Link Copiedcheck_circle
Global

BMW Belanja Video Sipi-Sipi BMW X2

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

BMW mendedahkan satu klip video pendek mengenai BMW X2 di halaman Instagramnya baru-baru ini.

Pendedahan itu memberi bayangan bahawa ia bakal mendarat di pasaran tidak lama lagi.

Menerusi klip video itu, ia cuma menampilkan siluet jentera itu di bahagian sisi dan kemudian bahagian hadapan.

Ia turut menayangkan lampu hadapannya termasuk bahagian gril yang bercahaya.

Namun, gambarnya cuma sipi, menyebabkan kami di CariCarz.com mendapati rekaannya seolah-olah BMW i7.

image.png

Namun berbeza sedikit dengan gril i7 yang dilihat lebih besar dan segi empat sama, namun  X2 pula menampilkan bentuk yang lebih poligon yang diinspirasikan oleh X6 yang dipertingkatkan.

Dari sudut signatur pencahayaannya, ia mendapat reka bentuk serupa yang kami lihat pada X1 baharu kerana ia menampilkan elemen cahaya berkembar secara mendatar dengan grafik LED yang berbeza.

Beralih ke bahagian profil, nampaknya X2 ini menampilkan pendirian yang lebih terangkat dan lebih tinggi berbanding model gen semasa seperti hatchback.

Antara perbezaan utama di adalah  overhang belakang yang lebih panjang, yang membolehkan garis bumbung sportynya lebih memanjang dan lebih licin. 

image.pngimage.png

Bagaimanapun, video itu tidak mendedahkan sebarang trenkuasa jentera itu namun ia berkemungkinan besar akan menerima spesifikasi asas seperti mana BMW X1.

BMW X1 M35i xDrive gen terkini disumbat dengan pengecas turbo 4-silinder 2.0 liter yang menghasilkan 312 hp.

Sebaliknya, ada juga desas-desus mengatakan bahawa X2akan didatangkan dalam versi elektrik dan dikenali  sebagai iX2.

Kami juga boleh menjangkakan ia iX2 mendapat sokongan  platform FAAR (Frontantriebsarchitektur). yang sama seperti iX1, dimana ia menggunakan pek bateri 64.7-kWj.

image.pngimage.png

Ini membolehkan ia bergerak sejauh 439 kilometer dengan hanya sekali cas.

Bagi rangkaian kuasanya, iX1 eDrive 30 yang berspesifikasi tinggi mendapat persediaan motor berkembar dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 308  hp.

image.png

Maka, kami menjangkakan iX2 akan mendapat persediaan yang sama. Selain itu, kami tidak dapat memberi gambaran jelas mengenai BMW X2 sehingga ia dilancarkan secara rasmi nanti.

Gallery

Tag:

Next-Gen BMW X2 Teaser
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Global
Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.

03-09-2026
Global
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara  Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026