Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Konsep 'Perdagangan Masa Depan' Mercedes-Benz, Memudahkan Pembelian & Pemilikan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Web_CariCarz_Mercedes-Benz-Future-Retail-1.jpg


Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah memperkenalkan cara inovatif untuk pembelian kereta baharu yang lebih bersepadu dan komprehensif melalui revolusi model perniagaan, Perdagangan Masa Depan (Retail of the Future) dengan pendekatan model agensi. 


Konsep perniagaan baharu yang diketengahkan ini menjamin pengalaman pembelian serta pemilikan yang lebih baik dan memudahkan pelanggan. 


Rolling-Shots-Mercedes-EQA-Source-CariCarz-02.jpg

Mercedes-Benz EQA 250

Pengarah Eksekutif & Presiden Mercedes-Benz Malaysia, Amanda Zhang berkata, "Pendekatan baharu ini memberikan pelbagai kelebihan, memberikan kebebasan masa  yang mana pelanggan dapat berinteraksi dengan jenama kami mengikut kehendak dan keselesaan masing-masing. Model agensi ini memastikan bahawa, sama ada anda membeli dalam talian, melawat kedai fizikal, atau kedua-duanya, pelanggan kami menikmati harga terbaik dengan proses yang ringkas."


Bettina Plangger, Naib Presiden, Jualan & Pemasaran, Mercedes-Benz Malaysia, menambah, "Model agensi ini dirangka untuk menyelaraskan cara pembelian pelanggan yang sentiasa berubah dari masa ke masa. Dalam masa yang sama, ia turut membantu Rakan Runcit kami untuk menjalankan perniagaan dengan lebih efisien.”


Pengalaman Pembelian Yang Mudah


Mercedes-Benz-Store-1.png

Platform dalam talian Mercedes-Benz Malaysia


Model agensi baru ini membolehkan pelanggan berinteraksi dengan jenama Mercedes-Benz dengan lebih bebas pada bila-bila masa. Pelanggan boleh melakukan peralihan dengan mudah antara platform Mercedes-Benz Store dan rangkaian kedai fizikal, mengakses maklumat, bertukar pendapat dengan pakar produk, atau menyelesaikan kontrak pembelian secara dalam talian. 


Pengalaman Pemilikan Yang Holistik


Pelanggan juga dapat terus menikmati pelbagai perkhidmatan lain termasuk jualan kenderaan, pilihan pembiayaan, perkhidmatan penyelenggaraan, alat ganti tulen, dan sokongan waranti, sekaligus memastikan pengalaman pemilikan yang lebih komprehensif.


Tumpuan Kepada Perkhidmatan Yang Berkualiti


Web_CariCarz_Mercedes-Benz-Future-Retail-2.jpg


Di bawah model agensi, tanpa mengira cawangan bilik pameran Mercedes-Benz yang dikunjungi, semua rakan niaga MBM akan menjual kenderaan pada harga yang sama. Konsep ini memberi peluang kepada rakan peruncitan untuk lebih memberi tumpuan kepada kualiti perkhidmatan dan sokongan kepada pelanggan. 

Tag:

Mercedes-Benz Malaysia
MBM
Retail of the Future
Perdagangan Masa Depan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Dilancar: Mercedes-Benz G580 EQ 2025 - Harga Bermula RM958,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mercedes-Benz G-Class Mercedes-Benz G580 dengan Teknologi EQ ke pasaran tempatan di ibu negara, pagi tadi.

26-06-2025
Kereta Baru

Dilancar: Mercedes-AMG SL 63 S E Performance 2025 -Harga RM2.168 Juta

Mercedes-Benz Malaysia turut melancarkan varian tertinggi model roadster SL, Mercedes-AMG SL 63 S E Performance le pasaran tempatan.

05-06-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz EQS 450 4Matic SUV Dipertontonkan – Capai 673 KM, 355 HP, Dari RM625K!

Mercedes-Benz Malaysia hari ini telah mempertontonkan EQS 450 4Matic SUV. Ini yang anda patut tahu...

16-08-2024
Kereta Baru

Mercedes-AMG A45S 4Matic+ Limited Edition, RM558,888, HANYA Ada 10 Unit!

MBM melancarkan model terbaharunya, Mercedes-AMG A 45 S 4Matic+ Limited Edition, semalam

08-08-2024
Berita Auto

Peluang Pandu Uji Model Terkini di Acara Mercedes-Benz World 5-7 Julai Ini!

Mercedes-Benz World kini sedang berlangsung di KL Base. Apa yang menarik?

05-07-2024
Kereta Baru

Mercedes-AMG GLA 45 S 4Matic+ Kini Di Malaysia – Dari RM539,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan Mercedes-AMG GLA45S 4Matic+ facelift. Ini spesifikasinya...

04-07-2024
Kereta Baru

Mercedes-AMG C63 S E Performance F1 Edition Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM958,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) sebentar tadi baru sahaja melancarkan Mercedes-AMG C63 S E Performance. Ini spesifikasinya...

04-07-2024
Berita Auto

Mercedes-Benz, Toyota, Chery Dipanggil Balik

Para pemilik yang terlibat diminta membuat temujanji dengan pihak pengeluar kereta.

25-06-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Jangan Percaya Sindiket Guna MyBayar PDRM Berkaitan Trafik

PDRM menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan taktik penipuan yang menyalahgunakan nama PDRM dan MyBayar PDRM.

03-01-2026
Berita Auto

PUSPAKOM Kenakan Caj RM5 Untuk Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kereta Bermula Ahad Ini

PUSPAKOM Sdn Bhd akan menyelaraskan Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan daripada RM3.50 kepada RM5 bermula Ahad ini.

02-01-2026
Berita Auto

Tahniah Rakyat: JPJ Kelantan Kutip RM9 Juta Saman

Tahniah kepada rakyat Kelantan kerana melunaskan bayaran saman memandangkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mengutip saman sebanyak RM9 juta sepanjang tahun lalu.

02-01-2026
Berita Auto

Peruntukan Terbesar: KPKT Salur RM40 Juta Untuk Turap 800 Jalan Di Perak

KPKT menganggarkan kos kira-kira RM50,000 bagi setiap jalan di kawasan perumahan.

02-01-2026
Berita Auto

Pemilik Motosikal ‘Tayar Sotong’ Meratap Nasib Di Ambang Tahun Baharu

Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 bertukar menjadi 'igauan ngeri' buat sekumpulan pemilik motosikal apabila Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur melancarkan Op Samseng Jalanan besar-besaran.

02-01-2026
Berita Auto

Ops Tahun Baharu 2026: Polis Keluarkan 12,437 Saman

Dalam sehari, 12,437 saman dikeluarkan sempena Operasi Ambang Tahun Baharu 2026 semalam.

02-01-2026
Berita Auto

Harga Pas Rapid KL Naik Selepas 17 Tahun, Tampung Kos Penyelenggaraan

Selepas 17 tahun mengekalkan kadar yang sama, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akhirnya mengumumkan harga baharu bagi pas perjalanan Rapid KL berkuat kuasa 1 Januari 2026.

02-01-2026
Berita Auto

Pemandu Treler Sagat Kereta, Rupanya Dah Tunggu Sejam

Pemandu treler didakwa melanggar tiga kereta yang diletakkan di tepi laluan masuk di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Ayer Keroh menjelaskan, dia terpaksa berbuat demikian berikutan desakan selain mendakwa telah menunggu satu jam lebih di situ.

31-12-2025