Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

[FOTO INTIPAN] Crossover 'Fastback' Peugeot 408 Dikesan Di Malaysia – Bakal Dilancarkan?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_CariCarz_Peugeot-408_spyshot_Malaysia_2.jpg

Peugoet 408 dikesan sedang diuji di Sabak Bernam


Satu pertembungan yang tidak disangka-sangka! Semasa CariCarz mengembara ke daerah barat laut negeri Selangor, Sabak Bernam untuk sesi pandu uji kereta hari ini, kami 'terserempak' dengan sepasang SUV crossover fastback, Peugeot 408, menggunakan jalan raya yang sama. 


Unit yang berjaya ditangkap fotonya melalui lensa CariCarz ini berwarna kelabu dan hitam. Berdasarkan pemerhatian kami, kedua-duanya mempamerkan logo varian yang berbeza di bahagian belakang sebelah kanan. 


web_CariCarz_Peugeot-408_spyshot_Malaysia_1.jpg


Unit berwarna kelabu memaparkan logo 'hybrid', yang mungkin menunjukkan ia serupa dengan varian hibrid plug-in (PHEV) PH225 yang Peugeot telah dilancarkan di Thailand pada awal tahun ini. Varian ini menggabungkan enjin petrol turbo 4-silinder 1.6 liter dengan motor elektrik dan bateri lithium-ion 12.4 kWh. Sistem yang digunakan memberikan kereta prestasi sehingga 222 hp (225 PS) dan 360 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan yang memacu roda hadapan.


Kedua-duanya dikesan tanpa pelekat samaran dan mempamerkan plat dagangan berwarna biru, membuktikan bahawa unit yang dilihat ini sedang dinilai dan diuji oleh pengedar Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd (BAuto). Ini secara tidak langsung, menjadi petanda penting kehadiran sesuatu yang baru daripada syarikat. 


Sistem hibrid tersebut menerima input cas AC pada kadar 7.4 kW, membolehkan kereta dicas penuh dalam masa hanya 1 jam 55 minit. Dengan cas penuh dalam mod pemanduan elektrik, kenderaan boleh bergerak sejauh 63 km (WLTP).


Walaupun kami tidak dapat mengenal pasti logo varian pada unit berwarna hitam, ia jelas berbeza daripada unit berwarna kelabu. Ini mungkin versi 'GT' bukan hibrid.


Untuk varian 'GT' ini, ia menggunakan enjin petrol turbo 3-silinder 'PureTech' 1.2 liter sama seperti yang terdapat pada Peugeot 2008. Namun begitu, dalam model 408, enjin tiga silinder ini memacu roda hadapan melalui transmisi automatik 8-kelajuan dengan kuasa 128 hp (130 PS) dan 230 Nm.


peugeot-408-2023-(3).jpg


BILA MODEL INI AKAN DILANCARKAN?


Kami yakin BAuto bersedia untuk melancarkan crossover 408 yang diberikan sentuhan baru ini dalam masa yang terdekat. Sekiranya benar, ini akan menjadi model Peugeot PHEV pertama yang dijual di Malaysia, tetapi dalam masa yang sama versi bukan elektrik juga mungkin akan turut ditawarkan. 


peugeot-408-2023-(5).jpg


Seperti SUV 2008, 3008 dan 5008 yang ditawarkan oleh BAuto ketika ini, kami yakin 408 juga akan dipasang secara CKD di kilang pemasangan Stellantis di Gurun, Kedah, membolehkannya ditawarkan dalam harga kompetitif untuk bersaing dalam pasarn SUV segmen C tempatan. 


Bagaimana? Adakah anda tertarik dengan reka bentuk dan ciri Peugeot 408? Berapakah anggaran harga jualan yang boleh membuatkannya menyerlah berbanding pesaing lain? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen  yang disediakan di bawah. 


peugeot-408-2023.jpg


Tag:

Peugeot 408 spyshot Malaysia
Peugeot 408
Foto Intipan
BAuto Peugeot
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

2 Peugeot 408 Dipinjam: PDRM Nak Test Dulu, Sesuai Tak Jadi Kereta Peronda

PDRM akan menilai sama ada crossover fastback ini sesuai dijadikan kereta peronda atau sebaliknya.

28-03-2025
Berita Auto

C&C Anjur Acara Jelajah Pertama Peugeot – Diskaun Hingga RM42,000!

Cycle & Carriage menganjurkan jerayawara (roadshow) jenama Peugeot selama dua bulan, sehingga 16 November ini.

06-10-2024
Gaya Hidup

Peugeot 408 Jadi Ilham, Rekaan Pereka Fesyen Muda Ini Memukau Ramai

CariCarz.com telah menerima jemputan daripada Stellantis Malaysia untuk menyaksikan pertunjukan fesyen yang bertemakan "Capturing Allure."

07-08-2024
Berita Auto

Ini Pencapaian Stellantis Malaysia Setelah 100 Hari Beroperasi – Pertumbuhan Jualan Lebih 100%

Stellantis mendedahkan rancangan untuk memperkembangkan pasarannya di Malaysia melalui Stellantis Malaysia.

26-07-2024
Berita Auto

Peugeot Buat Rumah Terbuka! Jadi Terawal Lihat & Tempah 408, Pandu Uji & Menang RM1,000!

Stellantis Malaysia telah mengumumkan pelancaran kempen istimewa sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, 'Sinar Raya Open House Weekend'

16-04-2024
EV

Stellantis Bakal Mula Pemasangan EV Pertamanya, E-3008, Di Malaysia Tahun Depan?

Stellantis NV bakal memulakan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) pertamanya di Malaysia.

26-12-2023
EV

Tesla Model 3 Performance Dikesan – Ada Tempat Duduk Sporty

Tesla Model 3 Performance yang telah dikemaskini baru-baru ini dikesan dengan sebahagian badannya ditutup.

21-02-2024
EV

Lynk & Co 07 EM-P, PHEV Ini Boleh Capai 585 HP! Lancar Suku Pertama 2024

Beberapa foto intipan rasmi, sedan Lynk & Co 07 EM-P, yang sedang diuji dalam cuaca sejuk di Utara China telah didedahkan. Ini segalanya yang kita tahu...

19-01-2024

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026