Link Copiedcheck_circle
Global

SUV Coupe BMW X2 Bakal Ditawarkan Dalam Versi Elektrik, iX2 – Ini Spesifikasi Setiap Varian...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

NextGen-BMW-X2-1.jpg


BMW telah secara rasminya memperkenalkan BMW X2  generasi kedua dalam bentuk coupe SUV yang lebih sporty. Turut diperkenalkan, varian elektrik sepenuhnya, iX2.


REKA BENTUK BMW X2 & IX2


Perubahan terbesar pada X2 generasi baharu adalah reka bentuk coupe SUV yang lebih agresif, menggantikan badan hatchback pada model sebelumnya. X2 baharu tampil lebih besar dengan penambahan panjang sebanyak 200 mm, lebar 21 mm, dan tinggi 64 mm berbanding model sebelumnya. Dimensi badan kali ini tidak jauh berbeza dengan BMW X1.


BMW-X2-M35i-SecondGen-25.jpgBMW-iX2-xDrive30-31.jpg


 BMW X2 M35i (kiri) dan iX2 xDrive30 (kanan) generasi terbaru


BMW X2 generasi baharu turut hadir dengan rekaan gril kidney depan yang lebih besar dan lebar dengan pilihan cahaya LED pada bingkai gril, dikenali sebagai "Iconic Glow.”  Gril ini diapit oleh lampu hadapan yang menyamai lampu pada X1, menggunakan pencahayaan dwi-LED yang sama. 


BMW-X2-M35i-SecondGen-28.jpgBMW-iX2-xDrive30-34.jpgBMW-X2-M35i-SecondGen-30.jpgBMW-iX2-xDrive30-38.jpg


Bagi model yang lebih berkuasa, X2 M35i, gril depan kali ini terdapat logo 'M' dan flap penyejuk aktif yang tertutup secara automatik apabila tidak diperlukan, meningkatkan aerodinamik X2. Manakala pada model elektrik, iX2, gril depan tertutup sepenuhya untuk prestasi aerodinamik yang lebih baik dan jarak perjalanan maksimum yang lebih jauh. 


BMW-iX2-xDrive30-33.jpg


Reka bentuk bumbung X2 yang elegan merupakan salah satu ciri aerodinamik SUV ini


BMW X2 tampil dengan rekaan bumbung yang lebih sporty dan elegan. Selain itu, ia juga menerima elemen aero tambahan, underbody, yang menjanjikan prestasi aerodinamik yang baik dengan nilai pekali seretan (coefficient drag) sebanyak 0.25 apabila digabungkan dengan bentuk badan SUV coupe


BMW-X2-M35i-SecondGen-26.jpgBMW-X2-M35i-SecondGen-32.jpg


Di bahagian belakang, kedudukan cermin belakang menyendeng dan diakhiri dengan spoiler gaya ducktail. Selain reka bentuk lampu belakang yang menarik, kedua-dua model X2 M35i dan iX2 turut menerima aksen bampar yang besar, yang turut menempatkan diffuser


KABIN BMW X2 & IX2


BMW-iX2-xDrive30-27.jpg


Bergerak masuk ke bahagian dalam kabin, kedua-dua model, X2 dan iX2 tampil dengan reka bentuk kabin yang serupa. Kedua-duanya dilengkapi dengan dwi-paparan BMW iDrive terbaru yang terdiri daripada instrumen digital 10.25 inci dan skrin infotainmen sentuh 10.7 inci yang lebih besar. Infotainmen ini menggunakan sistem operasi BMW 9 yang terkini dan dilengkapi dengan perkhidmatan Airconsole BMW yang membolehkan pengguna bermain permainan video dan mengakses pelbagai perkhidmatan digital lain. 


BMW-X2-M35i-SecondGen-21.jpgBMW-X2-M35i-SecondGen-34.jpg


Model BMW X2 M35i menawarkan beberapa bahagian sporty 'M', termasuk tempat duduk hadapan dengan logo 'M', stereng 'M', dan upholsteri  Alcantara pada tempat duduk, papan pemuka dan beberapa lagi bahagian lain.  Sementara itu, model iX2 pula diberikan tempat duduk hadapan dengan fungsi ventilasi, serta pilihan upholsteri kulit dua warna.


