Link Copiedcheck_circle
Global

Honda N-Box Hanya Ada Di Jepun, Harga Murah

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Penulis cukup teruja dengan rekaan Honda N-Box Slope 2023  kerana ia dilengkapi dengan pelantar bagi memudahkan penumpang yang menggunakan kerusi roda.

Sudah pasti, ia akan mungkin laku keras bagi mereka yang menjaga ibu bapa atau anak yang yang menggunakan kerusi roda.

Namun malangnya, ia bukan dibawa ke Malaysia tetapi di Jepun.

image.pngimage.png

Dikhabarkan Honda N-Box ini secara rasminya sudah dijual di Jepun pada minggu ini selepas ia didedahkan beberapa bulan lalu.

Beberapa keping yang dimuat naik di internet menunjukkan pintu belakangnya didatangkan dengan satu papan dimana memudahkan orang yang menggunakan kerusi roda menaiki kenderaan itu.

image.png

Ia ditawarkan dalam dua varian: Honda N-BOX Slope dan N-BOX Custom Slope.

 Kedua-dua varian itu menggunakan enjin 660cc  dimana ia boleh menghasilkan kuasa setakat 58 PS dan 65 Nm.

N-Box juga dilengkapi dengan papan elektrik yang boleh dikendalikan dalam dua keadaan iaitu untuk menarik penumpang di atas kerusi roda dan dibawa masuk ke dalam kereta dengan begitu mudah.

image.pngimage.png

Seperti yang ditunjukkan dalam video pendek yang disiarkan melalui saluran YouTube Honda Japan, papan itu sebenarnya boleh ditarik dan dilipat dengan mudah.

Para pengguna perlu mengikat tali keledar pada kerusi roda  dan ia dilengkapi dengan winc elektrik untuk menarik kerusi roda dengan fungsi larasan kelajuan dan pembetulan laluan sebagai ciri asas. 

Walaupun ia direka untuk mereka yang kurang upaya, namun N-Box Slope juga sebenarnya boleh digunakan untuk membawa muatan yang berat.

image.png

Sementara itu, ruang kabinnya yang berkotak dan tinggi, hadir dengan tempat duduk belakang jenis boleh direbahkan.

Dengan fungsi luar biasa ia dijual dengan harga yang cukup berpatutan dimana N-BOX CUSTOM Slope berharga 2WD (RM (RM65,612) dan 4WD pula (RM69,455).

Sementara itu, N-BOX Slope 2WD pula ditawarkan pada harga (RM58,533) dan 4WD (RM62,374).

Apa pula pandangan anda mengenai kereta kei ini? Kongsikan.


Gallery

Tag:

Honda N-BOX Custom
Honda N-Box
Honda N-Box Slope
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Global
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara  Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026