Link Copiedcheck_circle
Global

Polestone 01: Nampak Ganas, Macho Betul

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Syarikat automatif dari China, BAIC melakar sejarah tersendiri apabila melancarkan model pertama mereka berbentuk SUV, Polestone 01 di tanah airnya sendiri baru-baru ini.

Melihat reka bentuknya, ia saling tidak tumpah seperti Land Rover Defender. Namun adakah ia bakal menyaingi jenama itu nanti?

Mampu atau tidak, berikut adalah info mengenai Polestone 01.

Untuk makluman anda, Polestone 01 didatangkan dalam dua varian dimana ada enam tempat duduk dan satu lagi tujuh tempat duduk.

image.png

Mengenai ukuran dimensinya, ia  menampilkan ukuran sepanjang 5,050, lebar 1,980 mm, tinggi 1,869 mm dengan jarak antara roda sepanjang 3,010 mm.

image.png

Ukuran ini menjadikan Polestone 01 hampir sama saiz dengan pesaing dari Eropah, Land Rover Defender 130 serba baharu.

Penampilan luaran SUV ini menampilkan siluet berkotak namun idea pasukan reka bentuk Automobili Pininfarin wajar dipuji.

Ini kerana mereka mengolah reka bentuk Polestone 01 dengan begitu baik memandangkan kebanyakan rekaannya diinspirasikan daripada Defender.

image.png

Jika diamati dengan betul, bahagian hadapannya kelihatan sama dengan Kia EV9 dimana lampu depannya  berbentuk L, ada gril besar dengan pelindung bawah badan, pemijak sisi, rel bumbung dan rim aloi berkembar lima jejari.

Di bahagian belakang pula, Polestone 01 dipasang dengan roda ganti pada pintu belakang, manakala  lampu belakangnya  juga  berbentuk Y.

Polestone 01 ini juga turut menampilkan kabin yang cukup luas.

image.png

Di bahagian papan pemukanya,  terdapat paparan infotainmen bersaiz besar yang dilengkapi dengan konsol tengah terapung yang menempatkan tuil gear.

Terdapat juga pad pengecasan wayarles, serta beberapa ruang penyimpanan.

Sebaliknya, penduduk belakang juga menerima skrin infotainmen manakala barisan kedua mendapat tempat duduk gaya kapten dengan fungsi pemanas dan ada sambungan untuk sandaran kaki.

image.pngimage.png

Kedua-dua barisan tempat kedua dan ketiga boleh dilipat dan membuatkan ruang butnya  menjadi lebih luas.

image.pngimage.png

Apa yang cukup menarik ialah, Polestones 01 memiliki  ruang dapur kecil di bahagian pintu tailgate belakang dengan ciri seperti dapur induksi, ruang storan perkakasan memasak, serta water dispenser.

image.png

Selain bercerita mengenai kelengkapan jentera ini, ada benda penting yang perlu dikongsikan iaitu trenkuasanya.

Polestone ini disumbat dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter turbo yang membuatkan ia mampu menghamburkan kuasa setakat  469 hp dan 740 Nm.

Selain itu, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 5.5 saat  dan pek bateri 56 kWj pula memberikan jarak gerak sifar emisi sejauh 235 km. 

Buat masa ini, harga Polestone masih belum didedahkan dan syarikat itu juga tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai pasaran mana yang akan menerima SUV itu.

Gallery

Tag:

polestone 01
BAIC Group
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Pratonton SUV BAIC X55 Di Malaysia – Anggaran Harga Dari RM120K

Jenama automotif China, BAIC, hari ini telah mempertontonkan SUV X55. Ini spesifikasinya...

16-05-2024
Kereta Baru

SUV Off-Road, BJ40 Plus, Dipertontonkan Di Malaysia – Capai 221 HP, Anggaran Dari RM180K

BJ40 Plus telah dipertontonkan sebentar tadi, ini spesifikasinya SUV ranggi yang bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi...

16-05-2024

Berita Terkini

Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026