Link Copiedcheck_circle
EV

Honda Bikin Panas JMS, Bawa Masuk Semua EV Pelik!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Walaupun rakyat Malaysia masih teruja dengan pelancaran Honda Civic Type R FL5 di ibu negara, pagi tadi, namun lain pula buat peminat Honda di Jepun dan seluruh negara.

Ini kerana menjelang ketibaan 2023 Japan Mobility Show (JMS), Honda mengumumkan bahawa pihaknya akan mempamerkan pelbagai model EV konsep baharu bermula daripada kenderaan dua roda sehinggalah kereta sport.

Acara itu akan  berlangsung bermula dari 25 Oktober hingga 5 November 2023.

image.pngimage.png

Barisan Honda di JMS tahun ini akan diketuai oleh model Specialty Sports Concept.

Malangnya, Honda tidak mengeluarkan sebarang imej penggoda bagi imej render  model konsep sporty baharu ini.

Sebaliknya, apa yang kami tahu mengenainya ialah ia membawa rangkaian kuasa elektrik.

Setakat ini, Honda hanya berkias dengan  menggambarkan konsep baharu EV ini, menjanjikan bahawa "pemanduannya menggembirakan dan menampilkan dan keperibadian tersendiri model ini yang membolehkan orang ramai mengatasi kehidupan seharian mereka,”.

Ujar syarikat itu, buat masa ini, pihaknya cuma menunggu masa yang sesuai  sehingga pelancaran rasminya pada Oktober nanti.

image.png

Mengenai pendedahan model Honda, antara yang akan dipamerkan ialan  Honda Sustaina-C Concept EV yang kompak.

Ia kelihatan agak kecil  berbanding Honda e EV. Apa yang cukup unik ialah kerangka badannya agak ringan kerana ia diperbuat daripada resin akrilik yang boleh dikitar semula dan digunakan semula untuk tujuan lain. 

Sama seperti konsep EV yang sporty, tiada butiran mengenai rangkaian kuasanya didedahkan buat masa ini.

Selain itu, turut didedahkan ialah honda CI-MEV yang didatangkan dengan  dua tempat duduk yang agak padat.

image.pngimage.png

Pembinaan model itu sebenarnya bertujuan untuk mengadakan perjalanan di kawasan banda. Difahamkan, CI-MEV ini dilengkapi dengan teknologi pemanduan automatic.

Pendek kata, sesuai sangat kalau nak ke pasar, tempat kerja atau hantar anak ke sekolah.

Honda juga akan menampilkan skuternya yang dikenali sebagai Honda Pocket Concept yang sememangnya sesuai jika anda mahu melakukan aktiviti lasak.

image.png

Namun skuter ini lebih kecil berbanding dengan skuter elektrik yang boleh lipat,  Honda MotoCompacto.

Antara kenderaan dua roda yang akan dipamerkan  e-skuter, Honda SC e: Concept.

Ia turut menggunakan bateri boleh tukar Pek Kuasa Mudah Alih Honda yang sama seperti digunakan pada  skuter Benly e.

image.png

Tidak seperti e-skuter komersial mereka yang lain, SC e: Concept disediakan untuk kegunaan peribadi, menampilkan susun atur dua tempat duduk seperti mana-mana skuter berkuasa petrol.

image.png

Turut membuat penampilan sulungnya ialah  Prototaip Prolog Honda. Ia akan dilancarkan apda  tahun 2024 untuk pasaran Amerika.

Untuk makluman,  Prolog  menggunakan pek bateri Ultium proprietari GM yang turut digunakan pada beberapa EV GM seperti Chevrolet Blazer.

Apapun teruskan bersama CariCarz.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai JMS pada akhir Oktober nanti.

Gallery

Tag:

Honda
Ci-Mev
Honda e EV
Japan Mobility Show (JMS)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Pemandu Di Bawah Pengaruh Ganja

Penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh ganja di Kilometer 23, Jalan Seremban- Kuala Pilah, Negeri Sembilan, malam tadi.

31-12-2025
Berita Auto

Honda Prelude 2026 Dipasarkan Di Jepun – Kit Sporty Mugen Ditawarkan

Setelah hampir dua tahun sejak konsep asalnya diperkenalkan, Honda akhirnya melancarkan model baharu Prelude 2026 di pasaran Jepun.

09-09-2025
EV

Honda N-One e: Didedah, Sekali Cas Boleh Gerak Sejauh 270KM!

Honda baru sahaja melancarkan versi pengeluaran kereta konsep yang dikenali sebagai Honda N-One e di Jepun, baru-baru ini.

30-07-2025
Kereta Baru

Honda HR-V 2025 Facelift Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM115,900

Honda Malaysia secara rasmi memperkenalkan Honda HR-V 2025 facelift untuk pasaran tempatan.

17-07-2025
EV

Honda Bakal Tayang Honda Super EV Concept Pada Julai Depan

Honda akan menayangkan Honda Super EV Concept di Goodwood Festival of Speed.

17-06-2025
EV

Honda 'Patah Balik' Kepada Hibrid, Sasaran EV Dikurangkan

Honda Motor Co. mendedahkan bahawa syarikatnya kini mengurangkan sasaran bagi kenderaan elektrik (EV) ekoran ketidaktentuan pasaran global.

21-05-2025
Berita Auto

Pecah Rekod: MAS 2025 Catat 294,062 Pengunjung, Jana Lebih RM1.72 Bilion Potensi Jualan

MAS 2025 mencatat kehadiran pengunjung tertinggi iaitu seramai 294,062 orang sekali gus berjaya menjana potensi jualan sebanyaK RM1.72 billion

19-05-2025
Global

GAC Honda P7 Diperkenalkan Di China – Dari RM130K

Syarikat usaha sama automotif China, GAC Honda secara rasmi telah melancarkan SUV elektrik terbarunya, P7, untuk pasaran China dengan harga bermula dari RM130,400.

17-04-2025

Berita Terkini

EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026
EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026
EV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
EV

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026