CIRI MEKANIKAL BMW X2 & IX2


BMW-iX2-xDrive30-23.jpgBMW-X2-M35i-SecondGen-9.jpg


Kedua-dua iX2 dan X2 berkongsi platform UKL2 yang sama dengan model X1


BMW X2 dan iX2 berkongsi platform UKL2 yang sama dengan model X1. Di pasaran global tertentu seperti Amerika Syarikat, varian  petrol  X2 ditawarkan dalam dua versi, iaitu X2 xDrive28i dan X2 M35i xDrive yang lebih berprestasi tinggi. 


X2 xDrive28i  dikuasakan oleh enjin 2.0 liter 4-silinder yang serupa dengan X1, memberikan kuasa sebanyak 241 HP dan tork 400 NM. Kuasa disalurkan kepada kesemua roda (AWD) melalui transmisi automatik DCT 7 kelajuan. 


BMW-X2-M35i-SecondGen-6.jpgBMW-X2-M35i-SecondGen-5.jpg


BMW X2 M35i


Sementara itu X2 M35i xDrive menggunakan enjin 2.0 liter 4-silinder TwinPower Turbo yang sama seperti X1 M35i. Enjin ini menghasilkan 312 HP dan tork 400 NM, membolehkan X2 M35i bergerak dari 0 hingga 96 KM/J (60 MPH) dalam masa 5.2 saat.


BMW-iX2-xDrive30-15.jpgBMW-iX2-xDrive30-12.jpg


BMW iX2 akan ditawarkan dalam varian tunggal,  xDrive 30 


Model elektrik iX2 pula ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu xDrive30. Model ini diberikan sistem dwi-motor pacuan semua roda (AWD) dengan jumlah output sistem 309 HP (230 kW) dan tork 494 NM, membolehkan iX2 bergerak dari 0 hingga 100 KM/J dalam masa 5.6 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 180 KM/J. 


BMW-iX2-xDrive30-39.jpgBMW-iX2-xDrive30-32.jpg


Kuasa dibekalkan oleh pek bateri berkapasiti 64.8 kWh, memberikannya jarak perjalanan EV maksimum 449 KM. Untuk pengecasan, bateri tersebut menyokong pengecasan AC 22 kW dengan masa pengecasan 3 jam 45 minit. Untuk pengecasan lebih pantas (DC) pula, ia boleh menerima kadar maksimum 130 kW, dengan masa pengecasan hanya 29 minit dari 10% hingga 80%.


BMW-iX2-xDrive30-7.jpgBMW-iX2-xDrive30-14.jpg


BMW X2 generasi terbaru akan membuat penampilan awam pertamanya di Japan Mobility Show (JMS) 2023 di Tokyo pada 26 Oktober. Penghantaran untuk X2 dengan enjin pembakaran (ICE) ini dijangka bermula pada Mac 2024 di pasaran global tertentu termasuk Amerika Syarikat. 


NextGen-BMW-X2-3.jpg


Model generasi baharu ini akan dikeluarkan di kilang BMW Group, Regensburg di Jerman


Sementara itu, model elektrik iX2 tidak ditawarkan di pasaran Amerika Syarikat dan dijangka akan tiba di beberapa pasaran Eropah dan Asia pada tahun 2024.


Tag:

BMW X1
BMW iX2 EV Coupe SUV
BMW X2
SUV BMW
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru
BMW X1 sDrive20i xLine 2023 Rasmi Di Malaysia – CKD, Dari RM259,800

BMW X1 sDrive20i xLine 2023 Rasmi Di Malaysia – CKD, Dari RM259,800

SUV kompak BMW X1 generasi ketiga (U11) telah dilancarkan di pasaran Malaysia secara rasmi. Ini segalanya tentnag X1...

