Link Copiedcheck_circle
Global

Mazda 2 & CX-3 Terima Sistem Infotainmen Terbaru Di Jepun

Sofea Najmi

Kongsi melalui

ssoxc0hfjfiutkwvabdo.jpg

 
Hatchback Mazda2 terbaru di Jepun kini ditawarkan dengan pilihan pakej rekaan luaran 'Sci-Fi' 


Hatchback Mazda 2, serta SUV crossover CX-3, kini dikemaskini dengan sistem infotainmen baharu untuk pasaran Jepun. Pilihan pakej rekaan luaran yang lebih menonjol ‘Sci Fi’ turut ditawarkan bagi Mazda 2 di negara tersebut. 


Kedua-dua model kali ini menggunakan sistem infotainmen ‘Mazda Connect’ dengan skrin baharu bersaiz 8.8 inci, menggantikan sistem ‘MZD Connect’ yang sebelum ini dipaparkan pada skrin bersaiz 7.0 inci dan 8.0 inci. Model yang dinaiktaraf ini dijangka akan mula ditawarkan di negara matahari terbit tersebut pada penghujung bulan Disember untuk Mazda 2 dan Februari 2024 untuk CX-3. 



zcdxemkqdk2ciiyjij3q.jpgpl4jfdz5twvcrkpdvtgt.jpg


Di Jepun, hatchback Mazda 2 dan SUV CX-3 dikemaskini dengan skrin infotainmen bersaiz 8.8 inci yang lebih besar serta sistem operasi ‘Mazda Connect’ baharu



Sistem terbaru yang digunakan kini didatangkan dengan perkhidmatan panggilan kecemasan, pencarian lokasi kenderaan dan pelbagai lagi fungsi jawalan jarak jauh. Pakej sama turut ditawarkan dalam Mazda 3 generasi terkini. 



egmocizcmofmw5xqv7w1.jpgiuc1r9gkjmddlhhoyn3m.jpg


Selain itu, hatchback Mazda 2 pasaran Jepun turut mendapat pakej rekaan luaran 'Sci-Fi' baharu. Pakej ini adalah termasuk penggunaan aksen hijau Lime Green pada keliling  gril, jejari rim, perumah cermin sisi dan spoiler belakang. 


KEMAS KINI UNTUK MAZDA 2 DAN CX-3 MALAYSIA


Tidak pasti sekiranya kemas kini ini akan ditawarkan dalam pasaran Malaysia. Di sini, kemas kini yang diterima CX-3 adalah pada bulan Oktober tahun lalu yang diperkenalkan dengan varian ‘Core.’ Sementara itu, untuk hatchback dan sedan Mazda 2 pula, masih tiada sebarang ura-ura pelancaran di negara kita walaupun versi terbaru model ini telah dilancarkan di negara Thailand awal tahun ini. 

Tag:

Mazda 2
Mazda CX-3
Hatchback Mazda
Sci-Fi
JDM
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru
Dilancar: Mazda BT-50, Versi CBU, Hanya Ada 1 Varian - RM138,000

Dilancar: Mazda BT-50, Versi CBU, Hanya Ada 1 Varian - RM138,000

Mazda BT-50 2025 yang merupakan versi CBU dilancarkan secara rasminya.

05-11-2025
Berita Auto
Harga Jualan Mazda Mungkin Naik Sehingga RM26K

Harga Jualan Mazda Mungkin Naik Sehingga RM26K

Senarai harga jualan kenderaan Mazda untuk pasaran Malaysia di bawah Bermaz Auto Sdn Bhd yang dijangka akan meningkat.

31-03-2023
Berita Auto
Mazda 2 Versi Hibrid Bakal Masuk Pasaran Eropah

Mazda 2 Versi Hibrid Bakal Masuk Pasaran Eropah

Mazda 2 Hybrid akan mula dijual di pasaran pada bila-bila masa sahaja.

23-02-2022
Gambar
2020 Mazda 2 Gallery

2020 Mazda 2 Gallery

2020 MAZDA 2

19-02-2021
Kereta Baru
Mazda CX-3 Facelift 2023 Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM115K

Mazda CX-3 Facelift 2023 Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM115K

Bermaz Motor hari ini telah melancarkan Mazda CX-3 versi 2023MY.

05-12-2023

Berita Terkini

Global
Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global
Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global
Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global
SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global
India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global
WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026