Link Copiedcheck_circle
EV

Tesla Supercharger Sah Dibuka Di 14 Lokasi Ini!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Tesla-14-SC-Caricarz-(2).jpg


Walaupun baru memasuki pasaran Malaysia secara rasmi pada 20 Julai lalu, Tesla Malaysia (TM) rupanya telah bergerak aktif untuk menyediakan stesen pengesan Supercharger di pelbagai lokasi. 


Tesla-14-SC-Caricarz-(1).jpg


Rancangan pembinaan pengecas EV Tesla ini sebenarnya telah bermula sebelum Model Y diperkenalkan lagi, yang mana 10 lokasi umum pemasangannya di seluruh negara didedahkan dan salah satu lokasi, Pavilion Mall, Bukit Bintang sudah sedia untuk digunakan.


Berikut adalah 10 lokasi umum Tesla Supercharger: 

1. Iskandar Puteri, Johor

2. Negeri Sembilan

3. Dengkil, Selangor

4. Bukit Jalil, KL

5. Sunway, Petaling Jaya

6. Jalan Raja Chulan, KL

7. Jalan Kuching, KL

8. Pavillion Mall, Bukit Bintang, KL

9. Ipoh, Perak

10. Perai, Pulau Pinang


Supercharger terawal Tesla, Pavilion Mall, dibuka untuk kegunaan awam pada 22 Ogos lalu walaupun sebenarnya telah disiapkan lebih awal ekoran kelewatan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan memandangkan garis panduan untuk membina stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) kebangsaan masih sedang diperhalus.


Untuk Supercharger yang telah diaktifkan, caj yang dikenakan ialah RM1.25/kWh, dengan bayaran melebihi masa sebanyak RM4/minit. 


image-(9).jpg


Selain 10 lokasi awal ini, Tesla Malaysia kini telah menambah  empat lagi lokasi baharu iaitu:


1. Jalan Utara, Petaling Jaya Selangor

2. Cheras, Kuala Lumpur

3. Brickfields, Kuala Lumpur

4. Alor Gajah, Melaka


Berbeza dengan pengendali titik pengecasn (CPO) lain, Tesla Malaysia berjaya mendapatkan lokasi pemasangan dan menyiapkan rangkaian Supercharger eksklusifnya dengan pantas kerana sokongan daripada kerajaan di bawah inisiatif Peneraju Global BEV oleh MITI yang bertujuan untuk memperkukuh industri BEV tempatan.


Tesla-14-SC-Caricarz-(4).jpg


Namun, sehingga kini Tesla masih belum mengumumkan di manakah 15 stesen atau 30% daripada 50 stesen Supercharger yang akan dibuka kepada jenama bukan Tesla seperti yang digariskan dalam inisiatif BEV tersebut. 


Diharapkan Tesla turut akan mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan CPO lain untuk mempercepatkan lagi pertumbuhan rangkaian pengecasan di seluruh negara dan menjadikannya  terbuka untuk kegunaan semua jenama EV. 


Tag:

Tesla Malaysia
Tesla Supercharger
Tesla Supercharger Malaysia
Pengecas EV Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Kecoh Harga Tesla Naik, Adakah Ditekan MITI Atau Sebab Lain?

Harga Tesla Naik Senyap-Senyap! Bukan Salah MITI, Ini Punca Sebenar Kenaikan

24-07-2026
EV

Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.

10-06-2026
EV

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
Kereta Baru

Tesla Paling Murah Kini Di Malaysia! Model 3 Standard Dari RM147K – Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Tesla Malaysia memperkenalkan varian paling mampu milik setakat ini untuk pasaran Malaysia, Tesla Model 3 Standard.

23-01-2026
EV

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
EV

Empat Pengecas Pantas Tesla Supercharger V4 Kini Di Pavilion Damansara Heights

Tesla Malaysia memperluaskan jaringan pengecasan pantasnya dengan melancarkan stesen pengecasan pantas Supercharger V4 baharu yang terletak strategik di Pavilion Damansara Heights.

21-10-2025
Kereta Baru

Tesla Model 3 LR RWD Dilancarkan Di Malaysia – Cecah 750 KM, Dari RM185,000

Tesla dalam diam menawarkan varian baharu untuk Model 3 di Malaysia, iaitu varian Long Range Rear-Wheel Drive (LR RWD). Kini, model ini tersedia untuk konfigurasi atas talian bermula dari RM185,000.

03-10-2025
Berita Auto

Tesla Hantar Kereta Ke-10,000 Kepada Pembeli

Dua tahun sejak penubuhannya, Tesla Malaysia kini mencapai satu pencapaian baharu dengan menyerahkan kenderaan yang ke-10,000, baru-baru ini.

29-09-2025

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026