- Berita
- EV
- Pengecas EV ChargeSini 22kW Kini Di The Walk@Riverson Mall, Kota Kinabalu
Pengecas EV ChargeSini 22kW Kini Di The Walk@Riverson Mall, Kota Kinabalu
-full_normal.webp)
ChargeSini telah memperkukuhkan kedudukannya sebagai salah satu pembekal penyelesaian pengecas EV terkemuka Malaysia dengan pelancaran rasmi stesen pengecas AC di The Walk@Riverson Mall di Kota Kinabalu, Sabah.
Baca: ChargeSini Tarik Pelabur Dalam & Luar Negara, Raih Lebih RM5 Juta!
Pembukaan stesen baharu daripada ChargeSini ini dirasmikan oleh Dato' Junior Koh Siew Hui dan Mr. Cheah Kian Meng dari Riverson Corporation dan juga Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, YB Datuk Phoong Jin Zhe. Majlis ini turut turut dihadiri oleh wakil ChargeSini, En. Eric Lim Chun Guan, En. Bruce Sui Chung Yik, dan En. Chea Hoong Tak.
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Menurut pengarah jualan ChargeSini, En. Eric, sebanyak 500 hingga 1,000 stesen cas EV dijangka akan dibina di Malaysia menjelang tahun 2024. Tahun lalu, ChargeSini telah memasang sejumlah 262 pengecas dan 98 stesen, dengan 100 lagi pengecas dalam proses pemasangan.
-full_normal.jpg)
Pada masa akan datang, lebih banyak kemudahan cas EV akan dibina di kondominium, hotel, pusat membeli-belah, restoran dan lokasi lain. Beliau turut menambah bahawa ChargeSini menggalakkan sesiapa yang berminat untuk berhubung dengan mereka agar stesen cas EV boleh dipasang di lokasi yang diinginkan.
Tiga pengecas EV jenis AC berkapasiti tinggi sebanyak 22kW disediakan di stesen ChargeSini The Walk@Riverson. Kemudahan ini boleh dimanfaatkan dengan kadar pengecasan yang bermula dari RM0.40 setiap minit.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
