Link Copiedcheck_circle
Global

Kereta Api 'Whoosh' Berkelajuan 350 KM/J Bakal Beroperasi Di Indonesia

Sofea Najmi

Kongsi melalui

caricarz-whoosh.jpg


Presiden Indonesia, Joko Widodo, telah merasmikan projek kereta api laju bernilai AS$7.3 bilion (~RM34.4 bilion) pada hari Isnin. Projek ini akan menghubungkan ibu negara Indonesia dengan Bandung dengan landasan kereta api berkepanjangan 142 kilometer. 


Kereta api berkelajuan tinggi yang dinamakan ‘Whoosh’ ini boleh mencapai kelajuan 350 KM/J, yang akan mengurangkan masa perjalanan dari Jakarta ke Bandung daripada tiga jam menggunakan kereta api biasa kepada kira-kira 45 minit.


caricarz-whoosh-1.jpg


Menurut Presiden Joko Widodo, nama "Whoosh" diinspirasikan daripada bunyi kereta api yang berkelajuan tinggi.


Luhut Pandjaitan, menteri kanan yang menyelia projek ini, telah mengumumkan bahawa perjalanan percubaan percuma dengan kereta api laju, yang bermula pada minggu kedua September, akan diteruskan.


caricarz-whoosh-3.jpg


AFP melaporkan bahawa projek kereta api ini menelan belanja sebanyak AS$7 bilion (~RM32 bilion) dan dibangunkan oleh PT KCIC, gabungan empat syarikat dari Indonesia dan China Railway International Co.

caricarz-whoosh-5.jpg

Walaupun projek ini asalnya dijangka berharga kurang daripada AS$5 bilion (~RM23.5 bilion) dan sepatutnya siap pada tahun 2019, kelewatan berlaku ekoran pandemik Covid-19 yang turut menyebabkan peningkatan kos. 

Tag:

Kereta Api Whoosh
Indonesia
Pengangkutan Awam Indonesia
Presiden Joko Widodo
Kereta Api Berkelajuan Tinggi
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Perodua Kaji Balik Strategi Di Indonesia Termasuk Di Timor Leste

Perodua Kaji Balik Strategi Di Indonesia Termasuk Di Timor Leste

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) sedang menilai semula strateginya di Indonesia memandangkan negara republik itu sedang membangunkan kereta nasional sendiri.

31-10-2025
Global
Kumpulan Samseng Ganggu Pembangunan Kilang BYD & VinFast Di Indonesia

Kumpulan Samseng Ganggu Pembangunan Kilang BYD & VinFast Di Indonesia

Dua projek pembinaan kilang kenderaan elektrik (EV) di Indonesia kini berdepan dengan halangan daripada sekumpulan komuniti tempatan atau “ormas."

20-05-2025
Global
Indonesia Sasar Jadi Tuan Rumah Kejohanan Rali Dunia

Indonesia Sasar Jadi Tuan Rumah Kejohanan Rali Dunia

Indonesia menyasarkan untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Rali Dunia (WRC), dengan kemungkinan penganjuran seawal tahun 2026.

22-01-2025
Global
Indonesia Bakal Tawar Insentif Untuk Galak Rakyat Beli EV & Tarik Pelabur

Indonesia Bakal Tawar Insentif Untuk Galak Rakyat Beli EV & Tarik Pelabur

Indonesia akan menawarkan insentif untuk meningkatkan jualan kenderaan elektrik (EV) bermula 20 Mac tahun ini.

07-03-2023
Global
[VIDEO] Pengantin Bagi Toyota Raize & Vespa Primavera Sebagai Mas Kahwin

[VIDEO] Pengantin Bagi Toyota Raize & Vespa Primavera Sebagai Mas Kahwin

Tular video seorang pengantin lelaki menyerahkan sebuah kereta dan motosikal vespa sebagai mas kahwin.

14-11-2022
Global
Penumpang Kereta Api Jakarta 'Diserang' Zombi! Rupanya Ini Satu Strategi...

Penumpang Kereta Api Jakarta 'Diserang' Zombi! Rupanya Ini Satu Strategi...

Penumpang LRT Jakarta diserang zombi? Ini kisah di sebaliknya...

09-09-2022
Global
"Hasilkan EV Di Indonesia, Bukan Hanya Bateri," Jokowi Gesa Tesla

"Hasilkan EV Di Indonesia, Bukan Hanya Bateri," Jokowi Gesa Tesla

Tesla digesa agar menghasilkan EV di Indonesia.

20-08-2022
Berita Auto
Dalam 1 Jam, 10 Unit Pertama Subaru BRZ Disapu Habis Selepas Diperkenal Di Indonesia

Dalam 1 Jam, 10 Unit Pertama Subaru BRZ Disapu Habis Selepas Diperkenal Di Indonesia

10 unit Subaru BRZ serba baharu habis terjual sebaik dipertontonkan.

17-08-2022

Berita Terkini

Global
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara  Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026