Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kos Sara Hidup Tinggi, Tak Jadi Hapuskan Kereta Lama

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Ada berita baik buat pemilik kereta lama kerana kerajaan tidak berhasrat untuk melaksanakan dasar bagi menamatkan hayat kenderaan lama.

Melihat kepada keadaan sosial ekonomi rakyat Malaysia, dasar untuk menamatkan hayat kenderaan 'berusia' di negara ini tidak sesuai walaupun ia adalah salah satu langkah untuk mengurangkan pelepasan karbon .

image.png

Itu kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke,pada sidang media di luar Forum Pengangkutan Lestari Alam Sekitar Serantau Peringkat Tinggi ke-15 di Asia, sebentar tadi.

"Kita tidak mempunyai dasar untuk menamatkan hayat kenderaan seperti beberapa negara (lain). Kalau buat satu dasar untuk scrap (menghapuskan) kereta lama, ia akan beri kesusahan kepada rakyat.

image.png

"Data penjualan kereta juga meningkat, sekali gus menunjukkan keadaan ekonomi yang baik. Itu (ialah) indikator (yang menunjukkan) bahawa kita masih bergantung kepada penggunaan kenderaan persendirian, belum ada dasar menghalang pemilikan kenderaan (lama),” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengakui sekiranya dasar dibuat untuk   tidak membenarkan kenderaan lama, ia akan menyusahkan rakyat.

image.png

“Kita kena faham juga keadaan sosial ekonomi dalam negara. Apa saja perubahan walaupun kita mahu menjurus kepada kelestarian, mengurangkan pelepasan karbon, tetapi dasar-dasar yang kita perlu laksanakan mesti juga mengambil kira keadaan sosial ekonomi dalam negara kita," katanya.


Tag:

kereta lama
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Simpan Cepat Kereta Lama Anda Sebelum Ditunda DBKL!

DBK kini sedang giat menjalankan operasi tunda kereta lama yang tersadai di beberapa lokasi awam,.

25-07-2024
Berita Auto

Ada Kereta Uzur, Nak Lupus? Cari MPAJ

MPAJ merupakan pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Malaysia yang melaksanakan usaha sebegini.

28-07-2023
Berita Auto

[FOTO] Gara-Gara GPS, Sindiket Curi Kereta Lama Untuk Jual Komponen Tumpas

Seorang lelaki tempatan dan dua lagi individu lain berjaya diberkas oleh pihak polis kerana terlibat dalam sindiket curi model kenderaan lama.

10-02-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang

Pokok Tumbang Di Jalan Tun Razak: Seorang Maut, Tujuh Cedera.

20-07-2026
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026