Link Copiedcheck_circle
Global

Tiguan Baharu: Ada 4 Pilihan Trenkuasa

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas beberapa foto intipan dan model prototaip dibalut dengan pelekat camo, akhirnya SUV Volkswagen Tiguan membuat penampilan secara global.

SUV generasi ketiga ini  yang merupakan model terlaris ketika ini menampilkan reka bentuk yang kurang berkotak berbanding pendahulunya.

Bermula dengan perubahan yang paling ketara, Tiguan baharu kini mempunyai gaya badan yang lebih melengkung dan lebih bulat berbanding pendahulunya yang berkotak.

image.pngimage.png

Malah, ia turut enampilkan pelbagai elemen reka bentuk yang diperoleh daripada model ID.

Reka bentuk itu membuatkan kadar pekali seretan Tiguanmenurun dari 0.33 kepada 0.28.

LUARAN:

Menjengah bahagian luarannya, ia disumbat dengan  lampu utama HD matrix LED IQ.Light baru serta jalur lampu panjang di tengah dan rim bersaiz 20 inci.

image.png

Berdasarkan plat MQB Evo, ia mempunyai ukuran 30 mm lebih panjang berbanding  pendahulunya pada 4,539 mm, manakala jarak roda kekal sama seperti sebelumnya, iaitu 2,680 mm.

SUV ini juga difahamkan menawarkan ruang but yang lebih luas iaitu  652 liter, lebih besar 37 liter berbanding sebelumnya.

image.pngimage.png

DALAMAN:

Dikhabarkan, SUV ini menerima beberapa penambahbaikan yang cukup mengagumkan.

Sebaik membelek bahagian kabinnya, ia didatangkan dengan rekaanw pemuka hadapan yang baharu,, lubang udara yang lebih tipis. 

image.pngimage.png

Selain itu, Digital Cockpit berasaskan sistem infotainmen MIV4 dengan skrin digital 10.25-inci, skrin sesentuh 15-inci di bahagian tengah selain, dan terdapat juga  head-up display baharu serta Driving Experience Control dengan skrin mini OLED pada konsol tengah.

image.png

TRENKUASA:

Mengenai trenkuasanya, Volkswagen memaklumkan  bahawa SUV ini ditawarkan dengan pelbagai enjin, termasuk nadi turbodiesel (TDI), turbo petrol (TSI), turbo petrol mild hybrid (eTSI) dan hibrid plug-in (eHybrid).

image.pngimage.png

Apapun, bagi versi elektrik, ia menawarkan jarak gerak elektrik sekitar 100 km

Sebagai permulaan, varian asas Tiguan eTSI menerima enjin 1.5 liter 4-cyl turbocharged petrol mild-hybrid setup (MHEV) yang boleh menghasilkan kuasa setakat 129 hp atau 148 hp dengan semua kuasa dihantar ke roda hadapannya (FWD).

image.pngimage.png

Sementara itu bagi enjin petrol ia boleh menghamburkan kuasa setakat 210 hp dan 261 hp. I dipadankan dengan persediaan pacuan semua roda (AWD) 4Motion VW.

Beralih kepada model PHEV baharu, persediaan rangkaian kuasa ini menggunakan enjin 1.5 liter yang sama daripada model eTSI, yang kini dipadankan dengan motor elektrik hibrid yang lebih berkuasa. 

Bagaimanapun, kedua-dua varian PHEV masih mendapat output yang sama seperti pendahulunya, iaitu pada kadar  201 hp dan 268 hp.

image.png

Apapun soal pengecasan mungkin tidak menjadi masalah besar kerana ia disumbat dengan pek bateri berkapasiti 19.7 kWh. Jadi ia kini menyokong pengecasan pantas DC pada kadar sehingga 50 kW. 

Bagaimanapun, VW masih belum mendedahkan anggaran masa pengecasan untuk SUV PHEV ini.

image.png

Volkswagen Tiguan serba baharu ini dijangka memasuki pasaran Eropah pada hujung tahun  2024, dengan harga dikatakan bermula daripada €35,000 (RM175,593). 

Buat masa ini, Tiguan baharu akan tiba dalam satu varian lima tempat duduk, dengan versi Allspace tiga baris ditetapkan untuk digantikan dengan model baharu sepenuhnya.

Gallery

Tag:

Volkswagen Tiguan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

20-09-2023
Global

16-06-2023
Berita Auto

23-12-2022
Berita Auto

27-11-2020

Berita Terkini

Global

Imej Teaser Zeekr 8X PHEV Didedah, Bakal Dilancarkan Tahun Ini

Jenama NEV premium dari China, Zeekr, mendedahkan imej teaser SUV PHEV berprestasi tinggi terbaharunya, yang dikenali sebagai Zeekr 8X.

06-01-2026
Global

Chery Pengeksport Kereta No.1 Di China, Eksport Lebih 1,344,020 Kereta Tahun Lepas

Chery berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport nombor satu di Chian selama 23 tahun berturut-turut dengan mengeksport sebanyak 1,344,020 unit kenderaan pada tahun 2025.

02-01-2026
Global

Subaru Dedah Barisan Model Untuk TAS 2026, Video Teaser WRX STI S4 Manual Juga Ditayang

Subaru mendedahkan barisan modelnya sempena TAS 2026 yang akan diadakan pada 9 Januari di Tokyo, Jepun, minggu depan.

02-01-2026
Global

Semua Varian SUV Elektrik Lexus RZ Diberikan Ciri Baharu Di Jepun – Lebih Berkuasa & Efisien

Selain pelancaran varian RZ600e F Sport, Lexus turut mengumumkan kemas kini besar-besaran bagi seluruh barisan ‘keluarga’ model RZ di Jepun.

30-12-2025
Global

BYD Hampir Lepasi Eksport 1 Juta Kereta Tahun Ini

BYD mencatatkan satu lagi pencapaian luar biasa apabila ia hampir melepasi sasarannya untuk mengeksport satu juta keretanya sepanjang tahun ini.

24-12-2025
Global

Unit Import India Suzuki Fronx Dapat ANCAP 1 Bintang – Isu "Jarang Berlaku & Sangat Serius"

Suzuki Fronx baru-baru ini mencatatkan keputusan ujian keselamatan yang sangat mengecewakan. Model buatan India yang dieksport ke pasaran Australia dan New Zealand itu hanya mampu meraih 1 bintang dalam ANCAP.

23-12-2025
Global

Proton Saga 2026 Bakal Tembusi Pasaran Filipina, Tetapi...

Belum cukup sebulan dilancarkan di Malaysia, Proton Saga generasi keempat nampaknya sudah 'membeli tiket' untuk terbang ke luar negara, iaitu Filipina.

22-12-2025
Global

Nissan Dedah Z Nismo Versi Manual – Kemunculan Di TAS 2026

Nissan kini disahkan akan memperkenalkan versi transmisi manual (MT) untuk varian paling berkuasa keluarannya, Nissan Z Nismo (RZ34) di acara Tokyo Auto Salon yang bakal berlangsung bulan hadapan.

22-12-2025