Link Copiedcheck_circle
EV

Walaupun Nampak Bulat, Tapi Sport Habis

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sempena meraikan ulang tahun ke-20 studio Nissan Design Europe (NDE), Nissan menayangkan satu lagi konsep reka bentuk yang dinamakan sebagai Nissan Concept 20-23.

Nama itu bermaksud 20 tahun kedudukan NDE yang berpangkalan di London, serta nombor tradisional Nissan, iaitu 2 (ni) 3 (san) dengan tahun terkini.

image.pngimage.png

Kajian reka bentuk terbaharu ini memberi bayangan bahawa EV hot-hatch yang sporty dan kelihatan cukup ekstrem.

Ia turut menampilkan beberapa bahagian aero gaya trek yang mana ia mendapat inspirasi daripada kereta Formula E selain turut memberi penghormatan kepada beberapa hot-hatch ikonik Nissan terutamanya Nissan March.

Concept 20-23 ini cuma menampilkan  tiga pintu manakala bahagian aerodinamik dilihat agak melampau dan gaya badan bulat yang mengimbau kembali kepada model Nissan lama

Modek konsep ini turut hadir dengan rupa agresif yang menampilkan badan lebar, splitter dan diffuser gergasi serta arch tayar lebih besar.

image.pngimage.pngimage.png

Menjengah bahagian belakang, Concept 20-23 mendapat spoiler belakang besar yang dipasang di atas bumbung, manakala bahagian pintu belakang yang lebih rendah  serta menggunakan peresap belakang gaya perlumbaan .

image.pngimage.png

Malah, lampu hadapan dan belakang juga hadir  dengan rekaan separa bulat, tertera nombor 23 di bahagian sisi kereta itu, terdapat juga kamera sisi.

image.pngimage.png

Concept 20-23 juga menggunakan  scoop bumbung yang sebenarnya bertujuan untuk memberikan pengudaraan tambahan di dalam kabin.

Seperti kereta sport yang lain, model ini turut hadir dengan pintu gunting gaya supercar.

image.png

Menjengah bahagian dalamannya pula, ia didatangkan dengan stereng gaya yoke, bersama pedal untuk menyesuaikan tahap kuasa dari trenkuasa elektriknya.

Pendek kata, bahagian dalamannya cukup futuristik walaupun sifatnya yang berorientasikan kereta trek.

image.pngimage.png

Apa tidaknya,  kabinnya dibalut dengan bahan upholsteri bertekstur yang disiapkan dalam rona kelabu muda, manakala beberapa bahagian seperti tempat letak tangan pintu dan pelapik bumbung dihiasi dengan material yang lebih gelap.

image.png

Malangnya, Nissan tidak mendedahkan sebarang butiran mengenai spesifikasi trenkuasa model  konsep EV hot-hatch ini.

Tidak kira sama ada ia akan membawa rangkaian kuasa Nissan EV atau meminjam daripada Renault 5 EV yang akan datang, kami menganggap ia akan menjadi model EV masa depan dan mungkin pengganti semua elektrik Micra .

Gallery

Tag:

Nissan
Nissan 20-23
Nissan Concept 20-23 EV Hot Hatch
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

27-01-2026
EV

23-12-2025
EV

22-12-2025
Global

22-12-2025
Global

19-12-2025
Global

18-12-2025
Kereta Baru

05-12-2025
Global

20-11-2025

Berita Terkini

EV
Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?

Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?

Ada pemilik EV mengadu plat putih lambat siap. Adakah ia masalah sistem, vendor, atau kroni? Ketahui punca sebenar dan apa yang anda perlu buat.

17-04-2026
EV
Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham  EV "Bersuara"

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV
Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV
Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV
4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV
Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV
Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di  Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV
Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026