- Berita
- Global
- Ford Ranger Guna Sistem Hibrid HEX
Nampak buruk sangat tetapi jangan salah faham!
Inilah Ford Ranger single cab yang telah melalui beberapa transformasi untuk menjadi pilihan utama buat agensi pertahanan dan keselamatan di seluruh dunia.
Ford Ranger ini dibangunkan oleh firma kejuruteraan UK, Ricardo. Firma ini telah menerima pakai kuasa hibrid selain membangunkan sistem HEX 6x6 untuk dipadankan pada Ford Ranger berkenaan.
Ia menggunakan kuasa hibrid dan apa yang cukup menarik ialah terdapat roda tambahan. Ini menjadikan jentera tersebut memiliki enam tayar.
Untuk itu, ia mampu meredah pelbagai permukaan jalan, tidak kira berbatu, curam atau berbukit.
Apapun, rekaan trak pikap ini sebenarnya telah mendapat kelayakan yang cukup kukuh selain turut membanggakan pelbagai projek yang membabitkan sukan permotoran, motosikal, kenderaan komersial, kereta penumpang, serta kenderaan berprestasi.
Bagi yang tidak tahu mengenai Ricardo, ia bukan syarikat yang calang-calang kerana firma berkenaan ada memeterai kontrak dengan pengeluar kereta sport, McLaren untuk menghasilkan enjin V8.
Sebelum itu, Ricardo telah membina rangkaian kuasa untuk McLaren sejak model 12C pada 2011, dimana ia telah menghasilkan kira-kira 34,000 daripadanya sehingga kini.
Menyentuh mengenai trenkuasanya, Ranger 6x6 Ricardo ini menggunakan enjin V6 3.0 liter dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 249 hp.
Sementara itu, motor elektriknya pula boleh menghasilkan kuasa tambahan sebanyak 282 hp.
Selain itu, ia yang menampilkan sistem brek regeneratif mampu menyalurkan kembali tenaga kepada pek bateri.
Bagaimanapun, kapasiti pek bateri Ford Ranger ini tidak didedahkan secara terperinci.
Ini kerana terdapat pelbagai saiz bateri dan semuanya nanti bergantung kepada pesanan pelanggannya.
Untuk memudahkan penyelenggaraan dan pembaikan, komponen voltan tinggi ini juga ditempatkan dalam perumah tunggal.
Ini bermakna, ia boleh dipasangkan secara bolt-on pada mana-mana Ranger, dan boleh ditanggalkan dengan begitu mudah.
Bagaimanapun jangan terkejut ini bukan kali pertama Ford Ranger generasi terbaharu ini sesuai untuk agensi pertahanan.
Gallery






Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/