- Berita
- EV
- 24 Cawangan Mydin Sedia Pengecas EV ChargeSini Menjelang 2024
-full.jpg)
ChargeSini hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Mydin Hypermarket yang akan menyaksikan sejumlah 24 cawangan Mydin Hypermarket di seluruh negara dilengkapi dengan stesen pengecas EV ChargeSini.
Berdasarkan kenyataan daripada wakil ChargeSini, menjelang 30 November pada tahun ini, sebanyak 12 cawangan Mydin di seluruh negara akan dilengkapi dengan stesen pengecas DC 60kW sebagai sebahagian daripada fasa pertama kerjasama dengan Mydin Hypermarket. Kerjasama ini menyasarkan kesemua 24 cawangan Mydin Hypermarket dilengkapi dengan fasiliti pengecas EV ini pada Mac 2024.
-full.jpg)
Upacara penandatanganan MoU yang berlangsung pada hari ini di ibu pejabat korporat Mydin Hypermarket di USJ 1 telah dihadiri oleh Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Wira (Dr) Hj Ameer Ali Mydin, Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Berhad, Dato Murad Ali Mydin, Pengarah Hartanah dan Kewangan Mydin Mohamed Holdings Berhad, En Azwan Ahimmat, Pengarah Urusan ChargeSini, En. James Goh, Pengarah Operasi ChargeSini, En. Lim Wai Sang dan Pengarah Jualan ChargeSini, En. Eric Lim.
Dalam ucapan beliau, Datuk Wira (Dr) Hj Ameer Ali Mydin menyuarakan kegembiraannya mengenai kolaborasi dengan ChargeSini sebagai rakan kongsi kelestarian dalam usaha untuk menjadikan Mydin Hypermarket syarikat peniagaan runcit yang bersedia untuk menghadapi masa depan, selain memberikan memudahkan kepada pelanggan.
-full.jpg)
-full.jpg)
Jelas beliau, Mydin Hypermarket melihat usaha yang dilakukan demi masa depan yang lebih hijau dan lestari ini adalah satu tindakan terbaik ekoran perubahan iklim dunia dan kenaikan kos petrol. Pasaran EV dilihat sebagai satu harapan untuk mengatasi isu-isu ini.
![]()
Tambahnya lagi, walaupun penggunaan EV pada masa ini masih rendah, Mydin Hypermarket tetap akan terus menyediakan kemudahan ini bagi menggalakkan penggunaan EV. Menurutnya, pemasangan 48 EVCB (24 cawangan x 2 ruang) adalah satu usaha kecil jika dibandingkan dengan matlamat kerajaan untuk menyediakan 4,000 titik pengecasan menjelang tahun 2024. Namun, usaha ini tetap memainkan peranan yang penting demi mencapai kemajuan yang diinginkan.
-full.jpg)
Pengarah Jualan ChargeSini, En. Eric Lim menjelaskan bahawa kerjasama dengan Mydin merupakan langkah penting bagi ChargeSini untuk memberi sumbangan aktif kepada pertumbuhan kemudahan dan rangkaian pengecas EV di Malaysia.
Selain itu, beliau menyatakan bahawa ChargeSini bercadang untuk membangunkan sebanyak 500 hingga 1,000 stesen pengecas di Malaysia tahun ini. Sehingga kini, ChargeSini telah berjaya memasang 320 EVCB di lebih daripada 100 lokasi berbeza. . ChargeSini memberikan tumpuan kepada pemasangan stesen pengecas EV di tempat-tempat yang menjadi tarikan pelancong, hotel, restoran, pusat beli-belah dan kondominium.
-full.webp)
ChargeSini adalah sebuah syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) swasta Malaysia yang berkembang dengan pantas dan merupakan salah satu peneraju dalam industri cas EV. Menurut ChargeSini, melalui kerjasama dengan Mydin Hypermall, ChargeSini akan menjadi CPO No. 2 di Malaysia dari segi bilangan pengecas EV. Buat masa ini, ChargeSini disenaraikan sebagai salah satu daripada 3 CPO terbaik di Malaysia dengan tempoh operasi kurang daripada setahun.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
