Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lori Pasir Babas, Pemandu Lain Terkorban

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sebuah keluarga menemui ajal serentak gara-gara Perodua Alza yang dinaiki mereka dirempuh sebuah lori pasir di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, Segamat semalam.

Kemalangan itu berpunca daripada sebuah lori pasir hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta dinaiki mangsa.

image.png

Mereka yang maut akibat parah di kepala ialah pemandu PAlza, Amir Ruddin Ismail, 46; isterinya, Norahimah Noor Muhamad, 43; anaknya Fatimatulzahrah, 17; Seri Khadijah Aqilah,13; Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.

Buat masa ini, seorang lagi anak Amir Ruddin yang juga penumpang kereta sama, Abdullah,15, dan pemandu lori sedang dirawat di Hospital Segamat akibat parah di dada dan badan.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

image.png

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Honda HRV yang sedang bergerak dari arah Kuantan menghala ke Segamat memperlahankan kenderaannya kerana di hadapannya terdapat kerja pembaikan jalan raya.

"Ketika itu, sebuah lori membawa muatan pasir yang sedang bergerak dari arah Kuantan menghala ke Segamat dipercayai gagal membrek dan hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang Honda HRV terbabit dan sebuah PROTON Wira yang sedang berhenti.

"Lori pasir itu kemudian memasuki laluan bertentangan lalu merempuh kereta PERODUA Alza dinaiki enam sekeluarga itu yang menyebabkan mangsa maut," katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Gallery

Tag:

Perodua Alza
kemalanganmaut
segamat
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Warga Emas Maut Terkena Besi Longshaft

Seorang warga maut akibat terkena besi longshaft seberat 100 kilogram yang tercabut daripada sebuah lori di Sri Gading, Batu Pahat, pagi tadi.

24-11-2025
Berita Auto

Lagi Kemalangan Maut Di LPT 1

Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang memandu tanpa lesen maut di LPT 1.

19-08-2025
Berita Auto

Alza Terbakar Di Kesas, Mujur Semua Selamat

Sebuah Alza dirempuh laju dari belakang oleh kenderaan lain sebelum terbakar di Kilometer 23.6 Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), pagi tadi.

15-08-2025
Berita Auto

Kemalangan Bas UPSI Terbalik: Setakat Ini 14 Pelajar, 1 Kelindan Bas Terbunuh, PM Ucap Takziah

Kita dikejutkan sekali lagi dengan kemalangan tragis apabila seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) disahkan maut manakala tujuh parah apabila bas yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan.

09-06-2025
Berita Auto

FitSURE: Bantu Ibu Bapa Pilih Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak

Setakat ini, enam model kenderaan telah dinilai, termasuk Perodua Alza, Perodua Myvi, Proton Saga, Toyota Vios, Toyota Veloz, dan Honda City.

20-03-2025
Berita Auto

Murid Sekolah Cedera Dilanggar Kereta

Mangsa cedera akibat terperosok di bawah MPV berkenaan.

21-02-2025
Berita Auto

Kemalangan Tular: Seorang Pelajar Cemerlang Maut

Gara-gara Alza makan jalan, seorang remaja terkorban.

03-02-2025
Berita Auto

Suami Isteri Maut: 5 Beradik Jadi Yatim Piatu Angkara Pemandu Mabuk!

Suami isteri maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta, yang dipandu lelaki mabuk.

17-11-2024

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026