bagi versi manual, ia dijual pada harga RM120,832 manakala automatik (RM123,931).

Apa pula pandangan anda mengenai kedua-dua model ini? Kongsikan..


Gallery

Tag:

Subaru BRZ
Toyota GR 86
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Subaru BRZ 2025 Diperkenalkan Di Jepun – Mod Sport, Pengendalian Lebih Mantap

Subaru BRZ 2025 telah diperkenalkan. Apa yang baru?

16-07-2024
Global

Laporan: GR86 Seterusnya Guna Enjin 3-Silinder 1.6 Turbo

Toyota GR86 baharu akan didatangkan dengan beberapa penambahbaikan.

14-02-2024
Global

Toyota GR86 & Subaru BRZ 'Hilang' Dari Pasaran Eropah

Penduduk Eropah kini menyaksikan kematian dua buah lagi kereta sport.

08-02-2024
Global

Subaru BRZ tS Tiba Di AS Dengan Suspensi Talaan STI & Brek Brembo

Amerika Syarikat kini menerima varian baharu, Subaru BRZ tS. Ini spesifikasinya...

25-07-2023
Berita Auto

Dalam 1 Jam, 10 Unit Pertama Subaru BRZ Disapu Habis Selepas Diperkenal Di Indonesia

10 unit Subaru BRZ serba baharu habis terjual sebaik dipertontonkan.

17-08-2022
Berita Auto

Toyota 86 Tak Cukup Bagus? GR 86 Adalah Penyelesaiannya!

GR 86 telah diperkenalkan kepada orang ramai secara dalam talian semasa acara TOYOTA GAZOO Racing (TGR).

03-05-2021
Gambar

2020 Subaru Brz Gallery

2020 SUBARU BRZ GALLERY

12-03-2021
Global

Toyota GR86 & Subaru BRZ 'Hilang' Dari Pasaran Eropah

Penduduk Eropah kini menyaksikan kematian dua buah lagi kereta sport.

08-02-2024

Berita Terkini

Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026