Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proses PDI Chery Malaysia: Selagi Tidak Capai Standard, Kereta Tidak Akan Diserahkan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Chery-Sales-PDI-Caricarz-(3).jpg


Sejak kembali memasuki pasaran Malaysia pada bulan Julai tahun ini, Chery Malaysia telah menunjukkan kemajuan prestasi yang  ketara dalam pasaran negara. Ini terbukti daripada pengeluaran model Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro yang bermula seawal bulan Ogos di kilang CKD di Kulim, Kedah hanya sebulan selepas kedua-dua SUV ini dilancarkan. 


Dalam memenuhi keperluan pasaran dan pengguna dalam pelbagai sektor, Chery Malaysia membuktikan komitmennya dengan memastikan agar semua produk yang diserahkan mencapai standard kualiti dan keselamatan yang tertinggi. 


Chery-Sales-PDI-Caricarz-(1).jpg


Untuk mencapai matlamat ini, organisasi ini telah mengatur strategi dengan teliti termasuk memastikan semua kenderaan melalui pelbagai proses Pemeriksaan Pra-Penghantaran (PDI) dibuat. Pemeriksaan ini dibuat bagi meneliti setiap aspek kenderaan, termasuk komponen mekanikal, ciri keselamatan dan juga perincian estetika. Proses PDI yang membabitkan banyak pemeriksaan berulang ini adalah bukti komitmen berterusan Chery dalam mengeluarkan kenderaan yang mendapat kepercayaan sepenuhnya dari pengguna.


Chery-Sales-PDI-Caricarz-(4).jpg


Naib Presiden Eksekutif Chery Malaysia, Leo Chen berkata, “Chery telah mempercepatkan kemajuan dalam pelbagai aspek di Malaysia, daripada piawaian barisan pengeluaran kepada penyeragaman proses pengedar, daripada inventori alat ganti kepada penubuhan pusat servis selepas jualan, memastikan kedua-dua kualiti produk dan kecemerlangan perkhidmatan.”

Sekiranya berita ini menarik, mungkin anda juga ingin membaca artikel yang dikongsikan di bawah:

Baca: Jenama Kereta China Paling Laris, Tentunya Omoda 5

Baca: Ini 3 Benda Kakak Nak Dedah Tentang Tiggo 8 Pro!

Tag:

Chery Malaysia
Chery Omoda 5
Chery Tiggo 8 Pro
Pemeriksaan Pra-Penghantaran (PDI)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

SAH! Jenama Lepas Masuk Malaysia Sebab Dah Ada IG Rasmi?

Laman Instagram baharu yang bernama Lepas Malaysia (@lepasmalaysia) sudah pun wujud sejak beberapa hari lalu.

02-08-2025
Berita Auto

Tiggo 7, Tiggo 8 Hadir Dengan Teknologi Chery Super Hybrid, Harga Anggaran Masih Belum Didedah

Chery Malaysia mendedahkan sekali lagi Chery Tiggo 7 dan Tiggo 8 versi hibrid plug-in (PHEV) Chery Super Hyvrid (CSH), di ibu negara sebentar tadi.

21-07-2025
Berita Auto

Chery Tiggo Cross Laku Keras, Dalam 2 Bulan, Angka Tempahan Sudah Cecah 1,000 Unit

Chery Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima lebih 1,000 tempahan untuk model Tiggo Cross sejak dipertontonkan kepada umum di negara ini pada pameran Autoshow Malaysia 2025, Mei lalu.

11-07-2025
Berita Auto

Chery Malaysia Sumbang RM50,000 Kepada Tabung Amanah Sukan Negara (KWASN)

Chery Malaysia meneruskan sokongan terhadap atlet Malaysia dengan menyalurkan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Tabung Amanah Sukan Negara (KWASN), baru-baru ini.

11-07-2025
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Dilancar, Ada 2 Varian, Harga TAK Sampai RM100,000

Chery Tiggo Cross akhirnya dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.

09-07-2025
Berita Auto

Chery Kejutkan Bukit Bintang Dengan 'Kotak Misteri' Gergasi! – Teka Model & Menang

Struktur berbentuk ‘Kotak Misteri’ bersaiz gergasi itu bukan sekadar hiasan, ia merupakan inisiatif promosi kreatif daripada Chery Malaysia untuk memperkenalkan SUV terbarunya.

30-05-2025
Berita Auto

Program Sinergi Rantaian Bekalan Premier Chery Bakal Lonjakkan Sektor Automotif Negara

Program Sinergi Rantaian Bekalan Premier Chery Bakal Lonjakkan Sektor Automotif Negara

20-05-2025
Kereta Baru

MAS 2025: Chery Tiggo 7 & Tiggo 8 CSH PHEV Didedah, Maknanya Bakal Dilancar Tak Lama Lagi

Chery Malaysia turut mempamerkan barisan model Chery Super Hybrid (CSH), Chery Tiggo 7 dan Tiggo 8 versi hibrid plug-in (PHEV).

09-05-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Gambar Intipan Tersebar, Butiran Proton Saga MC3 2025 Bocor Di Media Sosial

Butiran mengenai Proton Saga 2025 yang turut digelar sebagai Proton Saga generasi baharu MC3 telah pun bocor di media sosial sejak beberapa hari lalu.

06-08-2025
Berita Auto

Kapal BYD Zhengzhou Sudah Tiba Di Malaysia, Bawa Kereta Siap Dipasang Dari China

BYD Malaysia dan Sime Motors yang merupakan pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia mengesahkan ketibaan kapal pengangkut BYD dari Zhengzhou ke Pelabuhan Klang, Selangor, semalam.

06-08-2025
Berita Auto

Harga Minyak Naik, Diesel Lebih Mahal Bermula 7 Ogos

Pengumuman harga minyak terkini Malaysia bermula 7 Ogos 2025.

06-08-2025
Berita Auto

Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) Tidak Jejaskan Kewangan

Pelaksanaan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) tidak akan membabitkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.

06-08-2025
Berita Auto

MG Cyberster No 1 Di Asia & Oceania, Sebab Gaya Mengancam?

MG Cyberster menduduki tempat pertama kerana ia merupakan model paling laris di Asia dan Oceania.

06-08-2025
Berita Auto

PALSU: Tular Pula Lesen Kopi-O, Guna Gambar Menteri Pengangkutan

Iklan menggunakan gambar Menteri Pengangkutan, bertujuan memancing keyakinan orang ramai.

06-08-2025
Berita Auto

Imej Teaser Tersiar, Maknanya Jaecoo J5, Omoda C9 Bakal Dilancar Tak Lama Lagi!

Omoda & Jaecoo (O&J) Malaysia baru sahaja menyiarkan imej teaser dua model terbaharunya, Jaecoo J5 dan Omoda C9 PHEV yang dikatakan bakal menggoyahkan pasaran SUV tidak lama lagi.

06-08-2025
Berita Auto

Perodua Aruz Kini Ada Warna Baharu, Vintage Brown, Jangan Risau, Harga Aruz Masih Kekal!

Walaupun menerima warna baharu, namun tiada perubahan spesifikasi untuk Aruz.

05-08-2025