09-10-2023
Kereta Baru
Pendaftaran Minat BMW iX1 Kini Dibuka

Pendaftaran Minat BMW iX1 Kini Dibuka

BMW Group Malaysia kini mula menerima pendaftaran minat (ROI) secara dalam talian bagi crossover kenderaan elektrik tulen terbaharunya.

11-04-2023
Global
Dah Ada Di Singapura, Malaysia Bila Lagi?

Dah Ada Di Singapura, Malaysia Bila Lagi?

BMW X2 cuma didatangkan dalam satu varian.

12-01-2024
Global
BMW X2 Edisi Goldplay - Diselubungi Warna  Emas

BMW X2 Edisi Goldplay - Diselubungi Warna Emas

BMW akhirnya mendedahkan edisi tambahan terbaharu dalam keluarga BMW X2, edisi Goldplay baru-baru ini.

28-03-2022

Berita Terkini

Global
Chevrolet Corvette Stingray Dilancarkan Di Singapura – Dari RM2.1 Juta

Chevrolet Corvette Stingray Dilancarkan Di Singapura – Dari RM2.1 Juta

General Motors (GM) kini kembali semula ke negara jiran kita dengan pendekatan berbeza melalui pelancaran jenama supercar, Corvette.

06-08-2025
Global
CFO Tata Motors, PB Balaji, Dilantik Jadi CEO Jaguar Land Rover

CFO Tata Motors, PB Balaji, Dilantik Jadi CEO Jaguar Land Rover

PB Balaji yang kini memegang jawatan sebagai CFO Tata Motors Group, diumumkan sebagai CEO baharu JLR berkuatkuasa November 2025 ini.

06-08-2025
Global
Neta Auto "Berjaya" Hadapi Krisis Kewangan, Mula Bayar Gaji Pekerja

Neta Auto "Berjaya" Hadapi Krisis Kewangan, Mula Bayar Gaji Pekerja

Neta Auto telah membuat pembayaran gaji penuh kepada pekerjanya di kilangnya di Tongxiang pada Julai lalu.

06-08-2025
Global
Chery Kini Syarikat Automotif China Pertama Capai Eksport 5 Juta Unit, Lebih 17 Juta Pengguna

Chery Kini Syarikat Automotif China Pertama Capai Eksport 5 Juta Unit, Lebih 17 Juta Pengguna

Chery muncul sebagai jenama automotif China pertama yang telah mengeksport lima juta kenderaan secara global. P

05-08-2025
Global
Imej Paten Toyota Hilux Generasi Baharu ‘Travo’ Bocor – Gabungan Land Cruiser Prado & RAV4

Imej Paten Toyota Hilux Generasi Baharu ‘Travo’ Bocor – Gabungan Land Cruiser Prado & RAV4

Baru-baru ini, lakaran paten jentera gagah ini tersebar. Berdasarkan imej tersebut, jelas memperlihatkan perubahan yang diberikan pada Hilux generasi akan datang itu.

05-08-2025
Global
SUV Ranggi iCaur V27 Diperkenalkan Di Dubai – REEV 449 HP

SUV Ranggi iCaur V27 Diperkenalkan Di Dubai – REEV 449 HP

Jenama kenderaan elektrik (EV) di bawah Chery, iCaur, telah membuat kemunculan rasmi di Dubai dengan pengenalan model iCaur V27.

04-08-2025
Global
Wagon Paling Laju, BMW M3 CS Touring Catat Masa 7 Minit 29 Saat Di Litar Nurburgring

Wagon Paling Laju, BMW M3 CS Touring Catat Masa 7 Minit 29 Saat Di Litar Nurburgring

BMW M3 CS Touring memecahkan rekod sebagai wagon terlaju apabila mencatatkan masa 7 minit 29 saat di litar Nürburgring

01-08-2025
Global
Brabus 1000, Kuasa Enjin "Meroket"

Brabus 1000, Kuasa Enjin "Meroket"

Brabus 1000 mampu menghamburkan kuasa setakat 1,000 PS dan tork 1,620 Nm.

30-07-2025