Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jalan Sungai Besi Tutup Bermula Hujung Bulan Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Ada berita buruk buat penduduk di sekitar jalan Sungai Besi. 

Ini kerana Jalan Sungai Besi menghala ke Sungai Besi/ Petaling Jaya (berhadapan Fraser Business Park) dan Bulatan Loke Yew akan ditutup kepada semua lalu lintas secara berperingkat mulai 30 September ini hingga  29 September 2024.

Jalan itu ditutup untuk membolehkan kerja-kerja pelebaran, pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew dijalankan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berkata, pihaknya telah melantik Tetuan Pertama Makmur Sdn Bhd untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan pelebaran Jalan Yew yang bermula pada Oktober 2021.

Ia  dijangka siap pada 31 Dis 2025, dan kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan di tapak," kata DBKL dalam satu kenyataan.

Jadi bagi pengguna jalan di situ, ada beberapa info buat anda:

image.png


Beberapa jalan akan dilencongkan:

  • Trafik dari Bulatan Kampung Pandan untuk ke Sungai Besi/ Petaling Jaya akan dilencongkan kepada dua bahagian iaitu satu laluan melalui jalan bersebelahan Federal Bakery dan satu laluan memasuki laluan kontra di lorong bersebelahan
  • Bagi trafik dari Sungai Besi/ Petaling Jaya untuk ke Bulatan Kampung Pandan akan dilencongkan kepada dua bahagian iaitu satu laluan akan susur ke kiri melalui Bulatan Loke Yew dan satu laluan akan kekal di jajaran yang sama.
  • Pengguna trafik Jalan Loke Yew dari Cheras pula dibenarkan untuk membuat pusingan U sahaja menghala Jalan Loke Yew ke arah Cheras semula dan pengubahsuaian laluan trafik ini adalah kekal.
  • Laluan alternatif trafik dari Cheras menuju ke Jalan Sungai besi adalah melalui Jalan Chan Sow Lin, Jalan Satu, Jalan Dua dan Jalan Tiga.
  • Bagi trafik yang datang dari Cheras dan menuju ke Jalan Yew pula hendaklah menggunakan pusingan U di persimpangan jejambat di Jalan Maharajalela dan ini juga sama untuk trafik yang datang dari Cheras dan menuju ke kawasan persekitaran Jalan Yew.
  • Trafik Jalan Loke Yew dari Jalan Kinabalu dan Jalan Sungai Besi akan dilencongkan ke Jalan Yew menghala ke Bulatan Pudu sahaja. Laluan alternatif adalah melalui pusingan U di Sekolaah Menengah Kebangsaan (P) Pudu dan pengubahsuaian laluan trafik ini juga kekal.

Apapun sentiasa patuhi papan isyarat papan tanda.


Gallery

Tag:

Kuala Lumpur City Council (DBKL)
Sungai Besi
Bulatan Loke Yew
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pergerakan Penjenayah Dipantau: DBKL Pasang 5,000 CCTV AI

Sebanyak 5,000 CCTV AI dipasang di sekitar Kuala Lumpur untuk keselamatan dan keselesaan warga kota.

03-12-2024
Berita Auto

Tanah Jerlus: Jangan Risau, Jalan Masjid India Selamat, Dah Boleh Shopping

Kawasan serta bangunan di Jalan Masjid India disahkan selamat untuk dikunjungi, dimana kejadian tanah jerlus adalah bersifat setempat.

11-09-2024
Berita Auto

Penutupan Penuh Pusingan-U Di KM9.5 Kedua-Dua Arah Besraya Mulai Hari Ini!

Pihak Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) akan menjalankan ujian rintis penutupan penuh pusingan-U di Kilometer (KM) 9.5 kedua-dua arah Besraya bermula hari ini secara percubaan selama enam bulan.

05-01-2026
Berita Auto

Elokla DBKL Tangguh Keputusan Untuk Tutup Jalan Sungai Besi

Penutupan Jalan Sungai Besi, Bulatan Loke Yew mulai esok ditangguhkan.

04-08-2023
Berita Auto

Jalan Sungai Besi Arah Selatan Ditutup Setahun Mula 5 Ogos

Jalan Sungai Besi (arah selatan) ditutup setahun. Ini maklumat laluan alternatif.

02-08-2023
Berita Auto

Elokla DBKL Tangguh Keputusan Untuk Tutup Jalan Sungai Besi

Penutupan Jalan Sungai Besi, Bulatan Loke Yew mulai esok ditangguhkan.

04-08-2023

Berita Terkini

Berita Auto

GWM Makin 'Ganas, Kini Bolos Kelompok 15 Jenama Teratas Di Malaysia

WEY G9 & Haval H6 Jadi Punca? GWM Kini Berjaya Pintas Persaingan, Masuk Top 15!

22-04-2026
Berita Auto

Pemanduan Ke Segamat Bakal Jadi Lebih Laju! EXCO Sahkan Laluan Pintas Siap 2027

Projek jalan pintas yang menghubungkan Muar, Tangkak dan Segamat ddijangka siap pada Februari 2027.

22-04-2026
Berita Auto

Perodua, UTM Jalin Kerjasama, Latih Jurutera Masa Depan

Langkah Proaktif Perodua: Latih Jurutera Masa Hadapan' bersama UTM demi ekosistem xEV.

22-04-2026
Berita Auto

Setiap Saat RM2,300 'Terbakar' Demi Subsidi

Setiap saat kita bakar RM2,300 untuk subsidi bahan api, beban kerajaan semakin berat.

22-04-2026
Berita Auto

Chery Malaysia, Touch 'n Go Jalin Kerjasama: Tag RFID Percuma Untuk Model Terpilih

Tiada Lagi Isu Pasang RFID Sendiri, Chery siap pasang RFID pada model terpilihnya.

22-04-2026
Berita Auto

Berita Baik, Pusat 3S Isuzu Jalan Tun Razak Dibuka

Lebih Besar & Canggih! Isuzu Autoexec Corporation Kini Beroperasi Di Jalan Tun Razak.

22-04-2026
Berita Auto

Negara Minyak Tapi Import Minyak? Ini Realiti Pahit Krisis Tenaga Kita

700,000 Tong Sehari: Ini penjelasan terperinci.

21-04-2026